Buat beberapa ketika, fikiranku melayang. Aku tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingku sampailah Raizan menepuk bahuku.
"A... ada apa?"
"Fikiran lu pergi mana? Tengok tu, ada benda nak mula." kata Raizan sambil menunjuk ke satu arah. Aku menoleh ke arah yang ditunjukkannya. Baru aku sedar ada pentas di situ.
Dalam kesuraman, aku nampak pergerakan seseorang menuju ke podium yang berada di bahagian kanan pentas. Lampu tiba-tiba menyala, menampakkan Kapten Zilgaf sedang berdiri di sana.
Ugh, dia lagi!
Kapten Zilgaf berdehem. Bergema suaranya satu Dome itu. Kemudian dia berkata, "Baiklah, budak-budak. Harap kamu semua bersedia sebab ujian pemeriksaan akan dimulakan sebentar lagi. Untuk taklimat ujian tersebut saya akan serahkan kepada Tuan Heimich, wakil daripada Kerajaan Daviex."
"Huh? Kenapa perlu ada campur tangan kuasa asing dalam perkara ini?" gumamku.
"Betul juga apa lu cakap. Sial yang menimpa Rionzess bukankah patutnya menjadi rahsia kerajaan?" kata Raizhan pula. "Ah, dah terdesak sangat sampai mau minta bantuan kerajaan lain agaknya..."
Aku pandang wajah Raizhan. Macamana dia boleh bersikap begitu selamba? Dia sedar atau tidak betapa bahayanya situasi yang sedang kami semua hadapi ini?
"Raizhan, tak takutkah seandainya kamu termutasi juga?" soalku kepadanya.
"Tak," balasnya sepatah.
"Biar betul?"
"Kalau wa normal, normallah. Kalau wa termutasi pun wa tak kisah. Hebat apa kalau wa ada kuasa super tu?" Dia tunjuk wajah teruja dengan sengihan lebarnya. Kemudian, dia terdiam seketika. "Kalau jadi sesuatu yang buruk sama wa... wa pun tak kisah. Tiada siapa pun yang peduli..."
"Kenapa kamu cakap begitu? Kamu tak ada keluarga?"
Dia menggeleng.
Okey, perkara itu aku baru tahu daripadanya.
Suara bingit mikrofon menghentikan niatku untuk bertanya lebih lanjut atau melahirkan simpati.
Perhatian kami berdua terarahke pentas. Kapten Zilgaf berundur dan mempersilakan seorang lelaki dalam kot sintetik yang hitam berkilat ke podium itu. Mungkin itulah Tuan Heimich yang disebut Kapten Zilgaf sebentar tadi.
"Boleh tahan rupa wakil Daviex tu," puji Raizhan. Dalam diam aku menyetujui pendapatnya. Tuan Heimich itu ialah pemuda yang memiliki wajah yang ramah dan agak tampan.
Dia menekan sesuatu pada telinganya. "Hai, hai dan hai remaja-remaja Rionzess semua!" katanya dengankatany sambil melambai-lambai penuh energetik.
"Haii!" sorak seisi Dome itu.
"Panggil saya Heimich, tapi jangan panggil saya Tuan Heimich. Tolonglah jangan. Ia membuatkan saya kedengaran tua!"
Gelak ketawa meletus dalam kalangan remaja-remaja lain yang berada di bawah kami. Aku dan Raizhan juga ketawa geli hati. Kapten Zilgaf yang mula-mula menggelarkan panggilan 'tuan' hanya tersenyum senget, tahu dia yang disindir. Walau bagaimanapun, dia tetap tegak berdiri di sebelah podium seperti patung batu.
"Baiklah, tanpa membuang masa saya akan terangkan apa yang akan kamu lalui sebentar sahaja lagi."
Sebaik sahaja dia selesai berkata-kata, dinding putih dibelakangnya bercahaya dan memaparkan logo kerajaan Daviex.
Dia menyambung, "Remaja-remaja Rionzess sekalian, fenomena luar biasa yang menimpa Rionzess baru-baru ini sudah menimpa Daviex lama dahulu. Kamu semua pasti tahu bahawa segala kekacauan ini berlaku disebabkan sebuah meteor. Meteor itulah yang menyebabkan kamu yang tidak bersalah dan tidak tahu apa-apapun terkurung di dalam sini. Betul atau tidak?"
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒
Science Fiction[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah...