Disclaimer: walaupun part ni takde kaitan sebab tak ikut timeline, tapi author memang tulis untuk suka-suka.
Lapan warga China dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru pada 24 Januari selepas bersentuhan dengan orang yang dijangkiti di negara jiran Singapura. Walaupun laporan awal mereka menguji negatif untuk virus itu, tiga daripadanya telah disahkan dijangkiti pada 25 Januari dan kemudiannya dikuarantin di Hospital Sungai Buloh di Selangor. Pengimbas haba diperkenalkan di sempadan, dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia diletakkan pada amaran yang tinggi. Kementerian Kesihatan Malaysia menerbitkan garis panduan mengenai virus itu dan menubuhkan hospital yang ditetapkan di setiap negeri di negara ini untuk menguruskan sebarang kes positif.
Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari. Ini merupakan tarikh keramat kita perlu ingat kerana kes covid-19 ini bukan berpunca daripada mana-mana kes kluster, namun puncanya ialah dari luar negara. Sebarang tuduhan berunsurkan perkauman perlu ditentang.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Fasa 1 : 18 Mac - 31 Mac 2020
Fasa 2 : 1 April - 14 April 2020
Fasa 3 : 15 April - 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April - 12 Mei 2020Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 27 Mac 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 13 Mei - 9 Jun 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan 10 Jun - 31 Ogos 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19). Pada 16 Mac 2020, jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Kemudian, dikuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020.
Ketika ini, semua pelajar ingin pulang ke kampung masing-masing. Di dalam kerisauan mengenai wabak Covid-19 ini, Dani seorang masih termenung di dalam kesepian melihat rakan-rakan yang lain sudah ada rancangan untuk berjumpa ibu dan ayah. Tetapi tidak bagi Dani. Rumah sewa Dani sememangnya berhampiran dengan kolej. Sebab itulah, Dani tidak perlu risau apa-apa.
"Weh kau balik bila ?" Soal Dani pada Faisal.
Faisal yang baru sahaja habis menelefon ibunya yang berada di Perak. Adakalanya reaksi Faisal kelihatan gusar dan gembira kerana ingin pulang ke rumah.
"Aku rasa bukan esok kot. Sebab esok confirm mesti ramai huru-hara nak balik" Jawab Faisal.
Mereka berdua yang sedang lepak di kolej itu sambil mendengar utusan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) melalui telefon sahaja. Pengumuman itu sememangnya amat mengejutkan semua pihak, kerana semua universiti terpaksa ditutup sehingga PKP tamat demi kesalamatan pelajar IPTA dan IPTS. Sesetengahnya pula, agak gembira kerana dapat pulang ke rumah dan tinggalkan segala kerja, assignment atau presentation yang dibatalkan.
"Kau okay ?" Tanya Faisal. Dia melihat riak wajah Dani yang agak sedih.
"Eh, aku okay je. Rumah dekat kan ?" Jawabnya sambil tersengih.
Oleh kerana Faisal menghormati perasaan Dani, sebagaimana yang dia tahu akan kehilangan kedua ibu bapa Dani itu, dia tidak mahu bertanyakan apa-apa soalan yang mampu mengguris hatinya.
"Nanti tolong aku kemas semua ni, pastu kita gerak balik" Kata Faisal untuk menghentikan kejanggalan perbualan tadi.
******
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...