_flashback
Arif berjalan pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki. Maklumlah rumahnya dekat dengan kawasan sekolah. Kira-kira 200 meter sahaja. Sia-sialah kalau dia pergi sekolah menaiki motosikalnya. Buat habis minyak sahaja. Dah lah harga petrol makin tak tentu arah. Harga petrol dunia turun, harga sini pula naik. Ops! Tak boleh cakap lebih, orang tak ada ilmu ekonomi baik duduk diam. Jangan main hembus kayh.
Arif terpaksa melalui taman rekreasi di kawasan perumahannya itu. Taman itu masih lagi cantik, buaian masih lagi elok, jongkang-jongketnya masih boleh digunakan. Secara tipikalnya, taman macam tu akan musnah dek kerana budak nakal. Namun, Arif tinggal di kawasan orang kaya, jadi budak-budak di sini agak 'civilise'.
Sedang asyik dia berjalan, secara tiba-tiba,
"Abang Ariff! Abang Ariff!" Panggil seorang budak yang sangat comel sambil berlari anak ke arah dia.
Arif terdengar namanya di panggil lalu menoleh sambil membuat pusingan 180 darjah iaitu sejajar dengan bahagian belakangnya.
"Eh, Niel, kenapa ni?" Soal Arif sebaik sahaja dia melihat orang yang memanggilnya itu ialah Niel.
Sebenarnya nama Niel ialah Daniel, tapi nak nama 'glamour'. Maka, tukar jadi Niel.. Nak sebut pun senang, tak adalah berbelit lidah menyebutnya. Lagipun, nama 'Daniel' agak banyak dalam sekolah itu. Jadi, nak bezakan dengan 'Daniel' yang lain. Niel ni perwatakannya seorang yang girang, comel dan bertubuh kecil. Maksudnya tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah. 'Just nice'!!
Niel menghentikan langkah larinya kerana dia mengejar Arif ditakuti hilang jejaknya. Nafasnya tercungap-cungap.
"Kenapa ni Niel?" Arif soalnya lagi.
Niel menaikkan tangannya. Bukan tanda 'talk to the hand 'cause face ain't listening', tetapi tangan untuk Arif memberinya beberapa saat untuk menghirup oksigen supaya mengahnya hilang.
Arif hanya menyaksikan gelagat Niel.
"Ni haaaa, takkan abang dah lupa kot." Niel mengeluarkan Iphone milik Arif dari sakunya.
Niel merupakan pengawas di sekolah itu, Arif menggunakan taktik kotor apabila hari berkenaan 'spot check' secara gala dan mengejut dibuat oleh pengawas. Takut telefonnya dirampas, Arif serahkan pada Niel.
"Lahhh, abang lupa.. hahaha sorry tau, thanks simpankan." Arif mengambil Iphone miliknya itu .
"No hal lah abang." Niel tersenyum manis.
Niel pada waktu ini berumur 16 tahun iaitu berada di tingkatan 4. Manakala, Arif di tingkatan 5. Tetapi betapa rapatnya mereka bagaikan adik beradik. Mereka tinggal di perumahan yang sama dan selalu pulang berdua bersama.
"Lain kali.. Abang janganlah bawak phone, bukan ada guna sangat pun." Tegur Niel.
"Alaaaa, ade gunanya lah." Balas Arif.
"Apa? Balas wasap girlfriend lah tu?" Sindir Niel sambil membalikkan anak matanya ke atas.
"Hahahaha, taklah adik, abang kadang-kadang bosan, so main game lah." Tawa Arif sambil mengusutkan rambut Niel.
Kiranya, perbezaan ketinggian mereka berdua ialah 15cm. Agak renek Niel pada Arif. Boleh lah Arif membulinya selalu.
"Game rupanya? Abang tu SPM tahun ni, haish, belajar lah betul-betul." Omel Niel.
Arif menutup telinganya lalu membuka langkah untuk lari.
"ABANGG! Tengok tu, kita nasihat dia lari. Ish dia ni." Teriak Niel.
_current
"Abang?"
"Bang..."
"Maaf bang.."
Arif tersentak apabila bahunya dicuit.
"Kertas abang jatuh ke lantai." Tegur seorang 'Waiter' sambil menyerahkan kertas kerja milik Arif yang jatuh ke lantai.
"Oh, ok, maaf..... Terima kasih eh" Balas Arif sambil menyambut kertas itu.
Kembali pada realiti, rupanya dia sedang mengelamun. Sedang asyik dibuai kenangan dia tidak perasan kertasnya melayang ke tanah. Arif berada di Café berseorangan sambil menyemak 'course work' nya.
"Kenapa aku teringat dia ni?" Arif berbisik kecil.
Dia seakan-akan 'dipukau'. Seolah dipukau dengan memorinya. Kenapa tengah buat kerja, tiba-tiba boleh mengelamun?
Dah lah mengelamun, teringat pada Niel pulak tu?
Arif kelihatan dalam amarah yang terpendam. Turun naik nafasnya menunjukkan dia tidak berada dalam keadaan yang tenang.
******
_current
Bagaikan diselubungi dengan kegelapan, Dani amat kecewa dengan dirinya. Memikirkan dirinya yang semakin teruk dalam kancah pelacuran dan kaut duit secara haram.
Segar di mindanya dengan memori hitam dan detik permulaan bagi semua ini. Sebaik sahaja tamat SPM, dia sudah menjual dirinya demi mendapatkan duit.
Dani miskin.
Dani terdesak.
Dia kematian kedua ibu bapanya kerana terlibat dengan kemalangan pada awal tahun semasa dia ingin mengambil SPM. Betapa berdosanya dia melakukan semua ini sejak kematian ibu bapanya.
Dia bukan materialistik.
Dani tidak menggunakan duit itu untuk berfoya-foya. Tetapi, simpanannya untuk melanjutkan pelajaran di Universiti.
Dia tidak sedarkah? Betapa haramnya duit itu.
Namun, dia hanya melakukan perkara ini hanya dua kali. Kali pertama, dia mendapat lebih 1000 ringgit dari kenalan aplikasi 'WeChat' dan kedua 500 dari suami orang.
Cukup buatnya untuk membeli telefon baharu. Selepas dua kali dia melacur, dia sedar akan tindakan itu sememangnya salah dan berdosa.
Dia insaf buat seketika.
Malangnya, dia kembali terjebak dalam kancah ini ketika di semester 2 kerana terpaksa bayar untuk rumah sewa dan kereta digunakannya.
Kini, rahsianya terbongkar. Arif sudah mengetahui segalanya.
"Lantak dia lah, nak hina aku, ye memang aku sundal. Berambus arh kau" Dani kelihatan berang apabila mengenang peristiwa pahit dia dan Arif. Namun, air matanya tetap bergenang kerana duka dan lara.
......
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Conto🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...