6🐬

2.7K 243 53
                                    

Suasana dia dalam kelas Haiqal menjadi riuh rendah semula apabila Cikgu Shamsul beredar daripada kelas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Suasana dia dalam kelas Haiqal menjadi riuh rendah semula apabila Cikgu Shamsul beredar daripada kelas itu.

Haiqal melihat sekeliling kelasnya yang dipenuhi pelajar sebanyak 35 orang.

Tiba-tiba mata Haiqal tertumpu kepada salah seorang pelajar lelaki yang berada di sudut tingkap di bahagian kanannya.

Rambutnya yang seperti budak-budak nakal, matanya yang berwarna coklat keperangan, kulitnya yang cerah dan bentuk badannya yang agak tegap.

Lelaki yang ditilik Haiqal itu mencuri tumpuannya kerana lelaki itu cuba untuk curi-curi pandang Haiqal.

Lelaki itu lalu memandang ke arah lain sejurus Haiqal merenungnya semula.

"Hmmm.. Kenapa mamat tu? Tengok-tengok aku macam tak puas hati pulak" bisik Haiqal di dalam hatinya.

"Wei Haiqal! "Suara yang agak kasar menyapanya.

Haiqal tersentap dan memandangnya.

Seperti biasa Haiqal akan melihat dan menilai perwatakannya.

Perempuan ni agak kasar dan peragainya ala-ala kasar sedikit, lengan bajunya dilipat sehingga paras lengannya.

"Err, Iya?? Ada apa? " tanya Haiqal dengan nada perlahan.

"Kau dulu sekolah mana? " tanya perempuan tu kepada Haiqal dengan suara bersahaja dan senyuman yang manis dilemparkan.

"Habis!"Keluh Haiqal di dalam hati.

"Owhh arr. Hmm, apa nama sekolah tu hah?? Hmm " Haiqal cuba untuk mencari secepat mungkin nama sekolah yang dia ingat.

Tiba-tiba Haiqal teringat akan nama sekolah yang terdapat pada buku latihan yang dia jumpa dahulu.

"Owhh iya! Smk Tungku" jawab Haiqal dengan pantas.

"Erkk kau ni, nama sekolah pun lupa. By the way nama aku Wafiqah. Panggil aku Wafiy je baru rare!. "Wafiy memperkenalkan dirinya sambil ketawa.

"Okay. Hmm, Aku nak tanya sesuatu ni Wafiy. Kalau boleh la? "Tanya Haiqal kepada Wafiy.

"Emm, Tanyalah"Jawab Wafiy dengan selamba sambil membetulkan kedudukan tudungnya yang senget.

"Hmm, nampak lelaki tu? " Tunjuk Haiqal kepada Wafiy pada pelajar lelaki yang cuba curi pandang Haiqal.

"Yang mana satu ni? " Kata Wafiy sambil tercari-cari.

"Tulah..yang duduk bersembang dengan kawan-kawan dia tu. "Haiqal curi tunjuk ke arah sudut meja itu kerana Haiqal takut nanti lelaki itu perasan.

"Owhh, nampak. Kenapa kau tanya aku ni? Kau suka dia erhh?? Hahaha " sakat Wafiy untuk kenakan Haiqal.

"Erkk kau agak-agaklah..Apa nama dia?" Tanya Haiqak laju.

"Nama dia Khai..Eh kenapa tanya ni? Baik ngaku sekarang! "Sakat Wafiy sekali lagi.

" Taklah! Tadi, dia ada pandang-pandang aku. Lepas tu aku pandang balik dia, terus dia paling arah lain. Pelik betul aku tengok dia tu " terang Haiqal.

"Hahahaha! Dia syok dekat kau kot. "Ketawa Wafiy memecahkan suasana kelas.

Semua orang memandang kearah Haiqal dan Wafiy seolah-olah difokuskan oleh Camera Canon.

"Err, Hehehe. Tak ada apa-apa" kata Haiqal dengan perasaan malu.

Khai hanya tersenyum kecil melihat Haiqal.

"Apa tengok-tengok?!! Nak kena penumbuk ke??! " kata Wafiy sambil mengangkat penumbuknya.

Semua orang berpaling dan membuat hal masing-masing semula.

Mungkin sebab takut dengan Wafiy kot.

" Kau ni." marah Haiqal dekat Wafiy sambil tertawa kecil.

"Kau tengok. Takutkan dorang dengan aku. Well. Hahaha" kata Wafiy dengan bangga.

"Weii, apa korang dua bercerita ni?? Aku pun nak ikut jugak. Sampai ketawa macam mamat wrestling. "Sindir Hafiz.

"Kami tengah bercerita pasal... " tak sempat Wafiy nak beritahu terus di sampuk Haiqal.

"..pasal asrama. Err.."balas Haiqal sambil membuat isyarat supaya dirahsiakan perbualan mereka tadi.

"Owhh, kau masuk asrama ke?! Aku pun asrama jugak. Yeayy!!" teruja Hafiz.

"Owhh betul ke?? Hahaha. Bagus! Ada jugak kawan aku dekat asrama nanti. Weii..nanti kau tolong aku dekat asrama tau. Aku manalah tahu menahu pasal asrama ni. "Rungut Haiqal.

"Emm, Iyalah jangan risau. Aku tolong jugak nanti "sambil Hafiz membelek-belek begnya untuk mengeluarkan buku komsas novel "Silir Daksina".

"Terima kasih. "Balas Haiqal ringkas sambil meniru Hafiz mengambil buku tersebut.

"Okaylah korang. Aku nak chau dulu. Nanti kita borak lagi ye. Haiqal..."Kata Wafiy sambil mengenyitkan matanya pada Haiqal sebagai tanda isyarat.

"Erkk! Kau kenapa?? Kenyitkan mata dekat aku? Kawan aku kata kalau ada orang yang kenyitkan mata dia tu maksudnya dia suka kat orang tu. Kau suka aku ke?? "Pelik Haiqal.

"Yaishh! Kau ni! Aku nak kata kau lembap memang kau lembap pun. Ishh. Dah la. " marah Wafiy kerana malu akibat kejadian kenyit mengenyit, Hafiz memandangnya dengan mulut ternganga.

"Hahaha, Ada jugak hati perasaan rupanya minah tomboy ni.."Sambil menyelak-nyelak muka surat buku itu.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now