Part 5

13.4K 282 44
                                    

_flashback

"Niel..." Arif memanggil Niel dengan nada yang teragak-agak.

"Yee abang" Jawab Niel sambil berbaring tengok tv.

Arif berada di rumah Niel kerana ibu bapa Niel tiada di rumah selama 4 hari atas urusan mereka di luar negara. Jadi, Niel meminta Arif untuk menemannya.

"Best sangat ke Running Man ni?" Soal Arif yang melihat Niel khusyuk sangat.

"Mesti lah best ... Kelakar, pastu en diorang main game semua creative." Jawab Niel sambil membetulkan bantal kepalanya.

Arif bangun lalu pergi di sofa satu lagi yang Niel baring di situ. Arif mengangkat perlahan kepala Niel.
"Apa ni? Kacau je lah dia ni" Marah Niel.

Arif letakkan bantal itu di pehanya. Lalu dia menepuk bantal itu beberapa kali, "Meh baring atas ni."
Tanpa banyak soal dan songeh, Niel meletakkan kepalanya di atas peha Arif.

Namun, bertambah pelik, kenapa hati Niel terus berdebar? Dia semakin tak fokus menonton Running Man itu.

"Abang.... trial kan lagi 2 minggu, kenapa tak study lagi ni?" Soal Niel.

"Lahhh.... cakap orang pandai, dia tu haa, periksa akhir tahun pun nak dekat! Dok sibuk tengok Running Man lah apa lah" Balas Arif balik dengan memerlinya.

"Eh ?? Orang nasihat dia, dia nasihat kita pulak. Dia tu nak hadap SPM... Niel ni akhir tahun je. Lepas Running Man nanti study balik lah" Jawab Niel sambil memandang ke atas pada Arif.

"Yelah, yelah, sekejap lagi kita study sama-sama eh" Usai Arif sambil mengusap rambut Niel.

Arif pula secara tiba-tiba seronok menonton program TV tersebut. Dia pun turut bergelak tawa.

'Pakkkk?'

Suatu bunyi yang pelik muncul.

1....

2....

3....

Semua lampu di rumah Niel mati. TV pun mati. Kini, mereka berada di dalam kegelapan.

"ARGGHH APA NI!!!!!!!" Respon Niel apabila kesemua elektrik di rumahya mati.

"AKU NAK TENGOK RUNNING MAN LAH!" Teriak Niel.

"Ha ha ha" Arif hanya ketawa.

"Pehal ketawa?" Soal Niel sambil membetulkan posturnya dari baring kepada duduk.

"Tak bayar bil elektrik eh?" Sindir Arif.

"Baek sikit eh, takkan arh tak bayar. TAKKAN MAMA TAK BAYAR!!!" Niel buntu.

Arif bingkas bangun lalu berjalan ke arah muka pintu. Menjajar Arif dalam gelap, tangannya terkapai-kapai seperti orang yang cacat penglihatan apabila berjalan.

"Argh" Arif mengerang sakit apabila dia terlanggar bucu. Dia tak biasa dengan rumah itu, jadi agak sukar baginya meniti dalam kegelapan.

"Asal tu?" Soal Niel yang masih di sofa.

"Nak bukak pintu, tapi terlanggar apa entah kat sini" Balas Arif sambil meniti langkahnya secara perlahan.

"Jangan lah pergi mana-mana! Gelap ni!" Niel amat takut akan kegelapan. Masa tidur pun akan ada lampu sisi tepi katilnya yang akan menemani lenanya. Tapi kali ini, sememangnya gelap, sehingga matanya terkebil-kebil untuk mencari cahaya.

"Tak pergi mana pun, nak balik je" Usai Arif sambil tahan tawanya.

"ABANG! JANGAN MAIN-MAIN LAH" Teriak Niel.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now