Suasana di bilik prep beransur sunyi kerana hanya Hafiz dan Haiqal yang berada di bilik itu."Wei, Aku mengantuklah. Jom tidur."Rungut Hafiz sambil mengosok kedua-dua belah matanya yang sudah layu itu.
"Ishh, kau pergila tidur dulu. Aku nak baca buku ni. Dahla aku lambat masuk sekolah. Kau tak apa laa. Hishh! Pergi-pergi" Arah Haiqal kepada Hafiz sambil fokus pada bukunya itu.
"Hmm, iyalah. Aku pergi dulu tau. Nanti jangan cari aku pulak kalau takut. Mana la tau kan. Kalau-kalau ko terjumpa..." sakat Hafiz untuk takutkan Haiqal.
"Erkk, Takut apalah??."Sambil mengherling Hafiz.
"......HANTUUU!!! " jerit Hafiz lalu berlari lintang pukang keluar dari bilik prep.
"Hah?? Hantu?? Apa kebendanya tu?? Haishh. Tak abis-abis nak... "Haiqal tergamam apabila melihat ke luar tingkap bilik prep yang gelap gelita dan hanya kelihatan kain berbungkus putih melekat di tingkap itu.
"Errr, kenapa pakaian kau pelik betul ni?? " tanya Haiqal dengan perasaan pelik tahap gaban sambil membuat muka pelik ala-ala kartun.
"...dengan pakai baju putih. Muka putih gilerr.. "Tilik Haiqal.
"Huarghhh!!! "
"Kau dah kenapa??! Hishh. Kacau je aku nak belajar. Shushh!! Pergi main jauh-jauh. "Arah Haiqal sambil menyambung pembelajarannya dan menyelak-nyelak kulit muka suratnya.
"Alarrr! Dia tak takutlah. Jomlah! Aku dah menyamar jadi hantu pun dia tak takut. Pelik betullah."Keluh Tan yang menyamar menjadi hantu pocong tadi.
"Laa, kau rupanya Tan. Kau tak ada baju dah ke?? "Tanya Haiqal sambil berjalan ke arahnya.
"Adalah..Tan tu nak takutkan kau..katanya..tengok-tengok tak menjadi. Kena kritik lagi adalah." balas Sufian sambil ketawa.
"Hahahaha, tu la kau. Aku dah kata tak payah. Kau nak jugak. "Sampuk Khai yang keluar dari tempat persembunyiannya.
"Diamlah."Jawab Tan ringkas sambil menanggalkan solekannya yang putih seperti pelakon opera
"Laa, korang dua ada rupanya. Kenapa tak tido lagi ni?? " tanya Haiqal sambil mengusap jarinya di tingkap yang dipenuhi habuk itu.
"Nak tido la ni. Tapi Tan pulak, ajak kami kacau kau." jawab Sufian.
"Iyala, Dah aku tengok kau sorang-sorang je ulang kaji. Tak takut ke?? "Kata Tan sambil mengangkat keningnya.
"Err, Takut? Buat apa? Sebab hantu? Pftt, Tak takut pun. Baru aku tau hantu tu apa. "Jawab Haiqal sambil mengorek hidungnya tanpa berasa malu.
"Eh, kau jangan salah faham. Tadi tu bukan hantu. Itu gambaran je. Kau mesti tak tahu kan. Apa tu hantu? " teka Tan seperti sudah tahu akan peragai Haiqal yang pelik.
"A ah. Kalau tadi tu bukan hantu. Cuma gambaran je. Habis tu? Macam mana muka dia?? "Tanya Haiqal teruja ingin tahu.
"Haishh! Tak payahlah kau tahu sekarang, lagipun dah malamlah."balas Khai.
"Weii, bagus kita pergi tidur. Aku dah rasa lain macam la. Jomlah! "Rungut Sufian sambil memegang kedua bahu kawannya itu dan memandang sekeliling.
"A ahla. Jomlah. Aku pun sama. "Balas Tan sambil mengemas barang hantunya itu.
"Okeyla. Kami nak tido dulu. Jangan lama-lama.Nanti jadi apa-apa aku pulak yang susah. "Nasihat Khai kepada Haiqal.
"Aikk.. Kenapa pulak?.. "Tanya Haiqal pelik.
"Dahla, Bye! Kitaorang pergi dulu. Ingat jangan lama-lama ulang kaji. Nanti stress. "Kata Sufian sambil menolak Khai dan Tan hendak beredar dari situ.
"Erkk, Pelik betul. "Kata Haiqal sambil pergi ke tempat duduknya semula.
* * *
Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.
"Akhirnya! Selesai aku baca semua nota dalam buku ni."kata Haiqal sambil menghela nafas lega.
"Huarghhh!! Mengantuknya. "Haiqal menguap untuk kali pertama.
Sebelum ini Haiqal tak pernah menguap sewaktu dia dalam keadaan Duyung.
Macam mana nak menguap kalau dalam air kan?
"Apa benda aku buat tadi tu hah?? Seronok pulak. Hihihi."Haiqal tertanya-tanya pasal menguap tadi sambil tertawa kecil.
Haiqal mengemas barang-barangnya dan berlalu pergi dari bilik prep itu selepas menutup suis lampu bilik.
"Aikk? Semua dah tidur ke?? "Tanya Haiqal seorang diri sambil berjalan bersahaja melepasi dorm-dorm asrama.
Haiqal menyimpan barang-barangnya di biliknya dan terfikir untuk pergi ke bilik air.
"Aku rasa, bagus aku pergi bilik air. Basuh kaki sebab aku dengar kalau tak basuh kaki nanti mimpi buruk. Hehehe. Haiqal-Haiqal. dah macam manusia betul dah kau ni. Hahaha" bebel Haiqal sambil meluru ke arah bilik air yang gelap gelita itu.
Haiqal melangkah masuk bilik air itu dan meluru ke arah kolah yang besar.
"Wah! Besarnyalah. Haishh. Kalau berenang ni. Perghh! Seronok ni "Kata Haiqal seorang diri sambil menjengketkan kakinya untuk melihat air di dalam kolah itu.
Kaki Haiqal tiba-tiba menunjukkan reaksi dan kali ini reaksi kakinya makin kuat seperti kakinya diletakkan di mesin penggetar kaki.
"Aishh! Kenapa ni??"tanya Haiqal pelik.
"Emm, sementara tak ada orang ni kan. Bagus aku berenang dalam kolah ni. Alar, nanti aku buanglah balik air ni. "Sambil memanjat keatas kolah itu.
"Ehh, first sekali buang dulu semua pakaian. Nanti tak pasal-pasal ekor aku tersangkut pulak. "Kata Haiqal sambil melucutkan pakaiannya.
"Ok dah.. Sekaranglah masanya... Hihi.. "Kata Haiqal sambil menggosok-gosokkan kedua-dua tapak tangannya.
SURPPPP!!
Haiqal terjun ke dalam kolah yang dipenuhi air dan dalam itu.
Kaki Haiqal bertukar menjadi ekor duyung yang kebiru-biruan dan berkilau luar biasa tidak seperti kebiasaan yang hanya kebiru-biruan sahaja.
"Wahhh! Terangnya warna ekor aku. Perghh! Cantiklah. Hahaha. "Kata Haiqal sambil mengibas-ngibas ekornya yang lembut itu sambil menyelam ke dasar permukaan kolah itu.
"Segarnya. "Kata Haiqal sambil mengibas ekornya yang sejuk-sejuk segar seperti dibalut ais yang sejuk dan segar.
"Huhh? Lamanya aku jadi manusia. Sampai terlupa macam mana rasanya jadi duyung" Haiqal menghela nafas lega yang luar biasa sambil melentokkan kepalanya di permukaan kolah itu sambil kedua-dua tangannya dibuka seperti manusia yang sedang menarik nafas segar di kolam.
Bunyi tapak kaki menghampiri bilik air.
Haiqal terkejut dan terjaga dari rehatnya.
"Alamak! Siapa pulak tu? Bukan semua manusia dah tidur ke?? "Bisik suara hati Haiqal.
Bunyi tapak kaki itu menghampiri bilik air.
Blurp!
Bunyi Haiqal mengibas ekornya untuk menyelam ke dasar kolah kedengaran.
"Aik? Bunyi apa tu? "Tanya lelaki itu sambil menghampiri kolah.
Author Note:
Please vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...