_flashback
Hening malam diserapi dengan kedinginan, menyaksikan sebuah kisah yang tersimpan dan tersemat jauh dalam pemikiran Dani.
Kisah ini bermula apabila keluarganya menghadapi dugaan dan aral yang melintang. Namun, tidak di depani dengan fikiran yang matang dan relevan.
Rosyati, iaitu ibu kepada Dani sedang enak dibuai mimpi. Dia tampak begitu letih kerana seharian sibuk dengan majlis kesyukuran yang diadakan pada hari tersebut.
Majis kesyukuran tersebut diadakan secara kecil-kecilan bersama jiran terdekat dan ahli bacaan yasin di surau. Majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan yang diperoleh Dani dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dani berjaya mendapat 5A dalam peperiksaa itu.
Rosyati sebagai seorang ibu amat berbangga melihat anaknya merangkul kejayaan. Dia sememangnya berhasrat dan bernazar untuk mengadakan majlis kesyukuran selepas Dani mendapat keputusan peperiksaan tersebut. Tambahan pula, Dani mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan. Hal ini meyakinkan lagi ibunya bahawa dia boleh berjaya nanti. Dani seorang pelajar yang sangat rajin dan baik. Perwatakannya yang pendiam itu menjadikan dia berbeza dengan budak lain di dalam kelasnya sewaktu di bangku sekolah rendah dahulu.
Rosyati dikejutkan dengan bunyi bising yang datang dari luar rumah. Seingat dia, pintu rumah sudah dikunci rapi sebelum dia nyenyak tidur.
Dia terbangun lalu berjalan ke arah muka pintu.
"Ya Allah bang, kenapa ?" Respon pertama Rosyati apabila dia membuka pintu lalu ternampak suaminya longlai dan hampir pengsan.
Rosyati memapah suaminya masuk ke dalam rumah. Keadaan Ghazali begitu tidak terurus seakan seorang yang kalah dalam perjudian di malam hari.
Rosyati bertambah terkejut melihat kesan luka dan lebam yang ada di pipi suaminya.
"Kenapa lebam macam ni bang?" Kata Rosyati sambil menyentuh wajah suaminya.
"Sakit lah ! " Gertak Ghazali.
Rosyati amat gerun untuk mengajukan soalan kepada suaminya dengan apa yang berlaku. Namun, dia bertahan dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku.
Dia pergi ke dapur lalu menuangkan air masak buat suaminya. Dia kembali ke ruang tamu dengan membawa segelas air masak ditangannya.
Dia meletakkan gelas itu sebelah suaminya.
Hati Rosyati berdebar-debar kerana dia ingin berkata sesuatu kepada suaminya. Namun, perasaan takut itu tidak berhenti menghantui fikirannya.
Ghazali sedang duduk dan menyandarkan kepalanya di sofa. Matanya dipejamkan dan dia cuba untuk menenangkan diri sendiri.
"Bang, Yati nak cakap sesuatu" Kata Rosyati dengan teragak - agak.
"Hmm" Dengus Ghazali sambil mengekalkan posisinya.
"Yati rasa, eloklah kalau si Dani tu kita masukkan dia kat asrama" Rupanya inilah perkara yang dia mahu katakan sangat.
"DUIT, DUIT ! ITU JE YANG KORANG NAK DARI AKU KAN ?" Getus Ghazali secara tiba-tiba. Bahang api kemarahan terus meluap.
Ironinya kata-kata itu, sedangkan memang sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah bekerja untuk menyara keluarga. Kalau tidak mahu untuk menyara hidup orang lain, jangan susahkan diri untuk berkahwin dengan anak orang.
Dani yang berada dalam bilik tersedar dengan jeritan bapanya. Lalu, dia membuka sedikit pintunya. Dani menyaksikan dari jauh.
"Yati cuma mahukan yang terbaik untuk anak kita" Kata Rosyati dengan keadaannya yang hampir menitiskan air mata setelah digertak suaminya.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...