Part 13

7.8K 251 57
                                    

_current

Tanpa mengeluarkan sepatah kata pun, Faisal terus menerjah masuk ke dalam rumah Dani. Rumahnya diselubungi dengan kegelapan, langsir pada setiap tingkap diturunkannya. Tingkap tidak terbuka menjadikan keadaan rumah itu lebih suram.

Arif yang masih lagi berada di luar, seolah-olah berat langkah kakinya untuk menjejak masuk ke dalam rumah itu. Dia hanya menyaksikan Faisal dari sudut pandangan luar.

Secara tiba-tiba, "YA ALLAH, DANI!!"

"ARIF, TOLONG"

Jeritan Faisal memecah kesunyian. Arif yang berada di luar terus bergegas masuk kerana terdengar jeritan Faisal memanggilnya.

Anak mata Faisal membulat besar dengan ketidakpastian melihat keadaan Dani yang amat memilukan. Dia melihat Dani terbaring atas deraian kaca di lantai itu. Dengan tangannya yang berlumuran darah.

Setelah bergegas masuk, Arif terus membisu melihat keadaan Dani. "Ya Allah" Dia hampir rebah ke lantai kerana tidak percaya dengan apa yang disaksikan sendiri oleh matanya itu.

"Ya Allah, Dani, kau kenapa. Kenapa jadi macam ni?" Bebel Faisal sambil menolak serpihan kaca itu ke tepi.

Meskipun tangan Faisal makin terluka kecil dek kerana menepis segala serpihan kaca yang berderaian itu, dia mengendahkan kesakitan itu dan meratap dengan keadaan Dani.

"Tepi" Kata Arif sambil menolak Faisal ke tepi. Dia mula mengangkat jasad Dani yang longlai itu dengan segala kudratnya.

"Kau nak bawak pergi mana?" Tanya Faisal kehairanan.

"Pergi hospital lah mana lagi. Dah berdarah macam ni" Jawabnya sambil mengangkat jasad Dani dengan sepenuh tenaganya.

"Takkan nak naik motor?" Soalnya lagi.

Lumrah bagi manusia apabila otak terkurung dalam keadaan yang cemas dan membuntukan. Otak kita tak dapat berfikir secara relevan.

"Dani kan ada kereta! Kau cari kunci dia sekarang" Jawab Arif setelah berfikir buat seketika. Tidak mungkin dia akan membawa tubuh Dani yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan menaiki motor.

Faisal tercari-cari kunci kereta milik Dani.

"Bawak sekali dompet dengan handphone dia sekali" Arah Arif.

"Dah jumpa" Kata Faisal setelah menjumpai kunci kereta bersama-sama dompet serta telefon yang berada di atas perabot sebelah meja untuk TV.

"Cepat, kau tolong kunci kan pintu sekali. Nanti kau drive" Gesa Arif sambil membawa tubuh Dani terus keluar pintu.

******

_flashback

*Sila rujuk Part 8*

"Kesian kau" Kata lelaki yang mengatakan dirinya bernama 'Dani' juga sambil meletakkan mawar putih itu di atas dada Arif.

Arif masih lagi tidur dengan nyenyak. Dani pula pergi ke cafe untuk membeli sarapan dan meninggalkan Dani 2.0 berseorangan di bilik itu.

"Aku tau warna putih ni warna favourite kau kan?" Omel Dani 2.0 itu sambil menahan perasaan sebak di dada.

Secara tiba-tiba, dia mengukir senyuman walaupun dia sedang berlinangan dengan air mata. Perasaannya ibarat ombak yang bergelora dan tidak menentu.

"Tu lah, dari awal lagi. Aku tak nak bende ni berlaku. Tapi kau yang semak kan dalam hidup aku ?" Dani 2.0 berbisik kecil pada Arif.

"Tak guna! Aku benci kau" Katanya lagi. Daripada nada berbisik lalu bertukar menjadi lantang jeritannya.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now