Dari jauh lagi, kami sudah nampak ada cahaya ungu yang terang memancar dari satu tempat naik ke langit. Nampak menakjubkan sekaligus menyeramkan pada masa yang sama. Cahaya itu bagai terkena bulan purnama yang tepat berada di atasnya.
Bulan bercahaya ungu lalu cahayanya menyebar di langit yang akan diterangi matahari pagi tak lama lagi.
"Itulah check point yang pertama. Bercahaya terang untuk menarik seberapa ramai pemain datang. Sama seperti cahaya yang menarik serangga," bisik Raizhan sendiri tetapi cukup kuat untuk aku dengar.
Aku kembali memerhatikan cahaya itu. Sumbernya datang daripada sebuah reruntuhan kuil yang besar. Cahaya ungu itu mengurung reruntuhan itu dalam sfera.
Tidak lama kemudian matahari terbit, menampakkan wajahnya di celahan banjaran nun jauh di sana. Suasana mulai terang benderang.
Dari kedudukan kami yang bersembunyi tinggi di atas pokok, aku dapat melihat kuil itu dikelilingi hutan belantara. Bahkan sebahagian besar reruntuhan kuil itu sudah diliputi lumut dan tumbuhan menjalar.
Kalau melihat ke arah barat, ada jurang yang sangat dalam tidak jauh dari tapak reruntuhan kuil itu.
Memang tak salah lagi. Reruntuhan itu memang check point yang kami semua cari. Seperti yang tertera dalam peta, bintik merah yang menandakan tempat ini juga berada berdekatan jurang.
Kami berempat sampai ke tempat ini ketika hampir senja selepas perjalanan panjang. Kemudian bermalam lagi di atas pokok dalam keadaan yang paling tak selesa. Kami bergilir-gilir berjaga, kecuali Elyssa tentunya.
Walaupun giliranku untuk tidur, sebenarnya sepicing pun aku tak dapat menutup mata. Atmosfera di sekeliling check point ini terasa berat dan menegangkan.
Musuh ada di sini. Untuk mengelakkan kami diserang, Raizhan dan Nikho melarang kami untuk turun ke tanah.
Kini, kami sedang bertenggek di atas pokok-pokok tinggi yang berada di atas bukit kecil, di bahagian timur reruntuhan itu.
"Sekarang apa yang perlu kita buat?" tanyaku separuh berbisik.
"Bersedia untuk berperang," balas Raizhan pendek. Matanya masih tak berkalih dari merenung reruntuhan itu.
Aku jadi berdebar-debar mendengar kata-katanya. Lebih-lebih lagi wajahnya begitu serius.
"Nikho, lu rasa apa bentuk cabaran dalam tu?" tanya Raizhan.
"Wa tak pasti. Tapi, wa yakin akan ada banyak perangkap dalam tu. Kita kena cari harta karun, mungkin?"
"Boleh jadi juga. Besar bangunan tu." Raizan menggaru dagunya.
"Mana boleh lu agak apa yang ada dalam sana. Manipulasi ruang mungkin berlaku dalam tu... " kata Nikho lagi.
"Tsk, betul juga kata lu. Bila masuk check point, kita akan berada dalam zon fantasi. Segala yang aneh, pelik dan ajaib berkumpul dalam tu. Kita tak boleh jangka apa yang akan kita hadapi."
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒
Science Fiction[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah...