17🐬

1.6K 151 31
                                    

Bunyi ombak lautan yang menyapu pasir laut berwarna putih kedengaran.

Bayu laut menyapa wajah Haiqal.

Bunyi kicauan burung yang tenang membuatkan Haiqal memejamkan matanya.

Haiqal dan lain-lain keluar dari kereta.

"Hemmmmm! Segarnyaaa!! "Haiqal menghembus nafas melalui mulutnya.

"Akhirnya! Sampai jugakk! Erghhhhh!" kata Tan sambil mengeliat kerana lenguh.

"Hmmm. Dah sampai dah ke??.. "Tanya Sufian sambil mengosok-gosok matanya kerana baru bangun dari tidur.

"A ah." balas Khai ringkas sambil membetulkan kasutnya.

"Wahh!! Bau apa ni??? "Tanya Haiqal sambil mengikut bau itu.

"Haiqal..sabar..kau ni. "Kata Tan lalu mengikut Haiqal.

"Wauuuuu!! Sedapnyaa!! Apa tu??? "Tanya Haiqal teruja sambil mulutnya terbuka melihat makanan yang dicucuk kemas dan diletakkan di atas pembakar.

"Huh?? Kau tak tahu ke?? Satey la tuu.. "Jelas Pian.

"Ohh, Sedapnyaaa! Aku nak tu!. "Balas Haiqal sambil menunjuk ke arah satey itu.

"Kau nak satey apa?? " tanya Khai sambil memandang Haiqal.

"Satey apa?? Apa yang apa?? "Tanya Haiqal pelik.

"Erkk."Balas Khai sambil mengaru kepalanya.

"Bang, bagi satey ayam 20 cucuk."pesan Khai kepada pak cik yang menjual satey itu.

"Okey adik, tunggu kejap ya. "Balas pak cik itu sambil memanaskan semula satey itu.

"Weii! Banyaknya. Kau biar betul??. Kalau nak belanja pun agak-agaklah. Siapa nak habiskan. Bazir je" balas Tan mengerutkan dahinya.

"Ehh! Agak-agaklah. Bukan aku belanja kau. Aku belanja Haiqal. "Balas Khai sambil tersenyum memandang Haiqal.

"Hah?? Eh! Aku ada duitlah. Ni!"Kata Haiqal sambil mengeluarkan duitnya yang tebal dan diikat menggunakan getah itu.

"Weii! Belanjalah! Hehehe"sampuk Tan.

"A ah...belanjalah."Balas Pian juga.

"Tak payah Haiqal. Simpan duit kau tu. "Kata Khai sambil mengherling Tan dan Pian.

"Alarr, kau ni Khai."Balas Tan.

"Kau kan dah ada duit. Bolehlah cakap. Hahh, dah la kami bawak duit sikit je. Kau kan kaya. "Sindir Sufian.

"Nah adik."Maklum pak cik itu sambil menghulur satey ayam itu pada Khai.

"Terima kasih "Balas Haiqal sambil mengambil satey itu dengan pantas dari Khai.

"Tu lah. Lain kali bawak duit banyak-banyak. "Balas Khai.

"Alar, biarlah aku belanja korang. Nah!. "Haiqal menghulurkan seikat duit kepada Tan sambil tersenyum.

"Weii. Haiqal!! Aku gurau jelah. "Balas Tan terkejut sambil memegang duit itu.

Khai terkejut dan Sufian terbeliak melihat peragai Haiqal yang sebegitu.

"Tak apa, ambil je. Aku tak kisah. Banyak lagi duit aku. "Balas Haiqal sambil mengeluarkan secucuk satey dari plastik itu.

"Ehh, Tak naklah. Ambil laa balik!! "Hulur Tan pada Haiqal yang sedang sibuk makan.

"Mmmmmm. "Balas Haiqal sambil mengoyangkan jari telunjuknya menandakan tidak mahu.

"Ehh kau ni. Banyak ni. Macam nak dekat seribu lebih dah ni!!. "Balas Pian pelik sambil membelek-belek duit itu.

"Hishh. Aku kata tak nak. Tak naklah. Nak makan pun tak senang. Hish! Aku ambil balik baru tahu.. "Berang Haiqal dan menyambung semula makan.

"Ehh, tak apa. Terima kasih Haiqal!! "Balas Tan dan Sufian dengan serentak.

" Erkk" Khai membuat muka pelik

"Nehh, kami ada banyak duit. "Sindir Tan sambil mengherling Khai.

"Eleh. "Balas Khai ringkas.

* * *

"Kau okay??" tanya Haiqal kepada Tan.

"Ehh! Apa dah jadi?? "Tanya Tan sambil mengurut kepalanya kerana pening yang teramat.

"Tadi, ko hampir kena ragut. Nasib baik Haiqal tolong. "Balas Khai.

"Kau tak tengok tadi! Haiqal berlawan dengan orang jahat tu. Perghh!! Terpelanting kot. Peragut tuu. Terus dia lari. "Sampuk Sufian.

"Tu laa kau! Duit tu simpan dekat poket. Bukan kira-kira lagi. Erkk! "Balas Khai.

"Ehh? Betul ke?? "Tanya Tan sambil bangun dari baringnya.

"Hah?? Biasa je laa. Hehe. "Balas Haiqal sambil menyambung makannya semula.

"Cuba korang cerita sikit dekat aku. "Balas Tan untuk dapatkan kepastian.

"Nantilah. Kau tu baru sedar dari pengsan. Sekarang ni, kita pergi cari bilik penginapan dulu..dah nak malam ni."Balas Khai.

"Hemm, okey la."Bals Tan ringkas.

* * *

Imbasan semula...

"Nehh. Kami ada banyak duit. "Sindir Tan sambil mengherling Khai.

"Eleh. "Balas Khai ringkas.

"Huii! Banyaknya. Kaya jugak Haiqal ni. "Bisik Tan seorang diri sambil mengira duit itu.

Tiba-tiba motor yang mempunyai dua orang penumpang berhenti di sebelah Tan dan merampas duit itu.

Tetapi, Tan menarik semula dan tak sempat Tan hendak melawan dia dipukul dengan helmet lalu pengsan.

Khai dan Sufian terkaku.

Haiqal tersedar dari makannya dan terus mencengkam leher baju peragut itu yang tidak sempat menghidupkan motornya.

Haiqal menarik leher bajunya, seorang peragut itu jatuh terbaring dari motor itu berserta dengan duit itu.

Kawan peragut itu cuba untuk memukul Haiqal.

"Hiarghhhh!!! "Kaki Haiqal menyepak muka lelaki itu dan terjatuh dari motornya.

Peragut yang terjatuh itu bangun dari jatuhnya dan cuba untuk melawan semula.

Peragut itu cuba untuk menumbuk Haiqal.

"Pakkk!! " Tendangan padu diberikan kepada peragut itu.

Peragut itu terpelanting jauh ke atas khemah peniaga yang menjual satey.

Ramai orang datang menolong Haiqal dan menangkap peragut itu.

Khai dan Sufian masih lagi terkaku.

Haiqal mencapai duit itu dan meluru ke arah Khai dan Pian.

"Hoii! Korang dua dah kenapa?? "Tanya Haiqal pelik sambil melambai-lambai di hadapan muka Khai dan Pian.

"Ehh! Tak ada apa-apa. Kitaorang terkejut!."Balas Khai.

"Hebatnya kau! Awesome!! "Balas Sufian sambil membuat Thumb Up.

"Ehh, tak adalah. Bagus kita kejutkan Tan. Kesian dia. Terbiar kat situ. Hahaha"ketawa Haiqal sambil mencapai sateynya tadi.

"Ehh! Lupa pulak! Tan!. "Balas Sufian sambil meluru ke arah Tan yang sedang pengsan.

"Tan! Tan! Kau okey ke?? "Kejut Sufian sambil menepuk-nepuk pipi Tan.

Tan membuka matanya sedikit.

"Kau okey?? "Tanya Haiqal kepada Tan.

Author Note:

Don't Forget To Tag Your Friends!

Please vote and comment..

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now