5🐬

3K 261 104
                                    

Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia.

Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia.

Tapi nak buat macam mana..

Semua tu Haiqal buat untuk mencapai impiannya dari Haiqal ikan duyung lagi.

Haiqal melangkah masuk ke pagar sekolah dengan perasaan yang gemuruh. Haiqal terus menuju ke Pejabat Am untuk mengambil borang asrama. Haiqal terpaksa masuk asrama kerana Haiqal tidak mempunyai tempat tinggal. Pasal yuran asrama dan pembelanjaannya semua Haiqal dah uruskan.

Sebelum Haiqal berpindah Haiqal telah mengumpulkan semua mutiara yang telah dikutipnya selama ini.

Selepas selesai pasal borang asrama, Haiqal terus menguruskan soal kelasnya.

Haiqal mendapat kelas 5 Newton.

Haiqal tahu agak sukar baginya untuk melangkah terus ke tingakatan 5.

"Hmm, Habil kata SPM susah. Macam mana ni? " sambil tercari-cari kelasnya.

"Ini ke? " Haiqal tertanya.

"TOK!! TOK!! TOK!!"Haiqal mengetuk pintu kelasnya itu.

"Ini kelas 5 Newton ke? "Tanya Haiqal kepada pelajar di dalam kelas itu.

"A ah betullah ni kelasnya".jawab salah seorang pelajar perempuan di dalam kelas tersebut.

"Owh, hi.. "Tegur Haiqal.

"Hi jugak! Budak baru erkk? " Tanya perempuan tersebut.

"A ah. " jawab Haiqal sambil membetulkan begnya.

"Ohh lupa pulak. Nama saya Azzulaiqha Azmira just call me Eka" Eka memperkenalkan diri sambil tersenyum sinis.

Eka mempunyai mata yang bulat, berkulit cerah dan lemah lembut seperti gadis melayu terakhir.

Guru kelas Haiqal melangkah masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah Haiqal. Semua pelajar bertempiaran lari ke tempat duduk masing-masing.

"Selamat pagi Cikgu Shamsul!! ".jerit pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut.

"Selamat pagi murid-murid.. Semua duduk. "Bunyi tarikan kerusi bergema.

"Okey! Kita ada pelajar baru dari.. " sambil membelek-belek fail Haiqal.

"....Lahad Datu. Okey Haikal perkenalkan diri sedikit. "Pinta Cikgu Shamsul kepada Haiqal.

"Baik Cikgu. "Jawab Haiqal.

"Hai nama saya Haiqal dari Lahad Datu, bangsa saya iranun".

"Iranun tu bangsa apa?? "Seorang pelajar lelaki menyampuk.

"Iranun ialah bangsa kaum sabah iaitu lebih dikenali sebagai orang laut" jawab Haiqal dengan tenang kerana Haiqal sudah menjangka perkara ini akan berlaku.

Jadi,Haiqal menggunakan bangsa Iranun sebagai penyamaran yang bagus.

"Ohh! "Kedengaran suara pelajar bergema dan terpegun.

Haiqal berdiri di hadapan pelajar dengan raut wajah tenang.

"Okay Haiqal boleh duduk di tempat kamu".maklum Encik Shamsul kepada Haiqal sambil menuding jarinya kearah tempat duduk yang kosong itu.

Haiqal meluru ke arah meja dan kerusi kosong tersebut dan duduk bersebelahan seorang pelajar lelaki berkaca mata.

"Saya duduk ya. "Pinta Haiqal pada lelaki itu.

"Silalah duduk ye. Nama saya Hafiz".Hafiz memperkenalkan dirinya.

"Owh.. Saya Haiqal"sambil tersenyum dekat Hafiz.

"Err, iya saya tahu.. tadi kan awak dah bagitau. "Pelik Hafiz dengan Haiqal.

"Hehehe, Maaf! Gementar sikit sebab tak biasa.. "Kata Haiqal dengan nafas tercunggap cunggap kerana berasa gemuruh.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now