"Dengan berakhirnya lagu sekolah tadi, maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. "Ucapan itu mengakhiri perhimpunan setiap pagi sebelum semua pelajar beredar ke kelas masing - masing.
"Eka, aku ada sesuatu untuk kau..kejap ekk "Haiqal meluru ke arah mejanya dan memunggah begnya.
Beg kertas yang dikeluarkan dari beg sekolahnya diberikan kepada Eka.
"Nah! Aku harap kau suka.. "Kata Haiqal sambil tersenyum manis.
"Apa ni?? "Tanya Eka sambil membuka beg kertas tersebut.
"Wahh! Coklatlah. Terima kasih Haiqal! "Eka meloncat kegembiraan sambil senyuman kegembiraan terukir di wajahnya.
"Sama-sama. "Balas Haiqal ringkas.
"Hehehe. Ini salah satu taktik ekk? Nak pikat aku?? "Tanya Eka sambil mengangkat keningnya.
"A ah! Aku selalu nampak dekat internet. Dorang pikat pakai coklat. Perempuan kan suka coklat.. "Terang Haiqal pada Eka.
"Hmm, iyalah. Ohh iyaa! Petang nanti kita buat kelas tambahan nak tak?? "Pelawa Eka.
"Nak! Dengan siapa? "Tanya Haiqal teruja.
"Dengan siapa-siapa je. Kalau kau nak ajak kawan-kawan kau pun boleh. Bolehlah bertukar-tukar ilmu.."balas Eka sambil menyimpan beg kertas berisi coklat di bawah mejanya.
"Owhh Okey. Nanti aku ajak kawan-kawan aku.. "Balas Haiqal.
"Bagus! "Balas Eka ringkas
* * *
"Hmm, nak ajak siapa ekk?? "Tanya Haiqal seorang diri.
"Hah!! Ajak apa?? Siapa buat rumah terbuka? "Sampuk Hafiz tiba-tiba.
"Ishh kau ni! Terkejut aku..bukan rumah terbuka tertutup tapi kelas tambahanlah. "Ujar Haiqal sambil menyelak kulit muka surat bukunya.
"Owh kelas tambahan. Siapa buat?? "Tanya Hafiz sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Eka..kau nak ikut tak? "Tanya Haiqal.
"Hmm, okay. Subjek apa? "Tanya Hafiz.
"Entahlah. Aku tak tanya pulak. "Balas Haiqal.
"Bila??"
"Petang ni.. "Balas Haiqal.
"Ehh, kejap. Aku nak ajak Wafiy, Khai, Dijah,Tan, Sufian.... "
"Hah, iyala. Semualah. Satu sekolah kau ajak.."Potong Hafiz.
"Hehee..aku pergi jumpa dorang jap. "Balas Haiqal sambil bangun dari tempatnya.
"Okey."
Haiqal menuju ke arah Khai yang sedang bersembang dengan kawannya. Entah apa yang dibualkan dorang.
"Abang.."panggil Haiqal.
Perbualan mereka terhenti.
"Apa adik? "Tanya Khai
"Nak ikut tak kelas tambahan nanti? Eka yang buat. "Tanya Haiqal.
"Ohh, boleh jugak. "
"Okey, nanti abang ajak Tan dengan Sufian."Maklum Haiqal sambil memaling ke belakang untuk balik ke tempat duduknya.
"Okey adik. "Khai tersenyum.
"Terkejut aku! Aku ingatkan arwah adik kau hidup balik...Haiqal ni..dahlah muka sama. Buat terkejut je. "Jelas Mirul kepada Haiqal.
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...