_flashback
"ARIFFFFFFFFF" Jerit Dani sekuat hati. Dia yang menyaksikan kes langgar lari dari jauh itu amat terkejut sekali.
Dani berlari selaju mungkin ke arah Arif.
Arif kelihatan terbaring dengan kakinya yang berlumuran darah.
Dani melutut lalu memangku badan Arif sambil menjerit,
"TOLONGGGG!"
Orang ramai berkerumun di tempat kejadian itu.
"Bertahan Rif, kuatkan semangat..." Kata Dani sambil mengusap dahi Arif dengan linangan air mata.
20 minit kemudian, ambulans tiba di tempat kejadian. Arif masih lagi berada di pangkuan Dani. Dia kelihatan begitu lemah dan lesu untuk berbicara. Dani pula tidak putus-putus daripada merasa resah, gelisah dan tak senang hati melihat rakannya sebegitu rupa. Ini merupakan pengalaman pertama buat Dani menyaksikan kejadian seperti ini secara 'live' dengan anak matanya sendiri.
Kekecohan orang ramai yang berkerumun terhenti apabila bunyi siren didengari.
"Minta perhatian, sila berikan laluan" Kata seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lelaki yang baru sahaja keluar dari pintu belakang ambulans bersama seorang jururawat wanita.
Alat pengusung juga dikeluarkan. PPP lelaki itu mengetuknya buat beberapa kali sebelum digunakan. Mata orang ramai yang berkerumun itu fokus dengan keadaan Arif.
"1.....2.....3....." Kira PPP lelaki itu sambil mengangkat pinggang Arif manakala Dani menolongnya mengangkat bahagian atas badan Arif.
"Erkkkkk" Arif mengerang kesakitan. Kakinya berasa kebas dan berdenyut semasa diangkat lalu diletakkan di atas pengusung. Darahnya menitik ke bumi.
PPP lelaki itu memegang pengusung bahagian kaki Arif manakala Dani memegang bahagian kepala Arif.
Arif memandang wajah Dani yang gigih menolongnya dengan air mukanya yang diulit dan kerisauan yang jelas.
Pintu ambulans ditutup lalu siren dihidupkan dan terus menuju destinasi ke hospital. Orang ramai mula bersurai.
Dalam perjalanan, jururawat wanita itu sedang merawat kaki Arif. Beberapa kali Arif menahan kesakitan, dia akan menggenggam erat tangan Arif sambil mata dipanahkan sesama sendiri.
"Bertahan weh" Rayu Dani pada Arif dengan mukanya yang berkerut menahan daripada mengalirkan air mata.
Setibanya di hospital, beberapa jururawat membawa Arif ke dalam ER (Emergency Room). Dani menunggu resah. Seperti duduk di atas jarum, dia kelihatan tidak senang hati. Ke hulur ke hilir dengan fikiran yang sangat kusut.
Dani diminta untuk mengisi laporan dan maklumat mengenai mangsa kejadian.
Beberapa panggilan dari rakan serumahnya tidak dijawab.
Hari sudahpun menjelang malam, seorang doktor keluar lalu menyapa Dani, "Awak yang bersama dia tadi?"
Dani mengangguk tetapi matanya fokus kepada wajah doktor itu.
"Keadaan Arif sangat lemah, mungkin beberapa hari lagi dia akan mula stabil" Kata doktor itu.
Bertambah kusut Dani dibuatnya. Adakah dia patut memberitahu keluarga Arif tentang perkara ini? Bagaimana pula respon rakan serumahnya?
******
_flashback
"Abang! Abang, Niel bosan arh" Ngadu Niel pada Arif.
YOU ARE READING
[HIATUS] Pelacur Itu Milikku
Conto🔞 | Matured Content 👨❤️👨 | Homosexual Theme Volume I : 1 ~ 20 ✅ Volume II : 21 ~ ... Dani melacuri masa depannya dengan perkara yang terkutuk. Dia ingin mengecapi kesenangan denganjalan pintas. Sejauh manakah ia mampu untuk bertahan? Bahagia ka...