9🐬

2K 182 30
                                    

Bunyi bising bergema di dewan makan.

Ramai betul pelajar, dah macam ikan bilis Haiqal tengok.

Mana tak banyak, dah dari tingkatan 1 sampai 5 berkumpul makan dekat dalam dewan makan tu.

Haiqal memandang tepat ke arah lauk-lauk yang disajikan.

Haiqal dan Hafiz beratur untuk mendapatkan makanan.

"Hafiz, ramainya orang dah macam ikan bilis dah aku tengok. "Sambil memerhatikan gelagat Hafiz mengambil pinggan dan menirunya.

"Kau ni..ada pula macam ikan bilis. Tapi betul jugak. Alarr..sekejap je ni. Bulan 11 dorang dah tak ada dah sebab tingkatan 5 kan nak spm dah. Masa tu, Senangla kita nak ambil makanan. Tak payah nak beratur panjang-panjang. Hishh, buat semak je."rungut Hafiz sambil menerangkan kepada Haiqal.

"Owhh, baguslah kan."Setuju Haiqal.

Bunyi pinggan diambil dan diseretkan ke atas kaunter mengambil makanan.

"Haiqal."Sapa seorang lelaki.

Haiqal yang terpukau dengan makanan langsung tidak mengendahkannya.

"Haiqal. "Sapa lagi lelaki itu.

"Ohh Iya? Maaf! Terlampau syok tengok makanan. "Haiqal meminta maaf.

"Ohh, tak apa. Nama saya Ristan panggil Tan je".Tan memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk menjabat tangan dengan Haiqal.

Haiqal teringat akan Habil semasa dia menghulurkan tangan.

"Owhh, saya Haiqal."Sambil menangkap tangan Tan dengan kasar untuk berjabat tangan.

"Err, okey. Iya saya tahu nama awak Haiqal." balas Ristan dengan muka pelik.

Perbualan mereka terhenti disitu kerana tibalah giliran Haiqal untuk mengambil makanan.

Ayam goreng celup tepung diletakkan ke dalam pinggannya, sayur-sayuran dicurahkan di atas nasi, serta buah epal merah ditepi pinggannya.

Haiqal mengekori Hafiz ke meja bersama-sama.

Haiqal melabuhkan punggungnya ke atas bangku dan meletakkan pinggannya yang dipenuhi makanan itu di atas meja.

Makanan yang mengecurkan air liurnya itu dimakan dengan gelojoh.

"Wei, kau tak rasa pelik ke?" tanya Tan kepada Khai.

Ristan dan Khai berkawan rapat sejak dari tingkatan 2 lagi.

Begitu juga dengan Sufian.

Mereka bertiga adalah sahabat baik.

"Pelik apa? "Tanya Khai sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kau tengok Haiqal tu? Tadi kan aku nak berjabat tangan dengan dia. Pastu, aku tengok dia jabat tangan dengan aku macam tak pernah jabat tangan langsung. Pelik-pelik. Pastu kan aku tengok dia. Macam muka arwah adik kaulah!."Terang Tan kepada Khai tentang Haiqal.

Khai menundukkan kepalanya ke pinggannya sambil bermain dengan nasi.

"Opss, sorry. Khai aku tak ada niat nak bangkitkan pasal ni. Aku..... " tak sempat Tan nak jelaskan terus dipotong oleh Khai.

"Aku tak ada seleralah nak makan. Aku nak masuk bilik dulu. "Sampuk Khai.

"Weii khai, Janganla macam ni. Aku mintak maaf. "Pujuk Tan.

Khai bangun dari tempat duduknya dan beredar dari dewan makan.

"Khaiii! Khaii!! " Tan memanggilnya dengan nada yang kuat.

Suasana di dalam dewan makan menjadi suram.

Haiqal memaling ke belakang kerana terdengar suara Tan yang kuat memanggil Khai.

"Ehh, Kenapa pulak dengan mamat tu?? "Tanya Haiqal seorang diri.

Author Note:

Please Vote and Comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now