Part 18

4K 123 72
                                    

_flashback

Dani merupakan pelajar yang berusia 17 tahun pada waktu ini, dia sedang mengambil peperiksaan SPM untuk menamatkan zaman persekolahannya. Begitu juga dengan Arif. Cuma mereka tinggal di negeri yang berbeza.

Imbas kembali peristiwa yang berlaku tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.

Waktu itu, larut petang, Dani pulang ke rumah sekitar pukul 4.15 lebih kerana mempunyai kelas tambahan. Kelihatan rumahnya kosong, ibu nya tidak menjawab salamnya seperti selalu.

Dani memang sentiasa bawa kunci 'spare' rumah dalam beg nya. Dani hairan, mengapa ibunya pergi tanpa meninggalkan pesanan. Dani memasuki rumahnya dan rebah di atas sofa kerana kepenatan. Sambil itu memikirkan di mana ibunya.

Telefon berdering.

"Assalamualaikum Dani" yang memberi salam itu ialah seorang perempuan bernama Dahlia (rujuk Part 14)

"Waalaikummusalam"

"Mak kau pesan, dia balik lambat harini."

"Kenapa pulak ?"

"Kau lupa eh ?"

Terdiam seketika.

"Ya allah, aku lupa, kan harini ada bacaan yaasin kat rumah kau."

"Ha tau pun kau, tapi kalau kau tak penat boleh lah datang sini."

"Insyallah tak janji haha"

"Pemalas"

Dani akhiri perbualan itu dengan senyuman.

Dahlia merupakan sepupu sebelah keluarga ibunya. Ibu Dahlia (Rosmawati) merupakan kakak kepada ibu Dani (Rosyati). Dahlia juga merupakan pelajar SPM pada tahun tersebut seperti Dani. Hubungan mereka berdua agak rapat. Namun, Dahlia tidak bersekolah di tempat yang sama dengan Dani.

Dahlia merupakan seorang perempuan yang berkulit cerah dan mempunyai perwatakan yang agak kasar tetapi ada santunnya. Jika dia bergurau dengan Dani, perwatakan kasarnya jelas kelihatan. Depan orang tua, perwatakan lemah lembutnya itu amat sesuai dijadikan menantu.

******

_flashback

Hari Ahad, seperti ini, membuatkan Niel amat bosan berada di rumahnya. Sudah seminggu Arif tidak bermanja dengannya kerana Arif bakal menduduki peperiksaan SPM. Keesokan harinya, Arif bakal serta pelajar SPM lain bakal mengambil subjek pelajaran wajib lulus iaitu Bahasa Melayu.

Niel tidak mahu menganggu Arif yang sedang mengulangkaji. Namun, perasaan rindu itu meronta-ronta dalam dirinya.

"Kacau tak, kalau aku ni datang tengok dia ? Hmm" Niel mengomel seorang diri.

Niel berada di ruang tamu menonton TV namun fikirannya menerawang jauh sekali memikirkan Arif.

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Niel tergerak hati untuk pergi ke rumah Arif. Rumah mereka berdua amat dekat sekali. Arif sudah beberapa kali tidur di rumah Niel menemaninya sewaktu keluarga Niel tiada.

"Pergi jelah" Bisik kecil Niel sambil menampakkan riak wajah yang gembira.

Beberapa minit kemudian, Niel tiba di hadapan rumah Arif dengan berjalan kaki.

"Assalamualaikum Arif" Salam pertamanya tidak di sahut.

Niel mencuba kali kedua, "Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, eh Daniel, marilah masuk" Ibu Arif keluar sambil menjawab salamnya.

"Daniel dah makan ? Arif ada tu ha kat atas. Belajar sebab esok kan SPM dah start" Soalnya Ibu Arif sambil mengalu-alukan kedatangan Niel.

[HIATUS] Pelacur Itu MilikkuWhere stories live. Discover now