Haiqal menghirup secawan teh yang diberikan oleh Habil.
Setelah 1 jam menceritakan tentang dunia duyung pada Habil.
Mereka pun berasa lapar.
"Wei Habil aku laparla. Kau ada makanan tak?".pinta Haiqal.
"Eh, Iya. Kau makan apa hah?? "tanya Habil
"Aku selalunya makan rumpai laut yang warna ungu tu. Tapi aku dah jemu kot makan benda tu. Kali ni aku nak makan makanan manusia pulak. Boleh ke? "tanya Haiqal kepada Habil dengan mimik muka comel.
"Hmm iyala. Tak payahla nak buat muka comel bagai. Tunggu jap kat sini. Aku pergi ambilkan. "Maklum Habil kepada Haiqal sambil bangun dari tempat duduknya dan beredar ke dapur.
"Yeay!! Tak sabarnya nak rasa makanan manusia. Mesti sedap kan?"Haiqal mengoyangkan kakinya seperti mengibas-ngibas ekor duyung.
Haiqal masih tak dapat membuang tabiat duyungnya lagi. Mungkin sebab dia baru jadi manusia kot.
Nanti-nanti biasalah tu.
Bunyi tapak kaki berjalan diatas lantai kayu kedengaran.
Rumah Habil bukanlah rumah konkrit.
Rumah kayu yang beratapkan zink dan berhadapankan pemandangan laut cukup untuk membuatkan Habil dan keluarganya hidup selesa.
"Nah, ini je yang dapat aku bagi kau makan. Sebab mak dengan bapa aku pergi bandar beli barang dapur. Jadi lauk-lauk pun ni je yang ada" kata Habil sambil meletakkan pinggan yang berisikan nasi, ikan masak merah, ikan goreng, telur dadar secukup rasa serta minuman sirap bersebelahan pinggannya.
"Eh takpe. Janji makanan manusia. Aku makan dulu ya. "Pinta Haiqal sambil mencapai minuman sirap dan tersentap.
"Wei Habil, Ikan duyung tak minum darah manusialah"Tegur Haiqal sambil membuat muka pelik
"Hoii! Sirap la tu! Kau ni! Takkan la aku nak hidangkan kau darah kot. Memang tak lah aku nak hidang kat kau. Halau lagi adalah. Ishh kau ni! "Marah Habil kerana tertekan dengan peragai Haiqal yang bimbo.
"Ohh, Hehe maaf ya."Kata Haiqal sambil menundukkan mukanya kerana malu.
"Hmm, iyalah". Balas Habil ringkas
"Tapi sirap tu apa ye?? ".Tanya Haiqal lagi.
"Arghhhhhh!!!! "Jerit Habil sekuat hati.
* * *
"KOK KOK KOK KOKKKKK! " bunyi kokokan ayam mengejutkan Haikal dan Habil dari tidur.
Selepas Haiqal dan Habil bersarapankan roti telur mayonis yang dibuat oleh keluarga Habil, Haiqal memulakan bicaranya.
"Habil aku cadang aku nak keluar dari tempat ni. Aku nak merantau. Iyala, tujuan aku jadi manusia pun sebab aku nak capai matlamat aku. Aku nak pergi sekolah, jalan-jalan, macam manusia normal yang lain. Kau rasakan dari mana aku nak mulakan dulu? "Tanya Haiqal kepada Habil kerana buntu tidak tahu dari mana untuk bermula.
"Alar, kau nak pergi dah ke??Hmm."Keluh Habil.
"A ah, Tapi jangan risau nanti bila-bila aku datangla sini tengok kau. Takkan la aku nak lupakan kau". jelas Haiqal untuk menjaga hati Habil.
"Betul ni? Janji? "Tanya Habil untuk kepastian
"Betul, Janji!"Jawab Haiqal.
"Iyalah tu. Nanti dah pergi tempat lain terus lupa aku."Sindir Habil sambil mengerakkan matanya ke atas.
"Betullah, aku janji. Duyung takkan pernah mungkir janji. Kalau kami mungkir janji, perkara buruk akan terjadi. "Jelas Haiqal kepada Habil untuk memujuknya.
"Hmm, Iyalah okay. Aku rasa kalau kau nak mula merantau. Kau kena mula dari yang dekat dulu. Pastu, bila dah kenal dunia daratan baru ko mula jauh-jauh pulak. "Cadang Habil.
"Owhh macam tu, okay. Tempat yang dekat dengan kawasan sini di mana kau rasa?? "Tanya Haiqal untuk meminta pendapat.
"Hmm, aku rasa Semporna la. Sebab situ ada laut. "Cadang Habil kepada Haiqal.
"Hishh.. Tak naklah! Tak habis-habis laut.. Aku dah jemulah.. Tak ada tempat lain ke?? "Rungut Haiqal.
"Hmm, ada tu ada. Tapi aku risau dengan kau. "Balas Habil
"Alar, kau jangan risau dengan aku. Aku boleh jaga diri."balas Haiqal sambil tersenyum.
"Hmm iyalah, Kinabatangan?? Amacam?? Ok tak??" soal Habil kepada Haiqal
"Okey ke jugak?? Ada laut tak?? " tanya Haiqal untuk kepastian.
"Mana ada. Dekat sana tak ada lautlah "Balas Habil kepada Haiqal.
"Owhh okey!! Kalau macam tu... Tempat tu la yang akan aku tuju!!!! "
Author Note:
Please vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...