Hujan turun membasahi bumi. Dani termenung sambil menatap keluar jendela di meja belajarnya.
Fikirannya hanyut memikirkan Arif.
Dia sudah lelah mencuba untuk menghubungi Arif, kerana semua usahanya sia-sia. Setiap kali dia mendail dan memanggil nombor telefon milik Arif, operator yang menjawab. Mesej yang dihantarnya kepada Arif melalui aplikasi 'WhatsApp' sama sekali tidak dilihat oleh Arif.
Sudah lima hari dia tidak mendengar khabar berita dari Arif. Dani berasa amat buntu kerana dia tidak sama sekali mengetahui apa yang berlaku terhadap Arif.
Hatinya sayu.
Dia mengalihkan pandangannya ke bingkai gambar kecil yang sentiasa berdiri teguh di atas mejanya.
Gambar yang memaparkan Arif sedang meletakkan tangannya di bahu Dani. Bibir Dani mengukir senyuman kecil. Dia berasa agak tenang seketika menatap wajah Arif, walaupun hanya pada gambar.
“Mana kau pergi Arif" senyuman Dani pudar dan matanya mengalirkan air mata tanpa dia sedari.
Dia hanyut dalam perasaan duka yang dia sendiri tidak tahu akan sebab musababnya.
Habis lencun kertas di atas meja belajarnya dibasahi air matanya.
Selepas beberapa saat, dia berdiri dan berjalan menuju ke tempat tidurnya. Dia teringin sekali hendak tidur, terasa lelah setiap inci dan sudut tubuhnya. Lelah memikirkan Arif
******
Dani terbangun, terasa segar dan tenang sangat dirinya. Perlahan-lahan dia mencapai telefonnya, 6.45 a.m..
Dalam diam, dia mengukir satu senyuman.
Awal juga dia terbangun, terasa seperti jakun pun ada. Maklumlah, sudah hampir 1 bulan lebih malamnya dihabisi bersama pelanggan. Dia bangun dan pergi bersiap untuk menghadiri kuliah pagi ini…
Pintu dewan kuliah terbuka luas, semua mahasiswa dan mahasiswi termasuklah Dani memandang ke arah pintu lalu memasukinya.
Kemudian, muncul satu susuk tubuh yang Dani rindukan iaitu Arif..
Akhirnya dia datang, pensyarah hanya memandang ke arah Arif yang sedang berjalan ke tempat duduk.
Dani tersengih gembira lalu dengan segera mengalihkan begnya yang diletakkannya disisinya kerana dia tahu Arif pasti akan duduk disisinya.
Tapi sangkaannya meleset~
Arif duduk jauh dibelakangnya. Dani memusingkan badannya untuk meihat Arif, wajahnya agak pucat dan serabut.
Arif sama sekali tidak memandang Dani.
Dani agak kecewa dan sedih, "Tak apalah, tunggu lepas kuliah nanti aku akan jumpa dia” bisik hati kecil Dani.
Dani menghembuskan nafas perlahan lahan……
"Ok, That's all for today. Do not forget with those assignments that I'd gave you last week. Tomorrow, I want it to be on my table as soon as possible. Thank you" kata akhir pensyarah menandakan kuliah sudah pun bersurai. Dengan itu, semua pelajar bingkas semua barangan mereka. Serta, pensyarah itu keluar dari dewan kuliah tersebut.
Dani memandang ke tempat Arif duduk tadi, namun Arif sudah tiada di situ.
Dani dengan pantas mengemaskan barangnya lalu keluar dari dewan kuliah itu. Terlihat susuk tubuh Arif yang sedang berjalan beberapa meter dihadapannya.
“Arif!!! , Ariff!!” Dani memanggil nama Arif berulang kali ketika dia cuba mengharungi orang ramai yang sedang berjalan di hadapannya itu.
Langkah Arif semakin laju, dia langsung tidak menoleh ke arah Dani. Arif cuba untuk mengelak dari bersemuka dengan Dani..
Sampai sahaja di tempat parkir motornya, dia segera menghidupkan enjin motornya, tapi belum sempat dia bergerak, seseorang merentap bahunya, dia menoleh….
Dani...
“Arif, apa masalah kau? Penat aku panggil kau, kau tak toleh pun” Dani memandang tepat mata Arif..
Arif cuba untuk tidak mengendahkan kehadiran Dani.
Dia terus sahaja memecut motornya.
Dia berasa benci dan sedih apabila melihat wajah Dani. Walaupun begitu, dia turut berasa bersalah kerana memperlakukan Dani seperti dia tidak wujud. Tetapi dia harus memenjarakan perasaan bersalahnya itu di dalam hatinya dari keluar merasuk pemikirannya…
Setelah dia melajukan motornya beberapa meter kehadapan, tiba tiba…..
“ARIFFIN ALZAHRI BIN HJ. SYED MUHAJJIR!” kedengaran dengan jelas sekali suara jeritan Dani. Suara penuh dengan perasaan geram..
Arif memberhentikkan motornya.. dia mencabut topi keledar dari kepalanya dan meletakkannya dia atas tempat duduk sebelum berjalan perlahan lahan kearah Dani…..
“Kau nak tahu apa masalah aku?” Dani agak terkejut dengan nada suara Arif yang seolah olah ingin memarahinya.
“A…aku..” Dani tergagap. Dia sendiri pun tidak pasti apa yang ingin diucapkannya..
“KAU NAK TAHU TAK?!” kedua tangan Arif menggoncang tubuh Dani yang agak kecil. Kini suara Arif sangatlah lantang dan raut mukanya sangat menakutkan Dani.
Dani tidak pernah melihat Arif berkelakuan seperti itu..
“Masalah aku, masalah aku … MASALAHNYA, KAU TU SUNDAL!! KAU KOTOR!!!” jerit Arif dengan penuh amarah.. Rasanya ingin sahaja dia meletup disitu..
Dia kaku.
Apa yang dia takutkan selama ini berlaku.
Arif memanggilnya sundal
Ya, inilah saat dan detik yang Dani takuti selama ini.
"Apa… maksud kau” Dani seakan sukar menyedut udara disekelilingnya…
“MAKSUD AKU??! KAU TAK YAH NAK ACAH INNOCENT SANGAT! AKU NAMPAK KAU KAT HOTEL DENGAN LELAKI TUA ….”, belum sempat Arif menghabiskan kata katanya.
Dani memotong kata kata Arif
“Oh … kau nampak…""Baguslah.. Bagus....."
"Sekarang kau dah tahu aku siapa.."
"Inilah aku…"
"SUNDAL…"
"KOTOR...."
"Tak boleh terima apa aku buat? berambus dari hidup aku..”
Satu persatu bait laranya diluahkan dengan perasaan yang amat bergolak. Dani tidak mampu menahannya lagi lalu dia berlalu pergi dari tempat itu.
Matanya berair. Dia cuba mengawal perasaannya.. tapi dia hanyalah seorang manusia dengan hati yang rapuh… Dia berlari secepat mungkin
Air matanya semakin deras membasahi pipinya…
Arif hanya tergamam melihat Dani pergi meninggalkan tempat itu.
Rasa bersalah kini merasuki mindanya…
Dia kembali berjalan kearah motosikalnya. Dia berasa lemah sekali….
Betul ke apa yang aku buat ni?
Kejam sangat ke?
Terlalu cepat aku menghukum dia!
Dani.... Kenapa kau jadi macam ni......
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Historia Corta🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...