10🐬

2K 178 62
                                    

"Adik! Tunggulahh! Adikk!! "Jerit khai kepada adiknya yang sedang berlari seorang diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adik! Tunggulahh! Adikk!! "Jerit khai kepada adiknya yang sedang berlari seorang diri.

"Apa? Abang lambatlah. Malas adik nak tunggu. Cepatlah! " balas adiknya yang sedang berlari itu

"Adikk! Bahayalah! Tunggu abang."Sambil mengejar adiknya.

"Adik pandailah lintas sendiri jalan. Adik bukan budak kecil dah."Balas adiknya sambil melintas jalan.

"Haishh! Kasut ni kan. "Keluh Khai

Khai membetulkan tali kasutnya yang terlerai.

BAMMMM!!

Khai terkejut dan..

"Adikk!!!!!!!! " jerit Khai sekuat hati sambil berlari ke arah adiknya.

"Adikk! Bangun adik! Adik! "Sambil mengangkat adiknya ke atas ribaannya.

"Adik! Bangunlaaa! Jangan tinggalkan abang! Abang dah kata dah tunggu abang. Kenapa adik degil??!. Adikk!!! Adik!!!! " Bebel Khai sambil menahan air matanya yang sedang berkaca.

Khai tidak kuat lagi lalu melepaskan tangisan yang kuat dan teresak-esak.

Tangannya berlumuran darah.

Darah mengalir tanpa henti.

"Adikk!!! Bangun adik! Jangan tinggalkan abang! Adik!! Adik. "Khai cuba untuk kejutkan adiknya tetapi mustahil.

Adiknya telah pun meninggalkan dia buat selama-lamanya.

"Adik dah janji dengan abang kan? Nak buat semua benda sama-sama dengan abang? Nak belajar sama-sama dengan abang? Nak main sama-sama dengan abang? Semua dengan abang. Adikk!! Bangunlah adikkkk!! Adikk!! " Khai menangis teresak-esak.

Perasaan sedih dan sebak bercampur baur dan membuatkan Khai tidak keruan.

Khai mempunyai adik.

Mereka berdua adalah kembar tak seiras.

Khai sayang akan adiknya dari kecil lagi mereka membesar bersama-sama.

Semua yang Khai buat, semua adiknya ikut sekali.

Khai adalah idola adiknya dari kecil lagi.

Segala kasih sayang Khai dicurahkan ke atas adiknya.

Adiknya berjanji akan hidup bersama-sama dengan abangnya dan akan meluangkan masa bersama-sama dengan abangnya sampai dia mati.

Adik Khai mempunyai muka yang mirip, seiras, sejibik dengan Haiqal.

Sebab itulah Khai asyik memandang Haiqal.

* * *

"Khai?? Kau okey ke? " Haiqal mengejutkan Khai yang sedang menangisi memori yang terakhir bersama adiknya.

"Ehh, tak ada apa-apa" kata Khai sambil mengesat air matanya yang banyak itu.

"Kau menangis ke? "Haiqal terkejut melihat mata Khai yang kemerahan seperti ikan busuk itu.

"Ehh mana ada. Tak ada la. "Suara Khai kedengaran sayup-sayup.

Haiqal berjalan menghampiri katil Khai dan melabuhkan punggungnya di tilam Khai.

"Khai, kalau kau ada masalah. Beritahu aku boleh? "Pujuk Haiqal sambil tapak tangannya mengosok belakang Khai.

"Hmm. Tak adalah. Kau tak payahlah menyibuk hal aku. "Balas Khai seperti tidak mahu urusannya dicampuri.

"Bukan apa, manalah tahukan aku boleh tolong kau ke? Bolehlah Khai. Please. "Haiqal cuba untuk memujuk Khai sedaya upayanya.

"Kau boleh ke hidupkan orang yang dah mati??! Boleh??! Hah?! Tak boleh kan? Jadi DIAM!" Tanya Khai berang.

"Owhh, aku tak boleh hidupkan orang mati. Tapi siapa yang mati?? Aku tak nampak pun ada orang mati ke kat sini? "Tanya Haiqal kerana tidak faham akan perkara yang Khai cuba sampaikan.

"Haishh ko ni, pelik betul la. Tak ada apalah. Kau dah seterika baju? "Tanya Khai untuk mengubah perbualan mereka kerana tidak sampai hati memarahi Haiqal.

"Hmm, belum."Jawab Haiqal pelik.

"Laa, kenapa kau tak seterika lagi? Tu laa, menyibuk je hal orang. "Bebel Khai.

"Aku tak tahu macam mana nak seterika baju. Hehehe"jawab Haiqal perlahan-lahan.

"Pelik betul kau ni. Habis tu siapa yang seterikakan baju kau sebelum ni?? "Tanya Khai pelik.

"Hehehe. Kawan aku. Aku manalah tahu apa-apa. "Jawab Haiqal tersimpul malu.

"Ishh. Sini lah baju kau. Aku seterika kan. "Pinta Khai.

"Hah? Kau nak seterikakan baju aku ke?? Terima kasih-terima kasih. Hehehe, baik jugak kau erhh. Haha" Sakat Haiqal sambil meluru ke lokernya dan mencari-cari bajunya.

"Elehh kau ni. Nak bodek la tu. "Sindir Khai.

"Nah."Hulur Haiqal baju sekolahnya.

Khai bangun dari katilnya dan mengambil bajunya serta baju Haiqal.

"Haiqal Haiqal. Hahaha" Khai mengosok rambut Haiqal dan ketawa kecil.

"Yahh! Habis rambut aku. "Haiqal mencebik dan membetulkan rambutnya semula.

"Alar, sikit je pun."Jawab Khai sambil mengambil seterikanya di bawah katilnya.

"Erkk. "Haiqal mencebik sekali lagi.

Author Note:

Please Vote and Comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now