"Sekarang, apa yang aku nak buat?" gumamku sendiri.
Aku dan Elyssa saling memandang buat seketika, sama-sama bingung. Macam yang Elyssa cakap, kurungan yang memerangkap dia sekarang macam kelopak bunga yang terikat di atas.
Aku melepaskan desahan berat. Rancangan awal aku, aku akan menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan pintu kurungan. Pecahkan mangganya, bengkokkan selaknya, atau merosakkan engselnya. Tapi, apa aku nak buat kalau pintu kurungan ini tak wujud pun dari awal!
"Elyssa, badan kamu kecil. Tak bolehkah kalau kamu menyelit saja antara geriji besi ini?"
"Eh, mana boleh!" balas Elyssa pantas.
"Apa yang kau merepek, Arash?" Nikho menjengukkan kepalanya dari atas. "Kalau Elyssa boleh keluar dari gerigi tu, dah lama dia buatlah! Kau tahu tak, semasa kau tengah terbaring nak mampus di bawah tu, dia dengan bodohnya cuba membengkokkan gerigi itu, kau tau?"
"Nikho!" Annisa merengek. Aku dapat melihat wajahnya memerah kerana malu.
Aku gosok tengkuk. Sebenarnya, aku main cakap saja apa yang terlintas di kepala aku tadi. Sebab aku tengah buntu!
Mustahil aku dapat membengkokkan gerigi besi ini. Aku tak cukup kekuatan untuk melakukannya. Tapi, kalau aku boleh patahkan satu batang sahaja, Elyssa akan dapat menyelit keluar sebab badannya yang kecil dan ramping.
Argh... aku harap besi ini tiba-tiba jadi lembut bila aku sentuh! Tapi, ini besi. Besi yang terbuat daripada jirim-jirim yang tersusun rapat, kukuh dan kuat! Bukannya tanah liat yang boleh dilentur-lentur.
"Jirim!" Aku tiba-tiba terjerit. Terkejut Elyssa dan Nikho.
"Kau dah kenapa?" bentak Nikho.
Aku merapatkan wajah pada Elyssa. "Apa sifat besi yang kamu tahu, Elyssa?"
Elyssa mengerutkan dahi. "Besi? Ia keras dan kukuh?"
"Tapi, besi boleh dilentur ketika ia panas!" Aku sedikit menjerit teruja. Alyssa mengerut dahi kerana tidak faham.
Aku terus mencari apa yang dapat aku jadikan bahan bakar. Ketika itulah aku nampak tali-tali yang terdampar di belakang Elyssa. Aku tersenyum girang.
"Elyssa, tolong ambil tali-tali itu dan lilitkannya pada batang besi ini," kataku sambil cuba mencapai hujung tali yang berdekatan. Tali yang aku dapat itu aku lilitkan dari bawah sampai habis pada sebatang palang besi di hadapanku.
Elyssa yang faham tujuanku ikut melakukan perkara sama. Semua tali yang tadi membelit Nikho tadi kami gunakan semula. Aku bersyukur aku tidak membuang tali-tali in tadi. Ada juga gunanya pada waktu-waktu begini.
Setelah selesai, aku berkata pada Elyssa, "Ada alkohol di dalam beg kamu?"
"Ada, ada!" Elyssa segera merogoh beg kantung yang menyimpan ubat-ubatan. Dia mengeluarkan botol kaca bersaiz sederhana. Aku menyambut botol kata itu dan membaca labelnya.
Latar dunia permainan ini mungkin berlatarkan zaman kuno. Tapi item-item penting seperti ubat-ubatan sama dengan peredaran zaman yang ada di dunia nyata sekarang. Seperti sesuatu yang didatangkan dari masa depan ke masa lalu, item-item sebegini ialah sesuatu dan sangat berharga dan sangat membantu para pemain berhadapan dengan latar dunia VR yang terbatas dalam teknologi. Sebab Raizhan dan Nikho selalu menang dalam pertempuran, kami ada banyak 'harta rampasan perang' seperti bekalan ubat-ubatan, makanan dan alat-alatan survival di hutan.
Tapi, banyak bekalan pun tidak guna jika tidak tahu cara menggunakannya. Raizhan sedikit sebanyak mengajar aku teknik-teknik rawatan kecemasan yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Dia pernah berkata bahawa perkara itu memang disengajakan. Katanya, itu sebagai unsur pendidikan kepada pemain.
"Mengandungi 40% alkohol. harap cukuplah," gumamku sendiri sambil membuka penutup botol itu. Kemudian, aku menyiramkan habis kandungannya pada lilitan tali itu. "Ada lagi?"
"Ada... tapi, kamu nak buat apa?" tanya Elyssa. Teragak-agak dia menyerahkan botol ubat yang seterusnya padaku. Perkara yang sama aku lakukan. Dari ekor mata, aku nampak Elyssa terkejut sambil menutup mulutnya.
"Tengok saja dulu. Saya harap ini berhasil. kalau tak berhasil, saya akan fikirkan cara lain," ujarku sambil mencapai kunaiku.
Aku menjauhkan diri sediki dari lilitan tali itu. Lalu, aku melagakan kunai-kunai itu dengan cepat. Denting-denting besi yang berlaga bergema di dalam ruang yang besar itu.
"Kau nak hasilkan percikkan apikah, Arash?"
Aku mengangguk sahaja tanpa memperdulikan pertanyaan Nikho. Cepatlah terhasil! Selalunya bukan main senang percikan api ini terhasil. Pertarungan yang aku lihat atau terlibat sangat-sangatlah dramatik. Dengan percikan api yang besar-besar, senjata yang meninggalkan kesan cahaya illuminous, letupan yang menggegar jantung... aku sepatutnya tak hairan lagi kalau elemen-elemen sebegitu sengaja dibuat walaupun tak mengikut hukum fizik. Janji, keseronokan. Ini dunia permainan VR!
Ting! Tzing! Tzing!
Aku semakin melajukan gerakan tanganku menghentamkan kunai itu antara satu sama lain.
Psztch!
Percikan api kecil tercetus lalu menyambar lilitan tali itu. Sekelip mata, api yang besar meledak menerkam aku. Refleks, aku hanya mampu menutup mata dan menggunakan lengan untuk melindungi diri.
"Arash!"
....
Author's note:
There you go! Update lepas berabad-abad lamanya. Minta maaf minta ampun. Kamu semua pun tahu rasanya kalau menghadapi writer-block atau... simply lazy.Sejujurnya, aku dah lama tak kesah kalau cerita aku tak kena vote, dikomen, naik ranking, mahupun menjunam jatuh di tangga ranking sekalipun... aku dah tak kesah. Sebab semua benda tu dah hilang makna bagi aku.
Prinsip aku, kalau cerita aku layak, maka aku akan terima semua benda tu. Ia datang sendiri. Kalau tidak, maknanya aku kena usaha lebih. But, well... that made me unmotivated.😂😂😂 Enjin sekejap panas, cepat saha jadi suam dan sejuk semula.
Jadi, terima kasih pada yang telah komen, masukkan dalam Reading List dan spam votes. Saya sangat hargainya (walaupun tak pernah zahirkan). You give me a reason to smile. 😁 Terima kasih banyak-banyak.
Itu saja.
This is Niemza,
Roger and Out!
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒
Science Fiction[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah...