*Previously on Part 14*_current
Arif terfikir samada Dani tidak menjaga keretanya kerana malas ataupun tidak mempunyai masa ?
Dani merupakan seorang yang rajin dan amat mementingkan kebersihan, 'hygienic'. Oleh kerana itulah Arif berada dalam perasaan ragu-ragu.
Kemudian, dia membuka 'dashboard'. Kelihatan lambakan kertas bersampul yang bersepah. Kertas tersebut termasuklah, payment kereta dan lain-lain.
Arif bertindak untuk mengemas kertas yang bersepah itu dengan lebih tersusun dan mengikut aturan. Tiba-tiba, dia terjumpa sekeping gambar yang mencurigakan tertimpa dengan timbunan kertas tersebut.
Arif ambil dan meneliti gambar tersebut.
Gambar itu menunjukkan Dani bersama seorang perempuan yang memakai tudung. Kelihatan intim kerana senyuman mereka berdua dalam gambar itu amat terpesona dan gembira.
Arif meletakkan semula gambar itu dalam dashboard dan tiba-tiba dia tersedar bahawa belakang gambar yang putih itu mempunyai coletan hitam.
Coletan itu ialah tandatangan.
Kelihatan seperti tandatangan seorang perempuan.
Tandatangan tersebut seakan bernama "Dahlia"
Agak lama Arif meneliti nama itu dan dia beranggapan bahawa perempuan yang berada dalam gambar itu ialah Dahlia. Tetapi, Arif masih tidak tahu akan hubungan mereka berdua.
Di dalam kesunyian meneliti gambar tersebut di dalam kereta berseorangan,
"KRING KRING~"
Telefon Arif berbunyi
"Rif, cepat datang sini, doktor dah cakap pasal Dani" Faisal kedengaran terlalu memaksa dan tergesa-gesa.
*Part 15*
Setelah Arif menjawab panggilan Faisal. Dia terus bergegas keluar dari kereta itu lalu menguncinya.
Arif berlari memasuki ke dalam perkarangan hospital itu semula dan melihat dari jauh, doktor yang sedang bercakap dengan Faisal itu berlalu pergi.
Arif terlambat untuk mendengar sendiri khabar berita mengenai keadaan sebenar Dani daripada doktor yang merawatnya.
Faisal berdiri keseorangan di hujung koridor hospital tersebut dengan air muka yang sukar dijelaskan. Lebih kepada bercampur baur dengan keadaan duka, muram dan terkejut.
Sedih apabila mengenangkan bahawa keadaan Dani yang begitu parah dengan berlumuran darah. Manakala perasaan terkejut pula menerangkan bahawa dia sungguh tidak menyangka akan tindakan Dani ini bisa tercetus. Sedangkan Dani merupakan seorang yang sangat ceria dan perwatakannya yang 'happy-go-lucky' itu mewarnai seluruh rumah ketika tinggal bersama Arif, Faisal, Husin dan Kamal.
"Doktor cakap apa weh?" Soal Arif apabila dia sudah tiba dihadapan Faisal dengan ekpresi muka ingin tahu yang sangat jelas.
"Doktor cakap, Dani mengalami kemurungan" Jawab Faisal.
"Apa kaitan kemurungan sampai Dani parah macam tu. Berdarah bagai" Arif zahirkan kekeliruan dengan pertanyaan tersebut.
"Ada kaitan sebenarnya. Bila Dani depressed, dia akan mula bertindak untuk buat self harm kat diri dia" Faisal menerangkan kepada Arif persis doktor itu sebentar tadi.
'Self harm' atau 'self injury', erti kata lain ialah perilaku menyakiti serta melukai diri sendiri. Perilaku ini merupakan tindakan menimbulkan luka-luka pada tubuh badan diri sendiri secara sengaja . Tindakan ini dilakukan tidak dengan tujuan bunuh diri tetapi sebagai suatu cara untuk melampiaskan emosi-emosi yang terlalu menyakitkan untuk diekspresikan dengan kata-kata.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...