*Sila rujuk Part 11 dahulu*
Keesokan harinya, Faisal teringin untuk berjumpa dengan Dani. Dia sudah lama tidak menjenguk keadaan Dani. Lepak? Lagilah jarang. Kalau ajak jumpa sahaja, sibuk memanjang. Memang mustahil lah nak bersemuka.
"Hello Arif"
"Haa hello"
"Kau busy tak harini?"
"Rasanya tak kot, hujung minggu en. Asal? nak ajak lepak ke?"
"Ouhh, aku nak ajak kau gi rumah Dani, jom?"
"Huh?.. Aku busy arh"
"Tadi baru je kau cakap kau tak busy. Tak payah nak kencing aku lah siot"
"Kidding bro!"
"So boleh tak?"
"Hmm yelah, lagipun aku je yang tau rumah baru dia tu"
"Okay set"
Itulah panggilan antara Faisal dan Arif. Agenda Faisal sebenarnya untuk pergi ke rumah Dani setelah dicadangkan oleh Arif. Sungguh berat hati Arif untuk pergi ke rumah Dani. Adakah Dani dapat menerima kehadirannya ke rumahnya itu?
Kemudian, Arif datang menjemput Faisal dengan menggunakan motosikal dan terus menuju ke rumah Dani.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan flat Seri Jauhari iaitu dimana Dani tinggal. Atma Arif diresap dengan segala rasa keresahan.
"Ni rumah nya ?" Soal Faisal.
"Haah" Jawab pendek Arif setelah memberhentikan motosikalnya.
"Jauh jugak eh dia nak pegi kolej" Kata Faisal sambil membuka topi keledarnya lalu meletakkan di atas tempat duduk motor itu.
"Haah" Balasnya lagi menunjukkan betapa dia tidak berminat untuk berucap lebih panjang.
"Rumah dia kat tingkat 4, kau naik lah dulu. Nanti aku follow kau" Kata Arif.
"Kau dah kenapa?" Faisal sungguh hairan dengan perlakuannya. "Kau ikut lah sekali, kan senang?"
Arif sedaya upaya untuk berdalih kerana tidak sanggup berdepan dengan Dani. Terbayang dalam fikirannya ribuan bayangan reaksi pertama si Dani apabila melihatnya tercongok di hadapan rumahnya. Mahu dihalaunya Dani terhadap dia. "Aku ada hal sekejap, nak beli something kat kedai runcit tu ha. Jangan risau lah, nanti aku follow"
"Yelah, yelah. Ade je kau ni. Malas aku nak cakap lebih" Faisal terus berjalan menuju ke tangga flat itu.
Arif hanya menyaksikan Faisal yang sedang menaiki tangga itu dalam menuju ke rumah Dani. Dia pula bagaimana? Terus menjadi pengecut kerana tiada keberanian untuk berdepan dengan Dani.
Arif mengeluh keseorangan.
Setibanya Faisal di tingkat 2, dia memandang ke bawah. Didapati Arif masih lagi berada di motornya. Kelihatan seperti termenung dan tidak bergerak. "Haish, dia ni kata nak pergi kedai lah apalah. Aku tengok dia duduk termenung je. Taguna punya budak" Bisik kecil dia melihat telatah si Arif.
Hampir sahaja Faisal menjerit dari tingkat 2, namun dia tersedar bahawa dia berada di tempat orang. Maka, dia perlulah hormat privasi orang yang berada di Flat Seri Jauhari itu. Dia ambil keputusan untuk menelefon si Arif.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Historia Corta🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...