Dilema

1.5K 240 5
                                    

"Hah, hah, hah!"

Aku masih berlari. Fikiranku bercelaru. Aku tak tahu ke mana kakiku membawa aku. Semak-samun dan ranting pokok yang memukul wajahku hanya aku biarkan. Aku redah semuanya! Garis-garis luka di pipiku juga tidak aku endahkan. Yang penting aku mahu lari!

Sampai di satu tempat, kakiku tiba-tiba terperosok dalam dedaunan. Aku menjadi tidak seimbang dan sekelip mata aku bergolek jatuh menuruni cerunan.

"Ahhh!" jeritku kuat. Duniaku berputar-putar ligat. Aku dapat merasakan satu demi satu pokok-pokok renek yang badanku rempuh. Badanku sakit seperti disebat berkali-kali.

Dakk!

"Gah!" Badanku akhirnya dihentikan okeh sebatang pokok yang tumbuh. Tepat mengenai perutku. Aku mengerengkot kesakitan, tidak mampu untuk bangun semula.

Kepalaku terlalu pening. Aku juga tiada tenaga untuk membuka mata.

Lalu, dalam keadaan tersangkut pada pokok di cerunan itu, aku melelapkan mata.

Gelap.
......................................................

"Abang," panggil Arash.

Eizham yang sedang mematri litar elektrik menoleh. Dia mengangkat cermin pelindung wajahnya. Keningnya berkerut.

"Kenapa?"

Arash hela nafas,"Tak, Arash cuma terfikir. Abang dengan Abang Farque berkawan, tapi dia dah tipu abang. Takkan abang tak marah sedikit pun?"

Eizham terdiam. Dia meletakkan alat pematri laser di atas meja, menarik kerusi dan duduk menghadap Arash.

"Marahlah. Siapa kata abang tak marah? Kami sampai bergaduh hari tu!" kata Eizham. Muncung mulutnya mengenang pertengkarannya dengan kawannya itu.

Arash tergelak. "Masih marah lagi? Sampai bila abang nak marah dia?"

"Taklah," Eizham menggeleng. "Abang tak marah dia lagi. Kesal memang kesal sebab abang rasa macam dikhianati. Tapi, mengenangkan Farquelah kawan baik abang, di tambah dia yang selalu tolong kita... biarlah abang tutup mata dengan perkara ini, kali ini saja."

"Walaupun dia telah curi ciptaan abang dan patenkan atas namanya?"

Eizham tersenyum pahit. "Walaupun dia telah lakukan itu. Abang anggap rekaan itu untuk dia sajalah."

Dia menyambung lagi," Biasalah dalam berkawan, kadang-kadang kita akan bergaduh. Bergaduh pun kadang-kadang sebab ada salah faham dan sebagainya. Masa marah begitu, kita cuma akan ingat buruk kawan kita sahaja. Padahal kebaikannya lebih banyak. Jadi, memaafkan dan jaga hubungan persahabatan itu lebih baik."

Arash menggeleng-geleng perlahan. "Abang betul-betul seorang yang baik. Saya tak faham kenapa masih ada orang yang sanggup menganiayai abang."

"Arash, setiap yang terang juga ada gelapnya. Manusia, lain orang lain ragamnya. Kita hidup kena belajar menghadapi keragaman itu supaya kita menjadi lebih kuat. Hendak menjadi manusia yang baik atau hendak menjadi manusia yang jahat pula, itu tergantung pada pilihan kita. Faham?"

Arash mengangguk sambil tersenyum. Eizham meraih kepala adiknya itu.

"Ah, abang janganlah kusutkan rambut Arash!" jerit Arash.

𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒Where stories live. Discover now