"Fuhh! Nasib baik!! "Bisik suara hati Haiqal.
"Hmmm, sedih betul aku dengan manusia ni"keluh Haiqal sambil timbul ke permukaan.
"Kenapa dorang buat macam ni?? Kenapa?? Apa salah duyung?? Sampai dorang sanggup buat macam ni?? "Haiqal berasa sangat kecewa.
"Aku tak sangka! Kawan baik aku nak tangkap aku? Kawan aku sendiri.."mata Haiqal berkaca dengan air mata yang bertakung.
"Nasib baik dia tak nampak muka aku. Kalau dia nampak muka aku. Mesti aku kena tangka bila aku naik darat lagi..hmmm.. "Haiqal berasa sangat sedih.
"Hmm, bagus aku naik darat cepat. Nanti mesti dorang curiga kalau dorang cari aku tak jumpa. "Haiqal memaling ke belakang dan melompat ke dalam air seperti ikan lumba-lumba.
Haiqal mengibas ekornya bersahaja sambil mengenangkan perkara tadi.
Haiqal berenang ke dasar laut dan mengibas ekornya perlahan-lahan sambil menyapu pasir laut dengan tangannya.
"Hmmm..mulai sekarang aku kena lebih berhati-hati. Aku tak boleh bagi orang tahu identiti aku yang sebenar. Betul kata Khai. Nasib baik dia jumpa. Kalau orang lain jumpa?.. "Bisik suara hati Khai.
"Aku harap sangat Khai bukan manusia macam tu.. "Bisik suara hati Haiqal sekali lagi dan berenang menuju ke permukaan.
Haiqal melihat sekeliling.
Tiba-tiba lampu suluh disuluh ke arah Haiqal.
Haiqal dengan perasaan takut menyelam dan berenang kembali ke dalam dasar laut.
"Hishh! Macam mana ni?? Kenapa ramai sangat orang dekat pantai ni?? Dorang dah tahu kewujudan aku ke??? Macam mana ni???! Macam mana aku nak naik darat semula!! Mesti dorang risau dengan aku! Kalau tak risau mesti dorang dah tahu aku ni duyung?? Macam mana ni!! "Haiqal tertanya-tanya di dalam hati sambil mengibas ekornya dengan laju tanpa hala tuju.
"Buat masa sekarang ni. Aku tak boleh balik darat. Nanti mesti aku kena tangkap! Bagus aku jadi duyung buat sementara waktu. Nanti bila dah tak ada dah manusia dekat pantai tu. Aku naiklah darat balik.. "Bisik suara hati Haiqal.
* * *
"Hahh!!? Apa?? Kau hampir tangkap duyung?? Kau biar betul.. Agak-agaklah kalau nak menipu aku pun.. "Tan terkejut.
"Hishh! Betullah. Kalau tak percaya. Kau tanya Dijah dengan Safirah.. "Balas Sufian sambil menukar bajunya yang basah itu.
"Aku nak tengok!! "Kata Tan kepada Sufian.
"Mana boleh. Ada askar dekat laut. Tengah berjaga, kan perintah berkurung sekarang.. "Balas Sufian selesai menyalin pakaian.
"Weii, berita sensasi ni! Bagus aku beritahu Khai."Maklum Tan kepada Sufian sambil meluru ke arah katil Khai.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...