"Ini kunci awak ye. "Maklum penjaga kaunter itu sambil tersenyum.
"Terima kasih."Balas Khai sambil mengambil kunci bilik itu.
"Dah jom. Bilik kita nombor 15."jelas Khai kepada kawan-kawannya.
"Erghh!"Haiqal terjatuh melutut.
"Ehh!! Haiqal. Kau okey ke?? "Tanya Khai panik.
"Kau okey ke?? "Tanya Sufian.
"Tu lahh. Lain kali kalau sakit tak payah ikut. Tengok dah makin sakit. Kau sakit apa?? "Tanya Tan selepas berleter pada Haiqal.
"Ishh kau ni. "Balas Khai geram.
"Haiqal! Kau okey tak?? "Tanya Khai semula.
"Kaki aku... "Balas Haiqal sambil memandang muka Khai.
"Kenapa?! Dengan kaki kau?? "Bisik Khai perlahan.
"Tak tau, kaki aku bergetar sangat nii. Aku tak boleh bangun mungkin sebab aku dekat dengan laut kot?. "Jelas Haiqal sambil memicit kakinya.
"Ehh! Korang ambil ni kunci. Korang pergilah dulu. Aku nak bawak Haiqal pergi klinik berhampiran. "Hulur Khai kunci bilik mereka kepada Tan sambil mengangkat Haiqal.
"Errr. Okay.Kitaorang pergi dulu. Apa-apa telefon tau. "Balas Tan pelik.
"Okey. Nanti aku telefon."Balas Khai ringkas sambil membawa Haiqal di pangkuannya menuju ke pintu.
"Kau tak rasa pelik ke?? Khai dengan Haiqal tu??"Tanya Tan pada Sufian.
"Pelik apanya?? "Sambil memandang ke arah telefonnya
"Iyalah. Sweet semacam je. Dah macam.. "Kata-kata Tan dipotong.
"Arr! Arr! Jangan nak cakap bukan-bukan. Kau dah lupa ke??. Pasal Khai tu?? "Sampuk Sufian sambil menyimpan telefonnya.
"Apa dia?? "Tanya Tan pelik.
"Hishh! Pasal arwah adik dia tu laa."Balas Sufian sambil berbisik perlahan.
"Ohhhh. Lupa pulak. Kenapalah aku tak ingat. "Kata Tan sambil membuka kunci bilik bernombor 15.
"Emm. Sebab tu la kot. Khai layan Haiqal macam tu."balas Sufian sambil berjalan masuk ke dalam bilik.
"Iyalah..kau tengokla dulu. Khai dengan arwah adik dia dulu. Rapat gila kot. Kira okeylah. Dia dah ceria macam dulu. Kalau tak. Hmmm. Sekejap je ceria. Pastu, masam balik. Serius je balik muka dia. Dah macam singa dah. "Bebel Tan sambil mencampakkan begnya ke sofa.
"Hmm..tu lah. Nasib baiklah datang Haiqal tu. Boleh jugak jadi penyeri hidup Khai. Aku kesian jugak tengok dia. Mana taknyaa. Selepas kematian arwah adik dia tu, dia macam dah hilang semangat nak belajar. Sekolah selalu tak hadir. Sebab tulah. Mak bapak dia masukkan dia kat asrama. Kalau tak, hmm. Tak tau la apa nak jadi dengan SPM dia tu. "Jelas Sufian panjang lebar.
"Hmm, yang penting sekarang. Dia dah bahagia. Dah gembira balik. Itu je. "Balas Tan sambil melabuhkan punggungnya di tilam yang lembut itu.
* * *
"Kau nak bawak aku pergi mana?? "Tanya Haiqal dengan suara yang perlahan kerana menahan rasa getar di kakinya seperti kaki yang sembuh dari kebas.
"Aku nak bawak kau pergi klinik la!"Balas Khai sambil berjalan pantas.
"Ehh! Jangan!."balas Haiqal ringkas.
"Habis tu?? Tak boleh! Kau kena jugak pergi. Aku tak nak jadi apa-apa dekat kau. Aku tak sanggup kehilangan kau. "Jelas Khai.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...