45| Duet

2.6K 51 0
                                    

Sudah dua bulan berlalu dan segalanya berjalan seperti biasa . Walaupun dalam keadaan berbadan dua , aku masih mampu membuat kerja . Lagipun , kandungan-ku baru berusia empat bulan . Rayyan bekerja seperti biasa namun dia banyak meninggalkan pejabat hanya untuk mengambil aku dari kampus .

Selalunya dia akan balik awal dari biasa . Kali ni aku tak mampu tipu , memang rasa sangat disayangi . Rania juga setakat ni tidak menunjukkan sebarang tanda ingin mencederakan aku . Itu sudah cukup untuk aku berasa lega .

" Sayang .. "

Rayyan yang tadinya sedang fokus di meja kerjanya , kini sudah berada diatas katil . Bersebelahan denganku . Tangannya mengusap perutku . Aku ketawa kecil setiap kali melihat Rayyan bercakap cakap dengan perutku .

Papa tak sabar nampaknya .

" Sayang , i have something to tell you "

Rayyan yang tadinya kelihatan sungguh lembut dan manja sudah berubah . Suaranya kedengaran tegas . Aku hanya diam memandang wajahnya .

" Dua hari lagi , abang kena pergi Jepun "

" Lama ke? "

Dia tidak menjawab tetapi melepaskan keluhan kasar . Kerutan didahinya sudah cukup untuk menunjukkan dia tertekan . Banyak sungguh kerja dia dua tiga hari ni .

" Lebih kurang seminggu , atau lebih "

Aku terdiam . Tidak mampu memikirkan ayat sesuai untuk membalas jawapannya . Aku tidak menyangka dia akan pergi selama itu . Tiba tiba hati rasa sayu . Nak menangis pun ada . Perutku diusap perlahan dan aku kembali berbaring memandang kipas yang berpusing .

" Sayang .. awak dengan tak ni? "

" Hm "

Aku memejamkan mata . Rayyan yang sekali lagi mengeluh membuatkan aku berasa serba salah . Dia pergi kerana ada kerja . Kenapa aku kena bersikap acuh tak acuh?

" Abang pergi lahh . Settle semua kerja dulu . Saya tak marah pun "

Tangannya ku pegang dan diusap lembut . Rayyan memandangku sambil tersenyum . Dia menarik aku kedalam pelukan sebelum menarik selimut menutup separuh tubuh kami .

" Dah shh . Tidur . Besok abang cuti , kita jalan jalan . Sebelum abang kena pergi jepun . So goodnight mummy-to-be . I love you "

" Goodnight too daddy-to-be . I love you more "

*****

Pagi pagi lagi , Rania telah keluar meninggalkan aku dan Rayyan . Gembira rasa hati . Sekurangnya , Rayyan tidak akan mengajak Rania sekali untuk keluar harini .

" Abang . Breakfast! "

Aku menjerit memanggil Rayyan dari bawah . Bunyi tapak kaki menuruni tangga kedengaran . Dia dah dengar la tu kan?

" Masak apa ni sayang? "

" Nasi lemakk "

Rayyan menarik kerusi di meja makan untuk duduk . Pinggan diambil kemudian aku mencedokkan nasi kedalam pinggan Rayyan . Dia mengambil lauk dan mula makan dengan penuh selera . Sebenarnya , aku taktahu kenapa pagi ni tiba tiba terasa nak masak makanan berat untuk breakfast .

" Sayang mengidam nasi lemak ke apa ni? "

Aku hanya tersenyum mengangkat bahu . Suapan diteruskan . Tak sangka nasi lemak ini akan menjadi dan rasanya agak sedap . Berterima kasih kepada mummy .

" Pandai awak masak . Sedap! "

" Saya call mummy pagi tadi , tanya macam mana nak buat nasi lemak hehe "

Rayyan berhenti mengunyah dan memandangku tidak percaya . Aku hanya ketawa kecil sebelum meneguk jus epal yang telah disediakan tadi .

Selesai makan , aku mengemas dapur bersama Rayyan . Berbunga bunga hati melihat encik suami basuh pinggan . Bukan itu sahaja , kerja mengelap meja juga dia yang lakukan . Aku hanya menyimpan lauk lauk . Katanya , mummy to-be kena banyak berehat .

" Abang , kata nak jalan? "

Aku menegur ketika Rayyan sedang khusyuk bermain game ditelefonnya . Dia menekan butang pause dan memandangku . Tepat ke dalam mata .

" Awak larat? "

Aku mengangguk laju .

" Betul ni nak keluar? "

Sekali lagi aku mengangguk laju dengan senyuman dan mata yang sengaja dibulatkan . Tanpa amaran , Rayyan mencium sekilas bibirku membuatkan aku terdiam .

" Okay dah dapat kiss . Jom siap! "

Rayyan bangun dari sofa dan berjalan memanjat tangga untuk kebilik . Meninggalkan aku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi , keseorangan . Tanpa sedar , aku tersenyum . Nakal!

*****

Sepanjang perjalanan , aku hanya diam sahaja membiarkan hanya radio yang berbunyi . Apabila ditanya mahu ke mana , Rayyan tidak mahu menjawab . Disebabkan itu , aku berdiam diri . Tiba di lagu yang dinyanyikan oleh Hez Hazmi - Setiaku , Rayyan mula ikut menyanyi .

Ikutkan hati , aku nak menyanyi sama kerana sejak Syifa asik menyanyikan lagu ini ketika di kafe aku jadi terikut suka . Namun apabila memikirkan yang diri ini sedang merajuk , aku diamkan saja dan hanya menyanyi didalam hati .

" Sayang . Nyanyi dengan abang please "

Tangan kirinya meraih tanganku dan dibawa ke pehanya . Diramas perlahan tanganku membuatkan hati terasa sejuk . Nak pujuk lah ni?

🎼 Aku gembira , engkau ketawa .
Aku terluka , engkau merana .
Itulah hidup bercinta , adakala
derita .

🎼 Pergilah engkau , pergi .
Aku setia menanti .
Kepulangan kekasihku , didalam
hidupku .

Habis rangkap pertama yang dinyanyikan Rayyan , aku pula menyambung . Tidak mahu mengecewakan permintaannya yang mengajakku untuk menyanyi bersama .

🎼 Adakalanya kurasa curiga .
Adakah kau disana tidak
mendustakan cinta kita .

🎼 Adakalanya kusunyi kau tiada .
Sepertiku hilang arah hanya
rindu yang membara .

Kami menyanyi duet bersama . Dah macam pertandingan suara siapa sedap . Diakhir lagu , kami masing masing tertawa . Rindu sungguh nak mendengar Rayyan menyanyi . Dah lama dia tidak mempunyai masa terluang begini bersamaku .

" I miss you abang .. "

Rayyan memandangku sekilas kemudian kembali fokus pada pemanduannya . Tanganku masih lagi didalam genggamannya . Diletak diatas peha .

" Im sorry sebab terlalu busy this lately sayang . I miss you too "

Jariku dikucupnya satu persatu . Tetapi fokusnya tidak lari . Aku tersenyum bahagia . Nak merajuk pun tak jadi . Ikut sahaja lah mana dia nak bawak .







6k for this sweetie Rayyan?

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now