Kemanusiaan

1.5K 260 21
                                    

"Errgh!"

Aku cuba meronta lagi. Lebih kuat. Debaran dadaku semakin menggila melihat si rambut merah meletakkan anak panah pada busurnya.

Dia berdiri dalam jarak 5 meter lebih dariku. Kalau aku tidak lepaskan diri daripada pokok ini, alamat sekejap lagi identitiku sebagai Meteoris akan betul-betul terbukti dan aku akan 'mati' di dunia VR ini!

Tak, lebih buruk dari itu.
Aku akan sengsara di dunia nyata!

"Apa ni Arash?! Akar kayu saja pun!" Bentakku pada diri sendiri. Seluruh tenaga aku kerahkan untuk melonggarkan lilitan ketat akar kayu itu. Kunai yang aku pegang awal tadi sudah tercampak ketika aku dihenyak ke batang pokok. Ironinya, kunai itu ada dwkat denganku tapi tak dapat aku capai!

"Hoi, budak. Pandang sini!"

Baru sahaja aku mengangkat wajah...

"Zzupp!" Sebatang anak panah terpacak di sebelah pelipis kananku.

Aku tergamam. Segaris rasa perit menyucuk pipi. Aku mulai bernafas laju tidak keruan.

"Tch...tak ada dinding kuasalah. Dia bukan Meteoris."

"Hahaha...Meteoris atau bukan, lu patut tengok muka dia. Pucat ketakutan! Hahahahaha!"

Mereka mengetawakan aku sepuas-puasnya. "Tadi temberang sangat tunjuk kuat. Ditakutkan sikit, muka dah pucat tak berdarah!"

Aku pula memejamkan mata, menahan empangan yang hampir pecah. Nafas yang masih menderu laju, masih tak dapat kukawal. Badanku pula menggigil hebat. Aku tak tahu apakah aku harus marah, takut atau malu.

Aku benci tindakan tubuh badanku ini bila aku diserang panik atau takut. Kalau ada abang di sisiku sekarang, dia akan segera mengusap kepalaku. Aku akan kembali tenang seperti menyerap energi ketenangan abang.

Tapi, abangku yang tenang hadapi semua masalah itu, dia tidak ada di sisiku sekarang.

Betul. Aku kena bertenang... Tenang, agar rasionalku kembali.

"Siapa yang lemah sebenarnya sekarang? Kamu semua hanya memangsa orang-orang yang lemah, semata-mata mahu tunjukkan kamu kuat dan berkuasa. Kuat konon. Dibelasah Raizhan, kalah juga. Pengecut!" semburku tiba-tiba.

Aku mengangkat wajah dan merenung mereka tajam. Puas hatiku melihat wajah mereka memerah. Marahlah tu.

Aku menyambung, "Lebih memalukan, kamu menggunakan orang lain untuk berhadapan dengan Raizhan. Saya yakin, kalau kamu berhadapan sendiri dengan dia, pasti kamu semua lari tak cukup tanah!"

Aku teringat kembali perbualan beberapa orang yang menyerang kami di perkampungan titik mula. Mereka bertiga telah mengugut yang lain untuk menghapuskan kami berempat. Mereka bertiga ini kuat? Heh, mereka tidak lebih daripada pengecut!

"Lu!" Si rambut merah mulai terpancing emosi. "Lu memang mau mampus!"

Dia segera menarik busur panahnya lagi. Kali ini aku sedia. Kalau aku mati sekarang, sekurang-kurangnya aku dapat berjumpa Dieon untuk memastikan keadaannya di dunia nyata. Apa nasib yang menimpa aku selepas ini, aku tidak peduli.

Hei, cepatnya mahu berputus asa. Sudah lupa janjimu?

Tali busur panah sudah ditarik tegang. Anak panah yang bermata tajam mengarah ke dadaku. Satu persatu jari si rambut merah yang memegang tali busur mulai terlepas.

Dan saat itu juga akar kayu yang mengikatku terlerai. Aku spontan tunduk!

Zzupp!

Anak panah itu terpacak tepat di mana kepalaku berada sebelumnya. Berderau darahku melihat anak panah itu masih bergetar kerana impak.

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now