Part 21

3K 95 9
                                    

*sneak peek P.I.M volume 1, Part 20*

Arif tidak pernah menyangka Dani berubah secara drastik dan menerima dia secara terbuka. Setelah Arif mendalami secetek kisah lampau Dani, barulah Arif mengerti betapa peritnya hidup yang dia lalui.

Di dalam lubuk hati Arif, kuat mengatakan yang dia ingin menarik Dani keluar daripada kepompong kegelapan yang dia lakukan selama ini. Namun, apakan daya, itu cuma hasrat yang terbuku bukanlah suatu usaha yang membara.

Seperti yang dijanjikan, Arif menaiki grabcar pergi ke hospital kerana ingin menjemput Dani pulang kerana dia dibenarkan pulang ke rumah. Pada waktu pagi begini, Arif seperti menghirup udara baru dan menyamankan kerana tiada lagi dendam antara sahabat baiknya itu. Dia pergi ke hospital dengan semangat dan keadaan yang ceria.

Setelah tiba di hospital pada jam, 8:15 pagi, Dani masih lagi lena dalam tidurnya. “Haihh, dia ni penat sangat agaknya” Katanya di dalam hati sambil tersenyum. Arif meletakkan sarapan yang dibelinya itu di atas meja lalu mengemas barangan milik Dani yang perlu dibawa pulang.

Sedang leka mengemas, Arif terlanggar gelas kaca yang berada di sisi meja itu. Dia bernasib baik kerana gelas itu tidak jatuh ke lantai. Namun hanya mengeluarkan bunyi yang agak menggangu di atas meja itu.

“Mmmmmm” Dani mengeluarkan suara lalu membolak - balikkan tubuhnya.
Dani tersedar akibat perbuatan cuai yang Arif lakukan.

“Eh Rif ? Awal gila kau sampai. Pehal semangat sangat ni ?” Katanya sambil mengosok beberapa kali matanya.

“Oi budak, sekarang dah 8:45, kau kata awal lagi ? Kau tak happy ke dah nak balik ni ?” Jawab Arif sambil duduk di sisi hujung katil.

“Emmmm boleh lah, happy sikit. Hahahaha” Katanya sambil tawa yang palsu.

“Sekarang, kau pergi mandi. Ya allah teruknya muka tu bangun tidur. Lepastu makan. Aku ada beli sarapan ni. Nanti kita makan sama.” Kata Arif sambil menggerakkan tubuh Dani beberapa kali.

Setelah Dani selesai membersihkan diri, dia kembali ke katilnya. Dia melihat katilnya dikemas rapi, segala barang sudah disusun. Pastinya angkara Arif. Namun, Dani berdiam diri kerana itulah personaliti dia iaitu kurang untuk memuji orang lain.

“Haa Dani, meh makan. Ada sandwich ni” Pelawa Arif.

“Lepas makan tu, kita terus balik tau. Jangan lengahkan masa lagi” Sambungnya lagi.

“Aku tau lah, ingat aku budak kecil ke ?” Dani mengerutkan dahinya.

“Ye memang bukan budak kecil, tapi kau ni budak sakit. Haaa aku kene lah jaga” Responnya sambil menahan senyum.

“Aku discharge kan ? Means aku dah sihat. Aku dah tak sakit” Dani melawan sambil mulut dipenuhi sandwich.

“Memang lah, tapi tengok tu, tangan tu berbalut. Kalau aku picit tangan tu. Confirm kau menjerit” Arif tersenyum lebar.

Dani mendiamkan diri lalu membalikkan matanya.

******
Part 21, Volume 2.

_current

2 BULAN KEMUDIAN, hubungan mereka semakin pulih, Dani lebih bersifat terbuka terhadap Arif. Sebenarnya, ada juga beberapa kali Arif ingin bertanya kepada Dani mengenai kegiatan dia selama ini, tapi Arif tidak berani untuk berbuat demikian. 

Dia fikir, hubungan persahabatan mereka yang semakin pulih ini perlu dijaga. Arif sendiri diulit dengan kekesalan terhadap perlakuannya sendiri yang membuatkan Dani terasa.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now