Part 14

6.7K 207 23
                                    

*Sila rujuk part 13 dahulu*

2.00 petang, Faisal dan Arif berada di hospital manakala Dani masih tidak sedarkan diri dan mendapat rawatan. Mereka berdua kelihatan tenggelam dalam kata-kata sendiri kerana tidak tahu untuk meluahkan sebarang ekspresi mahupun perbualan untuk menenangkan keadaan. Namun, kerisauan jelas dizahirkan dari riak wajah mereka terutamanya Arif.

Mereka berdua duduk di tempat yang berhampiran dengan kaunter. Jika ada sebarang info daripada doktor mengenai Dani yang sedang dirawat, maka mudah bagi mereka untuk berurusan.

Hospital itu kelihatan sesak dan ramai orang kerana hari itu merupakan hari minggu.

"Korang ada apa-apa rahsia yang korang sembunyikan dari aku ke ?" Soal Faisal secara mengejut.

"Huh?" Arif keliru dengan pertanyaan dia yang muncul secara tiba-tiba.

"Takdelah, aku cuma.. pelik. Aku rasa macam ada 'sesuatu' yang berlaku. Lepastu korang rahsia pasal tu" Jelas Faisal sambil menggambarkan 'sesuatu' itu perkara yang tidak dapat dijangka oleh akalnya.

"Maksud kau ?" Soal Arif kerana dia masih buntu dengan kejanggalan pertanyaan Faisal sebentar tadi.

"Maksud aku... hmmm takpelah" Faisal berhenti untuk lanjutkan perkara yang berlegar di mindanya. Dia beranggapan bahawa Arif tidak berada dalam keadaan 'waras' kerana separuh jiwanya risau akan Dani.

Arif kehairanan dan tidak ambil kisah dengan apa yang cuba disampaikan oleh Faisal. Matanya berlegar-legar memandang segenap sudut hospital itu kerana peka terhadap mana-mana doktor yang berjalan.

"Aku pergi kat kereta sekejap eh" Kata Arif.

"Kau nak buat apa?" Soal Faisal.

"Aku tak boleh ah kat sini, ramai sangat. Aku rasa semak" Jawab Arif.

Faisal memberikan dia kunci kereta tersebut.

Sebenarnya, dia agak fobia terhadap hospital. Kerana peristiwa hitam di mana dia kemalangan dan terpaksa dikejarkan ke hospital pada semester 1.

Kemudian, dia terpaksa datang ke hospital yang sama kerana kes Dani yang memilukan semasa semester 4
Perasaan yang sukar digambarkan namun jelas ternyiang-nyiang peristiwa itu dalam kotak fikirannya.

********

_flashback

*Sila Rujuk Part 8 >>> Part 13*

"Kau berambus sekarang. Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Tapi aku nak tengok muka kau kat neraka nanti" Puas bagi Arif apabila meluahkan segala perasaan yang selama ini terpendam dan menunggu saat ini berlaku.

Niel berlalu pergi dan mengempas pintu sekuat hati.

Baru Niel tahu akan amarah Arif yang selama ini terpendam dan terperap lamanya. Sejujurnya, dia tidak pernah lihat Arif marah sebegitu rupa walaupun kesalahan masa lampau itu sungguh berat. Mungkin, ini lah masanya untuk meluahkan segalanya.

"Tak mungkin tu boyfriend baru dia" Niel membebel keseorangan keluar dari bilik wad Arif. Dia menyangka bahawa Dani itu adalah teman lelaki baharu Arif.

Kini, Niel baru tersedar bagaimana punahnya perasaan apabila digantikan dengan orang lain atas kesilapan diri sendiri.

"Tapi aku tengok dia handsome jugak, tinggi pulak tu" Omelannya berterusan.

"Tak mungkin..."

"Tak mungkin itu taste dia"

Tiba-tiba, Niel teringat bahawa Dani pergi ke café untuk beli sarapan. Maka, Niel bertukar arah daripada ingin menapak keluar daripada hospital lalu pergi ke café untuk berjumpa dengan Dani.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now