_flashback
Awal pagi lagi Dani bersiap cantik di hadapan cermin. Berpakaian agak segak dan berkolar. Dia tersenyum apabila melihat refleksi dirinya sendiri. Tiba-tiba syok sendiri. Ini bukan petanda awal bagi NPD! (Narcissistic Personality Disorder) tetapi Dani berasa amat teruja dan gembira pagi tersebut.
"Wah, kemain kau, sengih sorang-sorang macam kerang busuk depan cermin" Sapa Faisal melihat teletah Dani.
Dani tersentak.
"Cibai je mengendap aku!" Ujar Dani sambil memusingkan badannya ke arah Faisal.
"Hahahaha poyo lah kau. Tak de masa aku nak ngendap kau. Bukan awek lawa pun aku nak ngendap!" Kata Faisal sambil menghampiri depan muka pintu bilik Dani.
"Diam arh" Balas pendek Dani sambil menyikat rambutnya.
"Kau nak pergi mana ni?" Soal Faisal.
"Nak pi hospital lah, nak tengok Arif" Jawabnya sambil sibuk menguruskan diri.
"Ouhhh, ada transport ke?" Soalnya lagi.
"Don't worry. Uber ada di mana saje" Jawab Dani sambil meletakkan sikat tersebut di atas meja cerminnya itu.
"Okay then. Take care" Usai Faisal lalu berlalu pergi dari situ.
Dani berasa agak janggal dan sunyi apabila semalaman tanpa Arif dalam biliknya. Pada kebiasaannya, mereka berdua akan berbual sampai lebam sehingga mata mereka berasa mengantuk tahap 4.
Tetapi, ketika ini dia agak teruja kerana dia lega bahawa keadaan Arif amatlah baik dan tidak merisaukan dia lagi.
"8.45 a.m" Kata Dani sambil melihat jam tangannya yang berwarna merah. "Better aku pergi cepat, kang lambat pulak"
Dengan menaiki khidmat Uber, dia tiba di hospital pada pukul 9.30 kerana terpaksa mengharungi traffic jammed yang suam-suam kuku. Biasa lah bandaraya, sentiasa sibuk. Kewujudan uber pula bagaikan anugerah terindah untuk pelajar. Mana taknya, title 'pelajar' adalah waktu yang sukar dilalui kerana terpaksa bergelut dengan wang. Kalau nak menggunakan teksi, sesak nafas lah nak keluar duit. Jadi kewujudan uber ni boleh lah menjimatkan sikit wang yang sedia ada.
Dani bergegas pergi ke bilik wad Arif dengan tangan kosong. Nak bawa bekal makanan, Dani tidak tahu memasak. Kalau nak beli pula, tak sempat. Dia berasa bersalah lah pula.
Sebaik sahaja dia masuk dalam bilik itu, dia melihat Arif terbaring di atas katil sedang tidur dengan lenanya.
Dani mengukir sebuah senyuman.
Dani mengangkat perlahan sebuah kerusi yang berada di sudut lalu diletakkan di tepi katil Arif. Lalu, Dani duduk di atasnya dan terus merenung tepat pada Arif yang sedang tidur.
Dani mengeluarkan telefon bimbitnya lalu layan segala sosial media yang dia ada. Hanya untuk menghabiskan masa keseorangan. Dia tidak mahu mengejut Arif dari lenanya kerana dia kesian terhadap Arif. Semalam wajahnya sungguh pucat dan bibirnya kering. Tetapi sekarang dia kelihatan lebih segar meskipun tengah tidur lena.
Hampir sejam lebih dia duduk bermain game di telefon pintarnya itu. Dia tidak menyedari bahawa jam sekarang menunjukkan pukul 11.15 a.m. dan Arif masih lagi tidak sedar dari tidur nyenyaknya itu.
"Assalamualaikum" Seorang lelaki menegur Dani sambil menyentuh bahu kanannya.
Badan Dani terhenjut seketika kerana terkejut semasa leka bermain permainan.
"Waalaikummusalam warah matullah hi waba rokatu" Jawab penuh Dani sambil memusingkan badannya ke arah pemberi salam tersebut.
"Ye? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soal pendek Dani. Dia melihat lelaki itu kelihatan sungguh muda dan bertubuh kecil serta kulit wajahnya bersih putih. Boleh dikatakan comel paras rupanya.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...