"Faisal.." Sayu sedu suara yang menyebut nama itu."Apa?" Jawab pendek Faisal.
Faisal merupakan sahabat merangkap kawan serumah mereka berempat (Husin, Faisal, Dani dan Arif) Mereka berempat tinggal bersama pada semester 1. Namun, pada semester 2 ini, mereka telah berubah haluan. Masing-masing mencari rumah sewa sendiri.
Faisal merupakan antara kawan yang sangat mengambil berat tentang Dani. Oleh kerana itu, Arif tidak berfikir dua kali untuk mencari rakan yang lain untuk berbincang mengenai masalah yang menyelubungi dia.
Arif dan Faisal berada di kedai makan. Kononnya, Arif mengajak Faisal untuk lepak kerana sudah lama tidak luangkan masa bersama dia. Namun, perkara yang tersirat di hatinya itu tidak diketahui oleh Faisal.
Udang disebalik batu pun akan keluar akhirnya dari persembunyian itu. Maka, perasaan Arif sangat berbolak-balik untuk meluahkan perkara yang dia pendam.
"Kau ada jumpa Dani?" Soal Arif dengan rasa berat untuk tuturkannya.
"Dah lama jugak lah tak jumpa. Alasan dia asyik sibuk je memanjang. Kalah president. Kenapa kau tanya?" Faisal menjawab persoalannya itu tetapi diserang semula dengan soalan.
"Arkkk...arkk aku..." Gagap Arif.
"Aku saja je tanya, Dani tu sekarang dah lain" Sambungnya selepas seketika membiarkan bicaranya gagap.
"Lain macam mana tu?" Faisal semakin menunjuk minatnya untuk tahu.
"Entah lah, macam kau cakap lah. Makin busy, jarang datang kelas, susah nak jumpa dia" Jelas Arif.
"Hmmmm" Faisal berfikir sejenak.
"Aku rasa dia ada masalah kot?" Sambung Faisal sambil mengacau air Nescafe Ais dengan straw.
Arif terdiam seketika. Sudah sememangnya, dia tahu akan masalah 'besar' yang melanda Dani sekarang. Namun, apa muslihat Arif untuk libatkan Faisal?
"Kenapa kau tak tanya dia je? Kan senang" Ulas Faisal setelah melihat Arif berada dalam keadaan yang tidak keruan.
Arif hanya memancarkan senyuman paling palsu dan tergaru-garu kepalanya.
"Apa kata kau jumpa dia" Cadang Arif.
"Haah jugak eh, dah lama tak jumpa dia. Jom lah sekali? Kau tau kan rumah sewa dia yang sekarang. Aku dah lupa doh" Kata Faisal.
"Tengok lah kalau tak busy" Jawapannya yang berupa fraud semata.
"Eh, kau pulak nak jadi macam dia? Apa nak jadi ni geng? Masing-masing memang dah jauh eh sekarang" Perli Faisal.
"Laaa kau ni, aku gurau lah" Arif menarik semula kata-katanya.
Tidak ada keberanian dalam dirinya untuk berjumpa dengan Dani lagi. Dani seolah-olah dirasuk setan apabila melihat wajahnya. Dengan segala kata-kata yang pernah dilontarkan pada Dani, dia berasa segalanya telah benar-benar tersemat dalam mindanya.
Sejujurnya, Arif amatlah gusar dengan keadaan Dani. Kenapa? Sebab semalam, dengan mata kepalanya sendiri dia melihat Dani ditempah untuk semalaman.
Mindanya dihujani dengan persoalan;
BAGAIMANA keadaan dia sekarang?
MACAM MANA kalau Dani disakiti?
Adakah gembira?
Atau derita?
Sukar buat Arif menceritakan perkara ini.
Faisal tidak pernah tahu akan rahsia ini. Bagaimanakah penerimaannya nanti? Begitu juga dengan kawannya itu Kamal dan Husin. Mereka ini umpama adik beradik rapatnya. Namun, hubungan semakin renggang dek kerana kesibukan hal masing-masing.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...