Part 17

4.7K 153 63
                                    

_current

Arif tertanya-tanya pada dirinya sama ada ingin pergi melawat Dani atau tidak.

Fikirannya itu diselangi dengan peristiwa kesilapannya sehingga membuatkan Dani terus menerus membenci Arif.

Kebencian Dani itu bagaikan sebatang sungai yang tidak berhenti airnya menuju ke hilir sungai. Malahan, Dani tidak lagi sanggup melihat wajah Arif. Baginya, itulah musuh emosinya. Setiap kali dia muncul, emosinya akan bergolak dan seperti ingin 'membunuh orang'.

Pepatah Inggeris pernah menyebut, "forgive and forget". Bagi Dani, tiada lagi konsep itu dalam hidupnya. Seseorang itu boleh kecam kehidupannya, tapi jangan haraplah kau muncul lagi depan matanya. Hal ini kerana, kemaafan itu tidak boleh memadamkan ingatan jelas dia terhadap herdikan Arif.

Memetik pula, kata-kata puitis dalam sajak berbahasa Arab yang berbunyi, "Jika kamu bahagia dengan seseorang itu, kamu tidak akan nampak kesalahannya. Namun, jika kamu marah dengannya, kamu nampak semuanya"

Orang pernah kata, ketika seseorang itu marah, dia akan berada dalam keadaan separa sedar dan kata-katanya adalah tidak relevan. Namun, saya bidas pendapat ini kerana berdasarkan kata-kata dalam sajak berbahasa Arab itu jelas menunjukkan bahawa, dalam keadaan suka dan gelak tawa, kita akan bahagia dengan orang tu. Bila waktu marah, kita akan nampak semua kekhilafan dia.

Kesannya, amarah kita membuak lalu ditafsirkan melalui kata-kata dan dari situlah datangnya kebenaran yang terpendam. Sebab itulah, jika dua orang bergaduh sedangkan sebelum ini mereka rapat, maka keluarkan kata cemuhan yang sebenar menerangkan keburukan diri kita yang hanya diketahui oleh si dia.

Jadi, nak katakan bahawa selama ini kita memalsukan perasaan kita pada dia ? Jawapannya tidak, kerana waktu bahagia, kita hanya menutup kekhilafan dia dengan hati yang terbuka. Tidak pula pada waktu marah.

Minda Arif dibanjiri dengan kemungkinan yang akan berlaku jika dia datang melawat Dani di hospital.

Pertama, herdikan. Arif akan menerima herdikan keras daripada Dani kerana dia seorang sahaja yang tahu akan punca dia masuk hospital. Ada kemungkinan yang Dani malu kerana kali terakhir Arif berjumpa dengannya ialah ketika Dani mendapat panggilan daripada pelanggannya. Kemudian, Dani diperlakukan dengan teruk pada malam itu.

Kedua, halau. Dani semestinya akan menghalau Arif daripada pandangannya seperti selalu kerana dia tidak mahu lagi melihat jasad yang dibencinya berada di depan mata.

Ketiga, elak secara drastik. Dani sanggup bangun dari katil itu dan lari jauh daripada pandangan Arif walaupun jasadnya longlai.

"ARGHHHHHH" Rungut Arif sambil mengusutkan rambutnya. Dia buntu dengan sikap pesimistiknya yang muncul menderu.

Bagi Faisal pula, dia akan menyangka bahawa Arif "lupa kawan" jika dia tidak hadir melawat Dani di hospital. Buat masa ini, Faisal masih lagi tidak tahu akan konflik yang berlaku antara Dani dan Arif. Namun, Faisal mula menyedari keanehan yang berlaku antara mereka sedikit demi sedikit.

Arif tetap dengan keputusannya. Jika dia melihat pada perkara yang bakal terjadi, tiada faedahnya jika dia melawat Dani di hospital. Sudah pasti dimarahinya, dihalaunya dan sebagainya. Kemungkinan juga, dengan kehadiran Arif, hati Dani dapat dilembutkan. Namun, jauh panggang dari api jika perkara itu terjadi.

Mahatma Gandi (1869 - 1948),  seorang ketua dan aktivis India yang menjadi inspirasi oleh seluruh dunia pernah merangka sebuah kata yang bijaksana mengenai cinta.

"A coward is incapable of exhibiting love; it is the prerogative of the brave"

(Seseorang yang pengecut tidak berupaya untuk mempamerkan kasih sayang; itu lah hak keberaniannya)

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now