Amarah

1.4K 194 27
                                    

Aku terus berjalan pantas sambil menghentak bumi dengan langkah berat. Aku menggetap gigi untuk mengelakkan teriakanku terlepas lagi. Badanku benar-benar terasa panas membahang meskipun pagi itu masih terasa kedinginan semalam.

Aku tak tahu ke mana arah tujuanku. Apa yang aku penting aku mahu sendirian! Langkahku hanya terhenti apabila aku sampai di cerunan. Tak ada jalan rata lagi, aku terduduk di situ di sebelah pokok condong.

Nafasku kacau-bilau lagi. Pantas dengan setiap hembusan berat. Kali ini bukan sebab aku diserang cemas. Bukan!

Aku mencengkam kepalaku kuat. Sungguh, aku tak pernah merasa semarah ini pada orang lain. Tak pernah aku merasa marah yang buat darahku rasa menggelegak. Tak pernah aku merasa marah yang sampai buat aku rasa mahu membelasah orang lain!

Aku menghantuk-hantukkan kepalaku pada batang pokok yang ada di sebelahku.
Hantuk, hantuk, hantuk!

Aku bodoh, aku bebal, aku lembab!

Lagi sakit dahiku terkena kulit kayu yang kasar, lagi aku rasa mahu menghantukkan dahiku.
Biarlah pecah sekalipun! Sakit fizikal boleh sembuh. Sakit hati macamana?

'Srek, srek!'

"Siapa?!" sergahku sambil spontan membaling sebilah kunai.

"Kyaa!" jerit suara perempuan. Dia segera kembali bersembunyi di sebalik batang pokok.

"Elyssa, apa yang kamu buat di sini?" tanyaku terkejut. Aku bingkas berdiri. Lega betul aku bila balinganku tadi tak mengenainya.

"A-Arash, kamu... Kamu masih ma-marahkah?" tanya Elyssa takut-takut. Belas pula rasa hatiku melihat dia begitu. Aku melangkah mendekatinya, tetapi dia sedikit menjauh dariku. Aku dihenyak rasa bersalah.

"Saya... Saya cuma...."

Kata-kataku tergantung apabila tiba-tiba Elyssa memeluk aku dengan erat. Aku tergamam.

"El-Elyssa?" Rasa marahku tadi bertukar kekok. Elyssa tidak membalas. Wajahnya dibenamkan pada dadaku. Tangannya yang melingkari badanku, buatkan aku tak dapat bergerak sedikit pun.

"Eh?" Aku panik bila aku rasakan bajuku mulai basah. "Elyssa, janganlah begini. Saya tak marah kamu..."

Argh, kenapa pula aku yang kena pujuk dia?!

"Jadi, kamu tak marah dengan
Raizhan lagi, kan?" Elyssa mendongak.

Sebaik sahaja namanya disebut, perasaanku kembali berkecamuk. Perbuatannya kepadaku dari awal sampai akhir semalam berputar kembali dalam fikiranku. Aku memalingkan wajahku memandang tempat lain.

"Arash?" Elyssa cuba meraih perhatianku. Aku memalingkan wajahku lagi agar tidak bertembung pandangan matanya.

"Lepaskan saya, Elyssa...," kataku dingin. Aku menyentak perlahan tangannya yang degil melingkari badanku. "Lepas."

"Tak mahu!" tegasnya. "Saya takkan lepaskan Arash selagi Arash tak mahu maafkan Raizhan!"

"Lepaslah, Elyssa..."

"Tak mahu!"

'Aku benci kau, Elyssa. Kenapa kau buat aku begini?'

"Lepas..."

"Tak mahu!"

'Kau buatkan perasaanku bercelaru. Mana mungkin aku dapat maafkan Raizhan selepas apa yang dia buat padaku!'

"Lepaslah..."

"Tak mahu!"

'Tapi kenapa... Kenapa kau pula yang datang dan cuba padamkan amarah ini?'

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now