Tahap Seterusnya

1.3K 158 29
                                    

Percikan api kecil itu menyambar wap alkohol yang meruap, lalu serta-merta meledak.

"Arash!" jeritan Alyssa dan Nikho diredam bahang panas yang mendakap aku. Aku hanya mampu memejamkan mata dan menghadang wajah dengan lengan kiri. Detik itu aku sempat terfikir, ini akan sakit!

Sejurus selepas itu, aku merasakan pijar yang menjalar pada kulitku yang terdedah dalam milisaat.

"Argh!" jeritku. Rasa panas, terkejut dan takut menyerbu serentak. Ketika aku sedar aku sedang tumbang ke belakang. Pantas aku terkapai-kapai di udara, terdesak mencari sesuatu untuk berpaut. Tiada!

Kemudian, suasana kembali sunyi. Bila aku buka mata, Elyssa sedang memegang lenganku, manakala Nikho terpegun. Tangannya terbuka, cuba menggapai aku dari kedudukannya di atas kurungan itu. Sesaat dua, kami bertiga masih dalam kejutan kerana letupan tadi.

Aku terlepas jeritan dari mulutku. Spontan aku palang sekaligus seolah-olah nyawaku bergantung padanya. Aku boleh rasa jantung aku sedang berdegup kencang. Nasib baik, nasib baik. Kurungan yang bergoyang dan lantai berperangkap yang kelihatan begitu jauh dibawah membuatkan rasa gayat mencanak naik. bertenang, bertenang... aku selamat, aku selamat.

Tiba-tiba sahaja aku merasakan pukulan pada lenganku, dan kepalaku diluku.

"Aduh!" rungutku protes. "Sakitlah!"

Bila aku buka mata, aku nampak Nikho yang menjengil mata padaku dan Elyssa yang bercekak pinggang. Tangannya menggenggam hujung blausnya dengan erat. Aku telan liur. Apa yang aku dah buat?

"Malaslah aku nak peduli kau lagi. Pergilah mampus sana!" marah Nikho. Dia menghilang ke atas. Bila aku bertembung pandang dengan Annisa, sedepa juga muncungnya. Aku ketawa gugup sebab nampak wajahnya macam nak menangis.

"Sakit tak kena api?" Elyssa menghulur tangannya dari celah gerigi. Aku tersentak bila hujung jarinya menyentuh pipiku. Spontan dia menarik balik. "Uh, maaf!"

"Tak mengapa. Tak sakit sangat pun sebenarnya..." Aku menggosok pipiku perlahan. Rasa pijar itu meninggalkan denyutan perlahan. Nasib baik aku hanya dicium api tanpa ada pakaianku terbakar. Kalau Mau luruh juga jantung aku kerana letupan tadi. Patutnya aku lebih hati-hati dan dapat bersiap-sedia dengan kemungkinan itu. Tak kisahlah. Aku dah berjaya memarakkan api untuk membakar palang besi itu. Sekarang, perlu tuggu hasilnya.

Aku memandang api yang sedang rakus menjilat batang gerigi besi yang kami lilit dengan tali itu. Kami harus menunggu beberapa minit lagi. Harap-haraplah besi itu akan cair atau sekurang-kurangkan senang untuk dilenturkan.

"Elyssa, jauh-jauh sedikit dari api tu. Bahaya," kataku perlahan. Dia hanya mengangguk.

"Nikho?"

"Oi!" Kedengaran balasan darinya. Kasar.

"Nikho..."

"Apa?" Kepalanya menjengul. "Kau memang nak minta, kan?"

Aku tersengih gentar. Gerun kalau dia tiba-tiba mengamuk. "Kau dah hilang rasa pening?"

Nikho mengerut dahi. "Macamana kau tau?"

"Muka kau tadi merah. Tandanya darah banyak menyerbu ke kepala. Jadi, mestilah kau rasa pening. Kau... dah tak apa-apa?"

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now