Decode

1.3K 192 18
                                    

"Cepat buat sesuatu!" Raizhan menjerit. Suaranya tenggelam kerana kebisingan bunyi batu-batu bergeser.

Guruh seperti berdetak-dentum di dalam dinding-dinding batu itu. Dari semua arah, tempat itu bergegar hebat seperti hendak runtuh. Debu-debu juga menghujani kami berempat.

"Hnggh!" Aku dan Raizhan cuba menahan siling batu itu. Namun, usaha kami sia-sia sebab siling itu terus turun.

"Saya tak tahu nak buat apa! Tak ada petunjuk jelas dalam kertas ini!" kata Elyssa panik. Menggigil tangannya membuka lipatan kertas petunjuk.

Sekilas, aku nampak sesuatu pada kertas petunjuk itu. Dari sudut aku yang berdiri di sebelah kanan Elyssa, aku nampak sesuatu yang kami tak perasan selama ini.

'SOS?'

Sesaat kemudian, semua gegaran dan gegak-gempita sebentar tadi serta-merta terhenti.

"Huh?" Kami berempat kehairanan.

"Nampaknya, kejadian tadi cuma amaran. Kita tak boleh berlama-lama di sini. Kita kena keluar secepat mungkin!" kata Raizhan sambil menurunkan pedangnya.

Dia memandang Nikho, "Kau, jangan berani bergerak!"

"Aku tahulah! Tempat ni bergegar tadi bukan salah aku, kan?" balas Nikho sebal.

"Elyssa, beri saya pinjam kertas itu," pintaku dengan serius. Elyssa terus bagi padaku tanpa banyak soal.

Sebaik sahaja aku dapat kertas petunjuk itu, aku terus membawanya ke dinding berukir kedua yang kami jumpa. Siling yang merendah hampir menutup tulisan bahagian atas. Tinggal sejengkal sahaja lagi.

Aku pandang tulisan kecil pada kertas itu dan ukiran pada dinding silih berganti.

"Aku rasa aku tahu apa makna simbol-simbol ini," kataku perlahan.

"Hah, biar betul?" Raizhan dan Elyssa terus menerpa aku.

Aku mengangguk. "Kenapa selama ini kita tak perasan?  Kod 'SOS' inilah petunjuknya!" kataku sambil menunjuk tulisan di tepi sebelah kanan kertas itu.

 "Kenapa selama ini kita tak perasan?  Kod 'SOS' inilah petunjuknya!" kataku sambil menunjuk tulisan di tepi sebelah kanan kertas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Raizhan dan Elyssa merenung tulisan yang aku tunjuk. Secara bersamaan juga, timbul kerutan di dahi mereka.

"Maksud kau apa, Arash? Aku tak faham. Ada kaitannya dengan tulisan SOS ni?" tanya Raizhan. Elyssa juga mengangguk laju, tanda dia juga tak faham.

Aku mendesah.

"SOS tu singkatan kepada 'save our ship', 'save our souls' atau 'send our saviour'. Kod ini digunakan untuk meminta bantuan kecemasan."

"Jadi?" Raizhan nampaknya masih tak faham.

Aku mendengus. "Maksudnya dari awal lagi kita kena perhatikan tulisan ni. Inilah petunjuk yang diberikan. Sekarang cuba tengok bintik dan garis ini. Tiga bintik, tiga garis dan tiga bintik lagi. Maknanya, tiga bintik mewakili huruf 'S' dan tiga garis mewakilo huruf 'O'. Sekarang, cuba tengok simbol mana yang memiliki tiga bintik atau tiga garis?"

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now