[ Awww awak semua sweet sangat! Dua hari je dah terus naik 5k . Im so sorry ,, dah lebih 5k baru dapat update bcs im so busy sampai nak curi masa pun taksempat hehehe . Anw , thankyouu so much! 💕 ]
Nasi didalam pinggan belum luak separuh pun lagi namun aku terasa mual . Tekak terasa loya . Apa yang ditelan , semua hilang rasa . Dengan pantas , aku bangun dan berlari menuju ke sinki didapur . Habis semua isi perut dimuntahkan .
Rayyan juga turut bangun berlari mendapatkan-ku . Belakang badanku digosok perlahan . Wajahnya jelas yang dia risau . Baru sahaja ingin melangkah ke meja makan semula , aku berpatah balik dan sekali lagi memuntahkan segala yang masih ada didalam perut .
Kepala tiba tiba terasa pening . Suara Rayyan yang berulang ulang memanggil namaku juga kedengaran sayup sayup ditelinga . Pandangan mata menjadi kabur dan akhirnya semua menjadi gelap tanpa aku sedar .
" Sayang! "
*****
Suara Rayyan yang sepertinya sedang berbincang sesuatu , dengan seseorang kedengaran . Bila mata dibuka , aku sedikit terkejut melihat kawasan sekeliling . Hospital . Ya akuu dekat hospital . Tangan diangkat namun ada jarum yang mencucuk .
" Sayang .. awak dah bangun? "
Rayyan duduk dikerusi sebelah katilku dengan senyuman yang melebar . Aku sakit , dia senyum?
" hmm "
Tanganku diraih dan dicium satu persatu jari milikku yang tidaklah berapa nak runcing . Aku menjadi hairan dengan perlakuan Rayyan .
" Olivia Kaira binti Dato' Mukhriz . Abang janji , abang akan jaga awak . Awak pun kena janji , jangan mengada nak buat aktiviti ganas . Jangan nak angkat benda berat berat . Nak pergi mana mana , ajak kawan . Nak makan apa apa , bagitahu je kat abang . Jangan sorok . Perempuan ni memang jenis bersorok kalau nak bercakap . Faham? "
Aku mengangkat kening sebelah kananku . Dahi sedikit berkerut memikirkan apa yang dimaksudkan dengan pesanan Rayyan tadi . Aku sakit teruk sangat ke? Ke aku dah takboleh hidup lama?
" Kenapa? Saya sakit apa? "
" Awak sakit terkena buatan abang . Doktor tu kata , awak jadi macamni sebab abang "
Aku semakin pelik . Tangan diletakkan di-dahi Rayyan . Nak cek suhu . Mana tahu suami aku ni demam kan?
" Abang tak demam lah .. Awak tu , pregnant "
Terbuntang luas kedua biji mataku . Aku memandang Rayyan tidak percaya namun dia mengangguk dengan senyuman . No wonder lah kenapa aku sensitif sangat lately ni kan?
" Thankyou sayang "
" Saya lah kena cakap thanks sebab abang .. err "
Rayyan menunggu ayat penuhku dengan sabar . Wajahnya , aku tatap sepuas hati . Akhirnya , senyuman diukir .
" Sebab abang yang buat saya pregnant "
Aku menutup muka menggunakan kedua tapak tangan menahan malu . Rayyan nampaknya sudah ketawa berdekah mendengar ayat-ku yang nampaknya kedengaran semacam je .
*****
Harini dah masuk hari ketiga Rayyan balik kerja awal . Bila dia balik , mesti nak tolong aku buat macam macam . Sebelum tidur , mesti nak bercakap dengan perut aku . Eh , anak aku sebenarnya .
Benda yang paling heaven sekali , dia tidak terlalu melayan Rania . Malah , Rania bila pulang dari kerja dia akan berkurung didalam bilik seorang diri .
Bila pergi ke kelas , Syifa pulak yang akan menjaga setiap tapak aku berjalan . Kalau makan , mesti semua ikut selera aku . Dan kebanyakkannya dia yang belanjaa aku . Gembira betul bila dia tahu aku pregnant . Habis ditanya aku pelbagai jenis soalan . Baby girl ke boy . Rasa macam mana . Sakit ke tidak . Penat aku menjawab . Tapi entah lah , aku terasa disayangi .
" Sayang , termenung apa tu? "
Spontan aku memandang kearah Rayyan yang berdiri dihadapan pintu tandas dengan hanya bertuala lilit dipinggang . Tubuhnya masih sedikit basah . Rambutnya juga masih basah dan kelihatan messy gitu kata orang putih . Cukup menggoda jiwa . Bukannya takpernah lihat pemandangan macamni , tapi harini terasa lain .
" Er takde apa . Pergilah pakai baju cepat "
Aku mencapai telefon dan membaca apa yang di-chatkan didalam group untuk menghilangkan rasa berdebar . Namun , Rayyan semakin mendekati katil . Bukannya pergi ke almari untuk memakai baju .
" Abang taknak pakai baju . Nak tidur macamni je "
Dengan selamba dia berkata kemudian menghenyak katil lalu disebelahku . Aku menarik nafas dalam . Telefon kembali disimpan .
" Ish pergi la pakai baju . At least seluar . Nanti towel tu londeh .. "
Rayyan tersenyum gatal memandangku . Dup dap dup dap . Dah kenapa hati ni gedik kuasa sepuluh pulak malamni? Melompat lompat pulak dia .
Rayyan mendekatkan wajahnya dengan wajahku . Matanya ku pandang lama . Dengan sekelip mata , bibir Rayyan mengurut lembut bibirku . Aku hanya diam membiarkan .
Tiba tiba pintu diketuk dari luar dan belum sempat aku memutuskan ciuman Rayyan , pintu bilik sudahpun dibuka dari luar . Rania kelihatan terkejut kemudian dia merengus . Eh suka hati dia je bukak pintu bilik aku tanpa kebenaran .
" Sorry ganggu . Nia nak keluar kejap . Bye! "
Pintu bilik dihempas kuat . Terkejut aku dibuatnya . Sungguh takde adab perempuan ni . Tetapi Rayyan tidak nampak seperti terganggu dengan perlakuan Rania . Dia kembali menyambar bibirku .
*****
Rania nampaknya pulang dalam keadaan mabuk semalam . Pagi ni , dia bangun lewat menyebabkan Rayyan pergi kepejabat dulu tanpanya . Mula mula , aku rasa taksedap hti ditinggalkan berdua dengan Rania namun ditolak perasaan itu sejauh mungkin .
" Apa kau buat dengan abang semalam? "
Rania bertanya ketika dia sedang mengunyah roti . Tetapi dia tidak memandangku . Lega , kurang rasa takut .
" Hal suami isteri "
Rania ketawa sinis . Aku memandangnya dan dia kembali memandangku . Milo panas diteguk rakus . Dahaga sungguh dia ni ." Hal suami isteri kau tu , jangan ganas sangat . Kalau gugur , aku tepuk tangan . Lagipun , aku memang nak bagi kau gugur . Biar abang benci kau sebab bunuh anak dia . Baru puas hati aku "
Rania bangun dari kerusinya dan terus menapak keluar rumah setelah handbag dicapai . Dia nak pergi office macam mana tu lantak dia lah . Yang lagi penting , ugutannya itu . Seram .
YOU ARE READING
Heartbreaker First Love ✔ | EDIT
Casuale" People didnt quite understand our relationship , and neither do i sometimes . But the thing is , we were bestfriends , enemies , and maybe even lovers " Berjumpa kembali setelah terpisah untuk sekian lama . Namun dalam keadaan yang tidak pernah di...