Part 19

3.5K 123 30
                                    

_flashback

"Yati lepas baca yassin kita balik" Kata Ghazali dengan nada yang garang kepada Rosyati sebelum majlis bermula.

Rosyati tidak memberi sebarang respon terhadap arahan suaminya itu.

Bacaan yasin itu diadakan di rumah Rosmawati iaitu kakak kepada Rosyati.

Sebenarnya, Rosmawati terdengar perbualan suami isteri itu disebalik tirai dapurnya. Dia tidak menyenangi perangai Ghazali sebelum dia berkahwin dengan adiknya. Ternyata betul, selepas Rosyati melahirkan Dani. Perangainya berubah secara drastik. Malahan, makin menjadi setelah Dani membesar.

Pada waktu yang sama, Dani tidak dapat pergi ke majlis ini kerana dia baru sahaja pulang dari sekolah kerana ada kelas tambahan.

Setelah bacaan yasin sudah selesai, para jemaah pun sudah menjamu selera. Ghazali dari jauh menunjukkan reaksi wajahnya untuk pulang ke rumah.

Rosyati datang ke majlis ini bukan sekadar untuk menjamu selera. Tapi membantu kakaknya di dapur. Malangnya, suaminya tiada akal dalam perkara ini.

"Yati, Jom" Ajak Ghazali.

"Bang, tunggu lah sekejap, Yati selesaikan dulu kerja ni. Siap nanti balik lah" Pujuk Yati sambil tangannya tidak lepas tangan untuk menjamu tetamu makan.

"Haah Li, bukan selalu adik aku ni datang sini tolong. Apa salahnya dia tolong lama sikit" Sampuk Rosmawati dengan nada perli ketika terdengar perbualan mereka.

Ghazali terdiam lalu pergi ke hadapan untuk menjamu selera.

"Tak sabar betul laki kau ni. Seolah macam tak bagi kau tolong aku ye" Kata Rosmawati kepada adiknya.

Rosyati terdiam lalu meneruskan kerjanya.

Dahlia teringat akan Dani yang berada di rumah dengan perutnya yang kosong. Kemudian, dia membungkus makanan untuknya sebelum habis dihidang untuk tetamu.

******

_current

"Esok, awak dah discharge. Sebab keadaan awak semakin pulih" Kata doktor yang merawat Dani di hospital tersebut.

Dani tersenyum.

"Saya takde masalah mental kan doktor ?" Soal Dani.

Tersentak doktor itu, "Tidak, awak cuma stress pada kadar yang agak melampau. Jadi, lepas ni, kawal stress tu. Cari solusi terbaik untuk diri. Bukan dengan cara mencederakan diri tau. Kalau ada masalah, berjumpa dengan psychiatrist."

"Baik doktor" Kata Dani sambil memancarkan senyuman. Namun, dalam hatinya, 'kau ingat aku gila ke ? Nak jumpa psychiatrist'.

Inilah taboo dalam kalangan masyarakat. Mereka beranggapan bahawa berjumpa dengan psychiatrist hanya untuk orang gila. Penyakit mengenai mental ini terlalu luas skopnya. Namun, orang gila itu merupakan antara stage terakhir untuk pesakit yang mempunyai masalah mental. Kiranya seperti major dalam sakit mental. Manakala minor pula, seperti kemurungan dan lain-lain.

Begitu juga dengan doktor gigi, amat hairan dengan masyarakat kita. Punyalah gerun dengan doktor gigi sehingga tidak mahu berjumpa dengan mereka. Kalau dah gigi itu tidak diperiksa oleh pakar, memang tak selesai lah masalah. Waktu gigi dah parah, nak kene cabut, baru lah terpaksa berjumpa dengan doktor.

Dani amat gembira apabila menerima berita baik dari doktor itu petang tadi. Namun, suram kembali difikirkan kerana terpaksa tidur untuk malam ini di hospital.

Mengimbau kembali, apa yang Dani lakukan selama ini, amat melampau. Seolah-olah Dani telah jauh dari hidup yang bahagia. Hidup Dani penuh derita kerana dia sendiri memilih jalan ini.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now