Hutan dan Lumpur

1.1K 116 59
                                    

Gelap.

Raizhan menarik bilah pedangnya. Nikho juga begitu. Aku dan Elyssa ikut mengeluarkan senjata kami. Dari cahaya yang datang dari arah belakang kami, kami tahu kami berada di dalam sebuah lorong yang panjang. Tapi, kegelapan yang pekat di hujung sana membuatkan lorong itu seperti infiniti.

"Kita jalan berpandukan dinding," kata Raizhan sambil merapat ke dinding di sebelah kiri.

Sebaik sahaja tangannya menyentuh dinding, tiba-tiba satu persatu bunyi letupan kedengaran. Tersentak kami berempat. Obor yang berderet di dinding tiba-tiba terbakar, menerangi terowong itu. Pintu batu di belakang juga berdegar bunyinya apabila tertutup. Spontan kami tunduk menekup telinga.

Kemudian suasana menjadi sepi.

"Lentera terangi destinasi akhir..."

Aku melafazkan rangkap dalam puisi petunjuk itu dalam senafas. Kedatangan kami di lorong ini disambut dengan marak api obor. Menandakan kami sudah berada di peringkat akhir. Walau bagaimanapun, hujung terowong ini masih belum dapat dilihat.

"Ada bekas pertempuran berlaku di sini," komen Elyssa sambil mengutip sebilah anak panah yang patah.

"Jadi ertinya, pemain-pemain lain pun akan lalu di terowong ini?" Spontan aku memandang ke belakang. Pintu batu tempat kami keluar tadi telah tertutup semula.

"Boleh jadi kita semua dikumpulkan di sini sebab sekarang kita berada di peringkat terakhir."

"Biasanya, apa yang ada di peringkat terakhir tidak akan mengikut hukum alam. Raksasa yang tidak pernah wujud, cuaca yang ekstrem..." Nikho menyambung.

"Tidak perlu fikirkan pasal tu dulu. Apa yang akan kita hadapi nanti, kita fikir masa tu." Raizhan memandang barang-barang yang bertaburan di sepanjang lorong itu. Aku pasti itu semua ialah barang-barang peniggalan pemain-pemain lain yang sudah 'mati'.

"Ada banyak barang jatu kau orang rasa berguna untuk kau." Raizhan mencapai obor yang terdekat dengannya. Disuluhkannya kepada kami.

"Ada untungnya juga kita terlambat." Nikho kedengaran agak girang. Dia juga mencabut salah satu obor dan menemani Elyssa mencari anak panah yang masih elok.

Aku juga tunduk mencapai objek yang tergeletak berdekatan dengan kakiku. Beg yang terbelah kainnya dengan kesan cecair data yang belum tersejat sepenuhnya. Ertinya kesan pertarungan ini belum lama.

Aku selongkar isinya tetapi aku tidak menemui apa-apa yang berguna. Aku campak beg itu dan mencapai objek yang lain. Aku mahu cari pengganti kunai-kunaiku yang hilang.

"Arash." Raizhan menendang sesuatu kepadaku. Benda itu meluncur di atas lantai dan aku tangkap. Satu set pisau pelbagai saiz. Ada 10 bilah. Aku timang-timang sebelah tangan. Beratnya bagus! Walaupun tidak sama dengan kunai yang aku biasa guna, ini cukup untuk jadi pengganti. Terus aku selitkan ke beg yang pernah menjadi tempat simpanan kunaiku.

"Terima kasih." Macam tahu-tahu saja aku mencari senjata baru.

Raizhan tidak membalas. Dia juga sedang sibuk menyelongkar beg yang berdekatan dengannya. Dia menarik satu demi satu baju dari dalam beg itu. Selepas bertukar ganti baju sebab banyak yang melekap ke badan, akhirnya Raizhan memutuskan untuk menyarungkan baju lengan panjang yang boleh meregang.

Aku ternampak jaket berpoket yang masih dalam keadaan yang baik. Fabriknya agak tebal tetapi tidak keras. "Raizhan, kau nak jaket ni?"

"Bagi aku tengok."

Aku lemparkan padanya. Lepas dibelek-belek, barulah dia menyarungkan jaket itu. Dia bersiul. "Ada barang bagus!"

Buat beberapa minit, kami sibuk mempersiapkan diri masing-masing. Barang-barang terseret dan terhumban ke sana ke mari kerana kami saling menyerahkan apa yang dirasakan perlu pada sesama kami.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now