Serah Diri

1.6K 243 4
                                    

Aku terundur ke belakang sehingga terhenyak di kerusi roda.

Tentera kerajaan pusat ada di sini! Jadi, tadi abang keluar nak hadapi mereka semua sendiri? Aku spontan memecut naik ke pejabat ayah di atas.

"Abang, tunggu!" jeritku sekuat hati lalu menerpa pintu kayu itu. Aku mendengar derap langkah abang berlari di bilik sebelah. Aku lebih dulu mencapai tombol pintu dan berjaya membukanya.

Rupanya abang juga sedang memegang tombol pintu yang satu lagi. Wajah abang nampak terkejut melihat aku.

Tanpa kuduga, abang menarik tombol pintu itu dengan kuat.

"Doaar!" Berdegar pintu itu dikatup abang. Aku pula nyaris terlanggar pintu itu kerana tertarik sama. Apa yang...

"Arash, siapkan dulu alat itu. Jangan keluar! Biar abang uruskan tentera pusat itu," Abang memberi amaran dari sebalik pintu. Belum sempat aku membantah, aku sudah mendengar pintu kayu pejabat ayah itu dikunci.

Abang mengurung aku?

"Jangan risaukan abang. Siapkan saja dua alat itu. Itu lebih penting. Abang akan cuba halang mereka sebaik mungkin daripada mengambil kamu!" kata abang dari sebalik pintu itu. "Pergi siapkan!"

"Abang!" jeritku sekuat hati. Tiada balasan dari abang. Aku hanya mendengar bunyi tapak kakinya  melangkah pergi.

Dari suara tegasnya, aku tahu abang benar-benar serius. Mahu tak mahu aku kembali melompat turun ke ruang rahsia kami. Alat yang kami buat tinggal sedikit sahaja lagi untuk disiapkan.

Terketar-ketar tanganku membuat sentuhan akhir. Setelah siap, aku terus memakai versi fon kepala, manakala model kecil yang abang buat aku masukkan ke dalam kocek seluarku.

Aku menerpa komputer. Dari sudut pandang kamera keselamatan, aku dapat melihat abang sedang berhadapan dengan ketua pasukan tentera itu. Aku dapat cam dari uniformnya yang lebih menonjol dan berwarna gelap berbanding tentera biasa. Dia sedang bercakap pada abang dengan wajah yang serius. Abang pula kelihatan bersahaja.

Aku yakin abang sedang berlakon. Dia membalas dengan sambalewa, namun berjaya buatkan ketua pasukan tentera itu naik darah.

Macam cacing kepanasan ketua pasukan tentera itu untuk cuba mengawal amarahnya. Aku nampak penumbuknya digenggam kuat. Aku pula kecut perut, seolah-olah aku yang bakal menerima buku limanya itu. Abang jadi semakin santai.

Seorang pegawai tentera biasa mendekati lelaki perengus itu lalu berbisik sesuatu. Wajah ketua pasukan itu berubah tenang. Dia berkata sesuatu yang singkat pada abang. Tapi, kata-kata ketua pasukan itu nampaknya berjaya membuatkan riak wajah abang berubah.

."Apa yang mereka berdua bualkan sebenarnya?!" Aku mencekak rambutku kerana frustasi.

Lalu, aku membesarkan suara dengan harapan aku dapat mencuri mendengar perbualan mereka itu. Ada alat penyadap yang tersembunyi berdekatan mereka. Harap-haraplah masih elok. Aku rasa terdesak mahu tahu apa yang mereka bualkan. Sebab aku tahu, aku yang jadi topik perbualan!

"Saya menolak untuk mematuhi arahan!" Kedengaran suara abang naik satu oktaf. Aku dapat lihat genggaman tangan abang pula bergegar.

"Selama ini kami tidak pernah menyebabkan masalah kepada Rionzess. Kalau boleh kami tak mahupun mengaku jadi rakyat negara ini! Jadi, tinggalkan kami sendiri!" sambung abang lagi. Oh, aku tak pernah nampak abang semarah itu pada orang lain.

Ketua pasukan itu nampak menggetap bibir. Tidak semena-mena, dia menumbuk abang!

"Abang!" jeritku spontan. Tapi, aku tahu jeritanku tidak akan terdengar. Abang terduduk senak dan kesakitan kerana menerima tundukan padu itu.

Kemudian, ketua pasukan itu mengarahkan pasukannya masuk menggeledah bangsal dan rumah kami. Dari rakaman kamera keselamatan yang lain, tentera-tentera kerajaan pusat itu bertebaran di merata tempat. Aku menggigil. Mereka mencari aku!

 Sementata itu, abang yang ditinggalkan seorang diri terbaring di depan bangsal memandang tepat ke kamera, bagai sedang merenung tepat kepadaku. Mulut dan tangannya bergerak-gerak, menyampaikan isyarat bisu, "Keluar dari bilik rahsia dan sembunyikan pintunya. Jangan buat sebarang bunyi. Senyap!"

Aku serba-salah sebelum ambil keputusan untuk patuh. Aku duduk pada kerusi roda. Sedikit pun aku tak mengalih pandangan dari imej abang.

Dia perlahan-lahan duduk, dengan tangan masih mengusap perut. Aku menggigit bibir keresahan. Sakitkah abang? Adakah dia baik-baik sahaja?

Tidak lama kemudian, aku melihat abang didatangi semula tentera-tentera kerajaan pusat. Abang disoal. Tapi, aku tahu kedegilan abang. Dia mendiamkan diri sambil tersenyum sinis.

Puas disoal dan diherdik-herdik, barulah abang membuka mulut. Abang mengatakan sesuatu yang membuatkan ketua pasukan tentera itu berang.

Abang bangun dengan selamba. Tangannya digerak-gerak, menghalau mereka pergi.

Tidak semena-mena, dahi abang diacu pistol. Tentera pula segera mengelilinginya. Berlaras-laras senapang fokus pada abang seorang.

Abang tergamam. Aku terkesima.

"Jangan!"

[705 words]

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now