_current"Tak Dani. Kau bagitau aku sekarang yang semua tu tak betul Dani. Semua tu tak betul kan?"
Kata-kata Arif petang itu tadi amat menusuk dalam benak hatinya sehingga mengganggu fikiran dan fokusnya dalam pemanduan.
Dani sedang memandu keretanya menuju ke hotel yang telah ditetapkan atas panggilan yang dibuat petang tadi secara 'live' berhadapan dengan Arif.
Arif dapat mendengar perbualan mereka yang jelas menunjukkan yang Dani di 'tempah' untuk malam ini.
"Kenapa dia kecewa sangat?" Soal Dani sambil memegang steering keretanya. Matanya tetap terpana disepanjang jalan yang sunyi disimbahi dengan kegelapan waktu malam.
Dani mula mempersoalkan mengapa Arif begitu kecewa dengan dirinya yang melacur. Jikalau kecewa sebagai seorang kawan, mungkin lain atur caranya. Tetapi, kekecewaan ini mempunyai kelainan yang hanya Dani dapat rasakan dengan emosi yang sedang bermain di seluruh atmanya.
"Memang betul apa yang aku buat ni selama ini salah"
"Tapi..."
"Cukuplah kehidupan aku yang tinggal keseorangan ni"
"Takkan ada yang faham"
"Takkan ada manusia yang melalui gaya hidup yang sama dengan aku"
"Arif.."
"Aku tau kau kecewa, sebab tu aku bersiap sedia untuk jauh dari kau, dari semua orang"
"Sebab.."
"Aku tau. Aku tau! Yang semua orang takkan dapat terima dengan relanya tentang gaya hidup aku yang kotor ni"
"Aku maafkan kau"
"Aku maafkan kau Arif. Tapi, aku tetap akan jauhi dari hidup kau"
"Warna kehidupan aku sudah tenggelam dalam kehitaman. Mustahil untuk hitam bercampur dengan warna suci putih itu"
'PPPPIIINNN PIIINNNNN~'
Bunyi kereta hon yang amat kuat itu membuat Dani tersentak dari keadaan dia yang sedang dibuai emosi. Bagaikan tersedar dari lekanya, dia tidak perasan bahawa lampu merah itu sudahpun bertukar menjadi hijau tanda untuk jalan sudah sekian lama.
Setiap bait kekecewaan itu datangnya dari hati yang sungguh ikhlas menyatakan dia sangat bersalah. Barisan ayat itu dituturkan keseorangan Dani melayan perasaannya setelah mengingati peristiwa petang tadi.
Demi menaikkan mood nya, Dani menekan beberapa siaran radio untuk dia mendengar lagu. Dia terhenti pada satu stesen radio,
Besar kesilapanku besar lagi
kesilapanmuHampa yang kau rasakan
Hampa lagi perasaan ku
Berkumandang lagu Siti Nurhaliza iaitu Kesilapanku Keegoanmu. Lagu ini merupakan lagu hit beliau dalam album kedua pada tahun 1997 setelah album debut pertamanya yang memuatkan hitnya, Jerat Percintaan dilancarkan pada tahun sebelumnya.
Kau cuba menyatakan
Aku membuat kesilapan
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Short Story🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...