Part 24 | Edisi PKP (ii)

2.1K 53 13
                                    

Dengan langkah yang berat, Dani menghampiri pintunya dengan ketakutan, Siapa tu ? Soalan itu tidak disahut dan pintu diketuk semakin kuat.

"Aku tak pesan makanan apa apa pun"

Dani terniat untuk menelefon Arif.

Kedengaran bunyi telefon itu tepat di hadapan pintu nya.

Dani buka pintu dengan ganas, "Kau bongok eh, kenapa tak bagi salam, kenapa nak ketuk macam pembunuh ?"

"Assalamualaikum" Senyum Arif.

Dani terkedu seketika, Arif hadir bukan dengan tangan kosong.

"Waalaikumussalam!!" Tegas Dani, "Eh kenapa kau datang sini ? Macam mana kau boleh lepas dari kawalan polis ? Apa yang kau bawak ni ?"

Arif tidak mahu menjawab apa-apa. Dia terus ke dapur untuk mencuci tangannya.

Di dalam plastik itu, ada ayam segar, beberapa barang dapur, beras 5KG, stok mee segera dan lain-lain.

"Aku ni sebenarnya risau, bila kau duduk kat rumah sorang sorang, pastu bekalan makanan kau mesti tak cukup kan, sebab tu aku belikan semua ni". Jawab Arif sambil memasukkan ayam segar dalam peti ais.

"Ya Allah Rif, tak perlu lah sampai macam ni sekali. Aku boleh je keluar, polis pun faham aku student, tinggal sorang". Dani rasa bersalah.

"Tengok ? Peti ais kau kosong, pastu stok makanan aku tak nampak langsung, takkan nak order dari FoodPanda hari hari ? Lagipun bahaya, diorang pun boleh bawak virus tu, then sentuh plastik makanan kau". Bebel Arif.

"Dah tu ? Kau ni ? Dari supermarket, lagi terdedah dengan virus ni!" Balas Dani.

"Sebab tu aku terus basuh tangan aku ni" Jawab Arif dan terus mencapai beg galasnya yang agak besar. Dia mencapai tuala dan terus ke bilik air.

Dani masih lagi tergumam, dia melihat beg galas itu penuh dengan pakaian. Namun, tidak dinafikan Dani tersenyum dengan keprihatinan Arif.

15 minit kemudian, "Okay aku dah mandi, bebas virus haha". Kata Arif sambil menapak keluar daripada bilik air itu.

"Weh cuba cakap dengan aku, apa ?"

"Apa, apa ?" Soal Arif semula.

"Yelah, apa yang kau cuba buat ?"

"Jangan lah blur sangat, aku stay sini sebab nak temankan kau sampai PKP habis"

"KAU GILA KE ?"

"Lebih kurang lah"

"Kau cakap apa dengan mak kau ?"

"Mak aku okay je, aku cakap aku nak teman kawan kat kolej" Katanya sambil duduk di atas kerusi. "Kau kenapa ? Janganlah risau, tak suka ke aku datang sini?"

Dani mengangguk.

"Oh tak suka ? Okay lah aku balik"

Dani gelengkan kepalanya pula.

"Eh geleng pulak, tak nak aku stay lah tu"

Raut wajah Dani mula untuk marah.

"Hahaha, okay okay, sorry. Jangan risau, rumah aku dekat Risau Arif" Melihat wajah comelnya itu masih lagi runsing dengan keputusan Arif yang tidak diberitahu dengan awal.

"Terima kasih hmm" Tunduk Dani wajahnya ke lantai.

"No hal. Aku sayang kawan kawan aku. Kalau ada Faisal ni mesti best. Macam dulu dulu haha"

Seperti dahulu, Dani, Faisal, Arif dan seorang lagi duduk disebuah rumah sewa semasa semester 1. Mereka berempat sangat rapat sehingga lah banyak kes yang berlaku.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now