"Mmmmm. Sedapnya...special pulak makanan hari ni. "Kata Haiqal sambil mulutnya dipenuhi makanan.
"Memanglah. Kan budak sekolah yang lain dah cuti. "Balas Hafiz sambik menyuap makanan ke dalam mulutnya.
"Cuti?? Untuk apa? "Tanya Haiqal sambil menyuapkan lagi makanan ke dalam mulutnya.
"Laa, kan dah nak dekat bulan 11."Sampuk Tan yang sedang mengunyah makanan.
"Owhh.. lupa pulak. "Balas Haiqal.
"Weii, aku pelik la dengan Khai ni. Sejak dia dah ada awek. Dia dah macam jarang lepak dengan kita. Tak habis-habis dengan telefon dia.. "Rungut Sufian sambil menyuapkan makanan.
"Sufian? Kalau aku nak tanya boleh tak?? "Haiqal berhenti makan.
"Boleh. Tanyalah."Balas Sufian bersahaja.
"Orang yang bercinta? Memang kuat marah ke?? "Tanya Haiqal pelik.
"Kenapa?? Khai marah kau ke?? "Tanya Hafiz.
" Dia marah kau ke? "Sufian terkejut.
"Emmm, kot. Waktu dia tengah mesej dengan awek dia. Aku ada tanya dia tiba-tiba dia marah aku."Jawab Haiqal.
"Ohh, memang padan la. Siapa suruh kacau orang bermesej. "Balas Sufian sambil menyambung makan.
"Woii! Kau ni agak-agaklah. Bermesej je kot. Takkan itu pun nak marah. "Sampuk Hafiz
"Hah, betul tu. Takkan lah itu pun nak marah. Ishh. "Tan meneguk air.
"Hmm, its okay. Aku tak kisah pun."balas Haiqal sambil tersenyum.
"Hmm, iyalah tu kau. "Balas Sufian.
"Hah! Tu Khai "Haiqal memuncungkan bibirnya ke arah Khai yang menuju ke kaunter pengambilan makanan.
"Panjang umur! Diam. Jangan bising-bising. "Arah Tan sambil menyambung makan.
"Okey."Balas Haiqal.
Khai menuju ke arah Tan dan kawan-kawannya.
"Hai korang."Tegur Khai sambil melabuhkan punggungnya di bangku meja makan itu.
"Hai. "Balas Haiqal.
"Wei! Pekerja baru ke tu?? "Tanya Khai pada Tan sambil menunjukkan ke arah pekerja perempuan yang berkulit putih-putih melati, pendek, dan bermata sepet.
"A ah. Kenapa?? "Tanya Tan.
"Hehehe. Cantik juga ye."Khai tertawa kecil.
Haiqal sudah membuat muka meluat.
"Hah! Hah! Tak payah nak memuji sangat. Kau tu dah ada awek. Kesian awek kau nanti kena scandal.. "Balas Tan.
"Scandal tu apa? "Sampuk Haiqal yang dari tadi memerhatikan perbualan mereka.
"Scandal tu macam ko dah ada awek. Tapi dalam masa yang sama kau ada awek lain jugak."Terang Hafiz.
"Owhh. "
"Scandal ni tak elok. Sebab kesian dekat girlfriend kita. Kena duakan.. "Sampuk Sufian untuk menyindir Khai.
"Owhh, tak baik. "Balas Haiqal.
"Alar, bukan dia tahu pun. Aku scandal ke tak. Awek aku kan duduk jauh.. "Balas Khai sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
"Hmm, lantak kau lah "Balas Tan sambil meneguk minuman.
"Khai, Aku nak tanya something."Haiqal memandang Khai
"Tanyalah."
"Best ke?? Bercinta?? "Tanya Haiqal sambil mengangkat keningnya.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...