Part 2

23.7K 320 48
                                    

Apabila semester 1 sudah melabuhkan tirainya, mereka berdua tidak lagi tinggal di asrama yang sama pada semester 2. Arif tinggal di rumah ibu bapanya, manakala Dani tinggal di rumah flat yang disewanya.

"Jangan merepek, aku tak keluar pun semalam, lagipun mana kau nampak ni? Datang rumah aku pun tidak." Dani menjawab soalan panas Arif dan untuk cuba berlagak tenang.

Bibir Arif merekah kecil kerana terpaksa untuk gelak.

"Kau tak payah nak tipu aku lah Dani, aku sempat lagi tengok kau masuk dalam kereta... Yang memandu tu pula lelaki yang agak berumur, bapa saudara kau ke?" Soalan kedua terus membongkar bahawa Arif sememangnya menyaksikan apa yang berlaku.

Dani mula menghembuskan nafas lega. Nasib baik, dia tak fikir sesuatu yang melampaui batas akalnya.

'Arif tak tahu~' bisik kecil hatinya.

"Oh, ye, bapa saudara aku semalam , tapi keluar tak lama pun, dia ajak pergi ke rumahnya semalam, ada buat tahlil doa selamat", tipunya sambil menyusun kertas kertas kerjanya yang berselerak dia atas meja.

"Ouhh , baru nak ajak kau keluar semalam" Arif tersenyum tawar.

Dani hanya mengangkat kedua bahunya sebelum berkata "Mungkin tak ada rezeki kot" dan tergelak dengan ayatnya sendiri.

"Iya lah kot, malam ni busy tak? Nak ajak keluarlah" tanya Arif lagi.

"Sorry Arif , malam ni ada hal lah", Dani memandang ke arah Arif yang agak kecewa dengan jawapan Dani.

"Hmm. Tak apalah. Eh jom pergi makan, dah nak masuk pukul 2 ni" Arif dan Dani cepat cepat mengemaskan barang mereka sebelum berlalu pergi dari perpustakaan itu.

Seperti biasa, pelawaan  Arif sentiasa Dani tolak kerana ada 'hal' pada malam hari.

******

Arif memberhentikan motosikalnya di flat Seri Jauhari itu, sebenarnya tujuannya datang ke flat itu
adalah untuk memulangkan 'USB cable' milik Dani yang dia tidak sengaja terambil.

Dia meletakkan topi keledarnya di atas motor. Belum sempat dia hendak mengambil langkah, dia melihat sebuah kereta Myvi berwarna hitam keluar dari perkarangan flat itu.

'WK..180.....' Arif menyebut nombor itu dengan pandangan yang kurang jelas.

Setelah mengamati nombor plat kenderaan tersebut, dia yakin bahawa kereta Myvi itu adalah milik Dani. Arif segera memakai topi keledarnya dan mengejar Dani.

Setelah hampir 15 minit Arif mengikuti Dani, mereka berhenti di sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang mewah.

Terdetik dalam hatinya..

Apa yang Dani buat kat sini?

Sebenarnya, Arif sendiri pun tidak tahu mengapa dia mengekori Dani.

Dia hanya mengikuti rentak naluri hatinya.

Arif melihat Dani keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke dalam hotel tersebut.

Dia mengikuti Dani dari belakang dengan penuh berhati hati agar Dan tidak melihatnya.

Kemudian, Dani menghentikan langkahnya di depan lift, Arif mula bingung kerana dia akan kehilangan jejak Dani nanti. Namun, disebabkan lift itu masih berada di tingkat 16, Arif sempat untuk mengejarnya dengan menggunakan tangga.

Dia berlari sekuat yang mampu.

Dani berhenti di hadapan bilik bernombor '33'

Arif pula bagaikan orang yang baru sahaja habis maraton larian. Dengan keadaannya yang termengah-mengah, dia sempat bersembunyi di sebalik dinding dan menyaksikan gelagat Dani.

Dani mengeluarkan telefonnya lalu membuat panggilan, "Hello... Haa, I dah sampai ni. Cepat sikit."

Arif mula curiga dengan apa sebenarnya yang Dani lakukan di hadapan bilik itu.

Tohmahan negatif mula berlegar-legar di mindanya.

Namun dia cuba berfikiran positif tentang rakannya itu........

Malangnya, segalanya berubah apabila dia melihat seorang lelaki berumur yang hanya bertuala keluar dari bilik itu dan mencium bibir Dani sebelum menarik Dani ke dalam bilik itu.

Arif berasa seolah olah jasadnya dilempar dari bangunan yang tinggi. Hatinya seperti dihiris-hiris. Dia berharap itu semua hanyalah khayalan ataupun mainan mimpinya.

Namun semuanya realiti.

Ini bukan sebuah mimpi.......

******

Keesokkan harinya , Dani berlari anak ke dewan kuliah. Sebentar lagi kelas akan bermula. Dia agak
beruntung apabila pensyarahnya belum tiba lagi. Dia cuba mencari Arif, namun dia tidak dapat melihatnya.

Dia terus sahaja berjalan menuju ke tempat yang selalu dia duduki bersama Arif. Ini merupakan pertama kali, Arif tidak datang ke kelas. Lalu, Dani mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka aplikasi 'WhatsApp'. Dia menyentuh nama Arif pada 'contact' dan mula menaip..

Dani: Rif kau kat mana? Tak datang ke hari ni?

Dia menyentuhkan jari telunjuknya pada butang hantar. Yang peliknya, kenapa Dani gementar?

Dani kembali meletakkan telefon pintarnya ke dalam begnya apabila pensyarahnya masuk ke dewan kuliah.

Arif belari ke arah telefon pintarnya apabila terdengar ianya berdering. Mesej 'WhatsApp' daripada
Dani.

Dia membukanya dan hanya menatap skrin telefonnya dengan perasaan yang kosong. Kejadian semalam benar benar merobek hatinya. Ternyata Dani merupakan seorang lelaki murahan! Tidak pernah dia menyangka selama ini kawannya itu menjual dirinya. Yang paling mengecewakan dan tidak disangka sangkanya...

DANI ITU GAY......

Peristiwa semalam cukup meyakinkannya bahawa Dani ialah gay. Manakan tidak, yang keluar dari bilik itu ialah seorang lelaki yang berumur. Mungkin juga sebaya ayahnya.

"Maafkan aku Dani, untuk sekarang ni, aku tak boleh nak tengok muka kau lagi" bisik hati kecilnya.

Arif menutup telefon pintarnya dan menghentakkan badannya ke tilam sebelum menutup mukanya dengan bantal lalu menjerit sekuat hatinya untuk melegakan perasaannya yang tidak keruan itu.

Bersambung......

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now