Wajah Rayyan yang sedang tidur itu aku tatap lama . Sejujurnya aku cukup bahagia dengan dia . Segalanya pasal aku , dia jaga . Pelukan dipinggang ku juga dia tidak lepaskan walaupun sedang tidur . Alahai pumpkin .
Wajah kami begitu dekat . Lebih kurang 3inchi sahaja jaraknya . Jadi , aku gunakan peluang ini untuk menilik wajahnya . Handsome nya pumpkin aku emm .
" Dah puas ke tatap wajah saya? "
Aku tergamam . Rayyan ni tidur ke tak? Mata masih tertutup tapi mulutnya bercakap . Eh?
" Err mana ada lah "
Serta merta aku menutup mulut . Rayyan sudah membuka matanya kemudian tergelak kecil .
" Kenapa orange caramel saya tutup mulut ni? "
" Belum gosok gigi "
Aku bercakap dengan tangan yang masih menekup mulut . Makin kuat ketawa Rayyan . Huh , dia bantai gelak kan aku pagi pagi ni?
Rayyan merapatkan lagi pelukannya . Bersentuh tubuh aku dan tubuhnya . Tiba tiba , Rayyan mencium ubun ubunku .
" Morning kiss! "
Aku mencebik . Belum sempat aku mahu menjawab , bibirku pula yang menjadi mangsa ciumannya . Walaupun hanya ciuman tipu tipu .
" Ish awak ni! "
" Eleh , semalam dia tarik kita pastu french kiss kita tu takpe pulak? "
Membulat mataku mendengar kata kata Rayyan . Serta merta Rayyan ketawa besar . Yaa Rabbi , bahagianya dia gelakkan aku pagi pagi ni . Pehanya aku cubit perlahan kemudian ketawanya terhenti .
" Orange caramel .. Jangan main main dekat area situ . Bahaya "
Aku blur , blur dan blur . Apa yang bahaya nya? Ada bom nak meletup ke pun kalau aku cubit peha dia?
" Junior bangun nanti "
Aku menjegilkan mata kemudian terus menolak tangan Rayyan yang memelukku . Cepat cepat aku bangun dari pembaringanku dan mencapai tuala sebelum menapak masuk kedalam tandas .
" Nak join mandii !! "
Suara Rayyan kedengaran dari luar tandas . Aku yang sedang membuka pakaian tersentak kemudian mengunci pintu tandas . Fuh , boleh pulak lupaa kunci .
" Jangan mengada lah saya ada kelas pagi nii "
Aku menjawab kemudian membuka shower . Uh sejuk!
*****
" Awak jawab elok elok eh nanti ujian prof Zayed . Sayaa dah ajar semua kan semalam? "
Aku mengangguk kemudian tersenyum . Tali leher Rayyan aku pakaikan kemudian menepuk tangan sendiri .
" Tadaa! Dah handsome pumpkin saya! "
Rayyan tiba tiba memelukku . Aku hanya membiarkan perbuatannnya . Hampir 5minit , dia akhirnya melepaskan pelukan .
" Nanti saya rindu awak "
" Ehh , hari first nak masuk office dah kata rindu . Padahal belum keluar rumah pun lagi . Macam mana nak kerja? "
Rayyan ketawa dan aku juga ikut sama ketawa .
" Saya boleh je kerja . Jangan risau . Gambar seksi awak banyak dalam phone saya "
Bola mata diputar . Gatal betul lahai . Suami sape ni? Tiba tiba Rayyan memuncungkan mulutnya sambil mata ditutup .
" Nak apa? "
" Kiss sebelum pergi kerja "
Aku tersenyum jahat kemudian meletakkan tangan dihujung muncungnya .
" Okay lah . Taknak bagi kiss takpe . Kat office nanti mesti ramai girl . Saya mintak je diorang "
Aku cuak . Wajahnya aku tarik kemudian bibirnya aku cium perlahan .
" HA HA HA tahu pun takut . Tapi kan , bila nak ada scene lebih dari kiss? Takkan yang tu kena mintak girl kat office jugak? "
Aku mencebik . Wajah dimasamkan semacam cuka .
" Joke je laaa "
*****
" Daiyan! "
" Opocot sayangku Rayyan! "
Perlahan aku mengurut dada apabila disergah begitu oleh Nisha . Kus semangat!
Nisha yang berdiri dihadapanku sudah tersengih sengih kalah kerang busuk . Dapat jugak dia kenakan aku heh .
" Kau nak apa? "
" Jap jap . Kau melatah nama sape tadi? "
Hah? Alamak . Aku melatah nama Rayyan eh tadi? Aisehh Daiyan kau ni takpandai cover betul .
" Takde sape laaa . Asal ni kacau aku kerja? "
" Takde lah apa . Nak ingatkan kau je . Bos baru masuk harini . Dengar cerita handsome tapi malang sekali , menantu Dato' Mukhriz . Jelas jelas dah kawin "
Aku menjeling Nisha . Perangai miang dia ni tak habis habis .
" Biar je lah . Aku nak get ready meeting dengan bos baru ni . Dah syuh syuh "
Nisha mencebik kemudian berjalan meninggalkan aku keseorangan .
" Takde yang lebih malang dari Rayyan yang panggil budak Olive tu sayang "
Keluhan dilepaskan .
*****
Aku memandang satu persatu wajah manusia yang berada didalam bilik mesyuarat ini . Tiba di satu wajah , aku tersentak .
" Baiklah semua . Kenalkan , ini Encik Rayyan Daez . Menantu saya merangkap CEO baru syarikat ni . Jadi saya nak kamu semua bagi kerja sama dan komitmen kepada Encik Rayyan "
Aku hanya tersenyum setelah daddy memulakan mesyuarat . Bukan mesyuarat apa pun , nak kenalkan aku je huh .
*****
Selesai mesyuarat , aku bersalam dengan pekerja pekerja daddy . Tiba di pekerja daddy yang terakhir , aku berhenti menghulur tangan .
" Ha Rayyan . Ni Daiyan Batrisyia iaitu your assistant "
Aku tergamam . Daiyann , p.a aku?! OH MY GOD .
" Hi Encik Rayyan . Selamat bekerja . Ada apa apa boleh cari saya "
Aku senyum hambar kemudian mengangguk . Pandai kau berlakon Daiyan .
YOU ARE READING
Heartbreaker First Love ✔ | EDIT
Random" People didnt quite understand our relationship , and neither do i sometimes . But the thing is , we were bestfriends , enemies , and maybe even lovers " Berjumpa kembali setelah terpisah untuk sekian lama . Namun dalam keadaan yang tidak pernah di...