_flashback
Arif yang menduduki SPM pada tahun ini menempuh sisa baki usaha dan pergelutan dia dan pembelajaran yang mengikat kehidupannya dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. Inilah titik akhir dan permulaan bagi sesuatu yang baru. Kegembiraan Arif antara menunggu detik mengakhiri zaman persekolahannya dengan perasaan sayu dengan merindui rakan-rakannya dan segala memori sekolahnya bercampur baur.
Perasaan ini boleh dianggap sebagai satu perasaan yang semulajadi. Jika anda berada di tingkatan 5, anda pasti akan mengeluh dan tidak sabar untuk mengakhiri zaman persekolahan. Apabila anda semua mahu menduduki peperiksaan akhir SPM, sudah tentu anda tidak bersedia untuk menempuh sesuatu yang baru dalam hidup anda. Hargai masa persekolahan anda, itulah yang akan dikenang nanti,
Arif, merupakan pelajar sains tulen, dia menduduki kertas biologi 3. Subjek itu merupakan subjek akhir bagi peperiksaan SPM tersebut. Manakala, waktu ini, Niel masih lagi berada di tingkatan 4. Bak kata cikgu di sekolah dulu, "Tingkatan 4 bukan honeymoon ye anak-anak". Malangnya, tingkatan 4 sememangnya honeymoon paling bahagia ketika anda berada di zaman persekolahan. (Student cemerlang can't relate. Sorry kbye).
"Harini hari terakhir abang Niel." tersenyum indah pada Arif.
"Manada, hari hari.. hari kita berdua tau" Kata Arif, sambil mengusap kepala Niel.
"Abang ni ! Harini ialah last day abang exam SPM"
Arif tersenyum
"Buat betul-betul tau, jangan tidur masa exam, kalau dah siap pun jangan tidur. Jangan malas, check jawapan tu, haa.... masuk dewan jangan lupa doa. Doa tu bukan hari pertama je ba....."
Arif menggenggam bibir Niel dengan jarinya.
"Pagi pagi dah bebel sayang ni"
Niel berkerut dahi.
"Ye abang ingat semua tu, sebab sayang dah ingatkan setiap kali ada exam. Thanks sebab bagi semangat untuk abang. Sentiasa ada untuk abang. Tak pernah tinggalkan abang." Arif zahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih pada Niel.
"Oh!! Sekarang dah tak nak dengar kita bebel ke ?" Rajuk Niel.
"Manada, abang kalau boleh nak sayang cakap tanpa henti, sebab suara Niel abang hargai sangat. Cuma, abang tak nak sayang penat. Tak penat ke membebel ? Ha budak?" Usik Arif.
Niel tarik muka nya.
"Pagi-pagi dah buat abang geram dengan muka cute tu. Harini tak nak pergi exam lah!" Kata Arif sambil melepaskan beg selempang jenama Adidas itu di atas lantai.
"Gila ke ?" Niel mengangkat beg itu semula.
Arif tertawa kecil.
"Kalau tak mengada, tak sah." Bebel Niel sambil meletakkan semula beg itu di bahu Arif.
Arif memeluknya. Muka Niel berada tepat di dadanya. Kemudian, Niel bergelut untuk bebaskan dirinya. Namun, gagal kerana Arif lebih kuat.
"Niel doakan abang supaya berjaya dan mudah untuk jawab exam hari ni. Semoga dapat keputusan SPM yang cemerlang" Gumam Niel yang berada dalam pelukan Arif.
"Thank you sayang". Arif mengucup dahinya.
******
_current
"Teh o ais satu, nes ais satu.."
"makan ?"
"Tak, minum je"
Arif dan Faisal lepak kedai mamak berdua. Seperti biasa, kalau mereka berdua bosan tiada apa perancangan, mamak jua lah tempat mereka berjumpa. Dahulunya, mereka selalu lepak berjemaah, turut sama Husin, Kamal dan Dani. Berbual sampai tak ingat dunia, balik pagi buta, gelak pecah suasana. Sekarang, masing-masing bawa kepala sendiri, sorang tu dah ada girlfriend mana ada nak ingat member. Sorang lagi diamkan diri sebab masalah study. Sorang lagi, tiada komen.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...