Selepas tahu aku dapat menutup identitiku sebagai Meteoris dengan alat ciptaan abang, aku mulai yakin dengan setiap perbuatan yang aku buat. Aku juga mulai belajar untuk rasakan keseronokkan dunia VR ini.
Tak ada rasa takut, tak ada rasa gentar.
Aku belajar dari siapa? Siapa lagi kalau bukan Raizhan. Dialah yang gigih cuba mempengaruhi aku untuk merasakan pacuan adrenalin dan keghairahan memenangi suatu pertempuran dalam permainan ini.
Mengejar atau dikejar. Membunuh atau dibunuh...
atau dalam kata yang lebih sopan, menewaskan atau ditewaskan.Game over.
Menewaskan bagiku ialah kata yang lebih tepat daripada membunuh. Kata Raizhan, "Kau membunuh tiada siapa pun di dunia VR ini, jadi rilekslah dan tetap melawan!"
Heh, memanglah dalam dunia ini, kematian adalah palsu. Tapi, Raizhan lupa. Mungkin juga semua orang sudah lupa.
Semua orang akan hidup pada akhirnya, kecuali Meteoris. Sebab itulah aku masih tak mahu menerima permainan ini sepenuhnya.
Jadi, maafkan aku Raizhan. Aku tak mahu terpengaruh dengan permainan tak guna ini. Mungkin kau sudah biasa melihatnya sebagai escapisme daripada dunia realiti tapi bagi aku permainan ini boleh menggelapkan hati.
Aku tak mahu mencederakan sesiapa sama ada virtual apatah lagi realiti! Kecuali... kalau aku betul-betul terpaksa.
Aku belajar bersungguh-sungguh dengan Raizhan cara bermain pedang. Aku mahu jadi kuat supaya aku boleh mempertahankan diri. Jika aku sudah terdesak, barulah aku mahu menyerang.
Setiap kali kami berehat sebentar di setiap perjalanan kami, Raizhan dan kadang-kadang Nikho akan ajak aku untuk bergusti. Dalam bahasa mereka, latihan itu dipanggil sparing.
Begitulah rutin kami.
Boleh dikatakan perjalanan kami lancar. Jika ada kumpulan pemain yang menyerang kami, Raizhan dan Nikho dapat menewaskan mereka dengan mudah. Malah mereka pula yang akan bersaing siapa menewaskan lawan lebih banyak. Bila berlaku serangan, aku sentiasa disuruh bersembunyi untuk menjaga Elyssa. Tak perlukan masa yang lama, merek berdua pasti sudah berjaya menewaskan semua lawan. Jujur, mereka berdua itu raksasa. Patutlah digelar pemain lagenda.Hanya saja, setiap pertarungan pasti akan berhujung perang mulut pula antara Raizhan dan Nikho. Aku dan Elyssa pula akan keluar dari tempat persembunyian hanya untuk mendamaikan mereka. Haih... bilalah mereka boleh akur?
Semakin lama kami meneruskan perjalanan di udara, kami semakin hampir dengan check point pertama.
Aku sedar aku harus menyiapkan diri untuk menempuhi cabaran di situ.
Niatku dalam permainan ini juga telah berubah. Aku dah tak perlu risau akan keselamatan diriku lagi. Identitiku sebagai seorang Meteoris pula akan tetap menjadi rahsiaku seorang. Dengan bantuan alat ciptaan abang, aku telah menjadi remaja yang normal. Tetapi, itu tidak akan menjamin keselamatan aku dan kawan-kawanku kalau aku gagal melewati cabaran ini.Niatku sekarang ialah menamatkan permainan ini dengan segera. Aku sudah berjanji dengan Ellysa untuk berusaha untuk menyelamatkan Dieon. Aku akan cuba semampuku sampai saat terakhir.
Ya, aku mesti menang! Hanya dengan kemenangan akan dapat membuktikan aku benar-benar normal. Tiada siapa yang akan menuduh aku Meteoris lagi dan aku boleh pulang ke rumah dengan aman!
"Arash?"
"Hmm?" Aku tersentak dari lamunan bila mendengar ada suara yang menyeru namaku. Aku segera menoleh dan pandangan mataku bertembung mata bundar milik Elyssa.
"Jauhnya termenung!" tegurnya sambil ketawa kecil. Dia mengambil tempat duduk di sebelahku. "Sup dah siap?"
Aku memandang periuk kecil yang sedang berisi sup yang menggelegak. Err...apa yang aku sedang buat tadi?
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒
Science Fiction[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah...