_flashback
"NNNNIIIIIIEEEEEEEEEELLLLLLL"
Kedengaran jeritan suara Arif yang sangat jelas memecah suasana malam yang nian sunyi sepi. Niatnya untuk ke tandas terbatal, lalu Dani bergegas masuk ke dalam wad yang menempatkan Arif di sana.
Dani mendengar jeritan itu agak pelik.
Kedengaran seperti, "Ni arghhhhhhh"
Degupan jantungnya terus mendadak naik sehingga berderau darah dibuatnya.
Dani terus menerjah masuk ke dalam bilik pesakit itu. Kelihatan Arif sudahpun tersedar dari lenanya. Keadaan dia amat memilukan.
"Arif? Arif, kenapa ni" Soal Dani setelah melihat keadaan Arif yang berada dalam kecelaruan. Arif termengah-mengah, dahinya berkerut dan berpeluh satu badan.
"Eh Dani! Apa jadi kat aku weh" Arif pula yang menyoalnya. Arif sendiri tidak pasti apa yang berlaku pada dirinya sendiri.
Dani berjalan menghampiri katilnya lalu berdiri tegak betul-betul di hadapannya.
"Kau, tadi menjerit, kuat sangat. Mimpi buruk ke?" Dani duduk di hujung katil Arif. Dia melihat Arif dengan lebih dekat.
"Mimpi? Hmm lebih kurang lah. Aku sakit sangat ni, lemah sangat" Kata Arif sambil menampakkan bibirnya merekah kecil kerana kekeringan lalu pucat di seluruh wajah.
"Nak aku panggil nurse tak?" Gusar Dani sambil bergerak bangun dari katil itu.
Lalu, Arif menahan sambil menarik lengannya, "Argh, tak payah, diorang tau kasi ubat je"
"Eh tak boleh cam ni, nanti kau makin sakit" Balas Dani sambil menggaru kepalanya. Dia tak tahu nak buat apa.
"Alaa, kau duduk dulu. Ada benda aku nak cakap ni" Arif memujuknya sekali lagi.
"Yelah, yelah, apa dia?" Akur Dani sambil melabuhkan punggungnya semula di hujung katil itu.
"Apa yang jadi sebenarnya weh? Aku tak sedar, mata aku asyik tengok gerai yang jual air tu je. Aku tak perasan pun apa depan aku kat jalan raya tu" Arif membuka luas matanya sambil menyelak selimut yang menutupi kakinya yang berbalut.
"Ok, ceritanya macam ni, masa kau melintas, lampu pejalan kaki memang warna hijau kan? Pastu, ada kereta ni, aku tengok, memang dia parking lama dah kat tepi jalan"
"Pastu, pastu" Sampuk Arif. Dia meluaskan pendengarannya sambil mengamati wajah Dani.
"Eh kau ni, sabar, bagi aku habiskan cerita. Lepastu, bila kau jejak je kat jalan raya tu, aku dah nampak kereta tu start enjin. And then, dia pecut. Memang niat nak langgar kau. Aku cakap apa yang aku nampak lah dengan anak mata sendiri" Cerita Dani dengan muka yang penuh mendebarkan.
"Seriously? Hmm" Arif menggigit bibir bawahnya. Dia kelihatan runsing seperti berfikir akan apa yang diceritakan.
"Kereta apa weh?" Soal Arif setelah beberapa saat terdiam.
"Kereta Audi A8, warna hitam. Plat number, aku tak nampak, sorry" Balas Dani.
"Obviously, that's freakin' Niel" Bisik kecil Arif sambil mengeluh panjang. Dalam hatinya, menggelegak kemarahan yang tersimpan.
"Apa Rif?" Dani terdengar dia mengomel berseorangan.
"Huh? Hahaha takde pape!" Jawab Arif sambil membalas senyuman paling palsu di dunia.
"Actually, aku nak pergi tandas tau, lepas kau menjerit tadi. Terbatal niat aku" Nada Dani kedengaran seperti bergurau senda.
"Hahaha, kau pergi lah. Kang melepas kat sini, susah pulak" Gelak Arif.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...