50| Mengidam

2.7K 43 1
                                    

Lega rasa hati selepas melihat keadaan Kaira yang semakin baik . Sebenarnya , aku balik awal disebabkan mama yang memberitahu tentang Kaira yang nampak seperti tidak sihat dan hanya berkurung didalam bilik setelah pulang dari kelasnya . Disebabkan risau yang melampau , aku selesaikan segala kerja yang masih ada dan yang dirasakan tidak terlalu penting , aku hanya meminta Faiq untuk menyelesaikannya . Siapa Faiq , takperlu lah tahu . Dah tentunya kawan aku .

" Abang! "

Suara Kaira menyedarkan aku dari lamunan . Dia yang telah siap berpakaian sambil tersenyum berdiri didepanku . Seronok betul dia bila aku kata nak bawak pergi shopping .

" Dah siap ke? Jom lah "

Kaira mengangguk kemudian menarikku untuk berdiri . Kami jalan beriringan turun kebawah . Mama yang sedang menonton televisyen tersenyum lebar melihat Kaira .

" Dah berapa hari mama tengok Olive takde mood je . Harini dah senyum berseri seri haa "

Kaira ketawa mendengar kata kata mama . Aku tersenyum mendengar gelak tawanya itu . Rindu sungguh nak dengar dia gelak begitu .

*****

Sudah lima belas minit Kaira memilih pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sudah lima belas minit Kaira memilih pakaian . Sudah bermacam jenis baju dan seluar yang dia tunjukkan padaku . Aku hanya mengikut karenahnya . Tetapi jujurnya , Kaira tak nampak seperti perempuan yang pregnant .

" Yang ni cantik tak? "

Kaira menunjukkan blouse berwarna navy blue kepadaku . Kali ni aku tertarik dengan baju itu dan terus mengangguk dengan senyuman . Dia turut tersenyum setelah aku bersetuju dengan pilihannya dan terus pergi ke kaunter membayar .

" Eh Rayyan! "

Spontan aku menoleh kebelakang . Nick sedang tersenyum memandangku bersama maksu . Aku tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan maksu .

" Maksu!! "

Entah sejak bila Kaira sudahpun selesai membayar dan memeluk maksu . Haih rapat betul diorang berdua ni .

" Maksu buat apa kat sini? "

" Nick ni haa , ajak pergi shopping lah . Sebab nanti dah fly sana mana boleh shopping dengan maksu dahh "

Kaira memandang Nick dengan kening kanannya diangkat . Nick hanya memandang maksu dan kemudian tersengih kepada Kaira .

" Fly mana? I taktahu pun? "

" Ottawa lah . Baru berapa bulan duduk Malaysia dah nak balik sana . Ada buah hati agaknya "

Maksu menjawab bagi pihak Nick . Aku hampir hampir tersenyum . Eh tak , terjerit gembira sebenarnya . Lepasni takde lah aku jealous Kaira dengan Nick lagi .

" Are you serious Nick? Hm iye lah . Jangan lupa , bila balik sini nanti bawak balik bakal bini tau . You tu dah tua , bila lagi nak kawin kan? "

Nick ketawa besar . Aku tersenyum dan menarik Kaira mendekatiku kemudian pinggangnya aku peluk . Nick menepuk bahuku perlahan .

Heartbreaker First Love ✔ | EDITWhere stories live. Discover now