8🐬

2.1K 191 34
                                    

"SHUSHH!! " bunyi air yang mencurah.

Haiqal dan Hafiz menuju ke arah bilik mandi.

Sebenarnya, Haiqal takut nanti dia terpaksa mandi di dalam kolam.

Maklumlah Haiqal tak tahu macam mana rupa, bentuk, bilik mandi hostel.

Dalam pemikiran Haiqal cuma ada kolam je.

"Sinilah! Kau nak pergi mana tu? " arah Hafiz.

"Owhh maaf!" jawab Haiqal sambil menunduk.

Haiqal melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan kaki kirinya.

Pemandangan di dalam bilik mandi tersebut sangatlah luas.

Ada tempat mandi, tempat mencuci baju, serta kolam besar di tengah.

"Wow, err ada kolam la."Haiqal terpaksa berpura-pura gembira.

Perasaan Haiqal terasa seram sejuk sekali.

Kakinya sudah mula menunjukkan reaksi.

"Tu bukan kolamlah..tu kolah. Faham? Kita tak boleh mandi dalam tu sebab nanti kita jugak yang ambil air dekat situ nak mandi. Takkan la orang nak mandi bekas air kau? Erkk kau ni..pelik betul."Terang Hafiz panjang-panjang.

"Ohh hehehe..aku mana tahu. "Balas Haiqal.

Perasaan Haiqal beransur pulih.

Tetapi kakinya masih tidak berhenti menunjukkan reaksi.

Haiqal hanya akan bertukar menjadi duyung apabila air itu melebihi paras lututnya sahaja.

Jadi tak jadi masalahlah kalau Haiqal nak mandi di khalayak ramai.

Selagi dia tak mengada-ngada pergi mandi dalam kolam, dia akan still jadi manusia.

Haiqal mengekori Hafiz pergi ke kolah untuk menadah air.

Selepas Haiqal menadah air, dia terus mengekori Hafiz ke tempat mandi.

Haiqal meletakkan baldinya yang berat dipenuhi air di atas sinki.

Selepas Haiqal mandi, Haiqal berlari-lari anak untuk mencapai tualanya yang diletakkan di ampaian.

Semua tuala akan diletakkan di ampaian bersebelahan tempat mandi untuk mengelakkan tuala basah.

BAMM!!

"Aduii! Sakitnya "Renget Haiqal yang kesakitan di bahagian pinggulnya kerana terjatuh akibat terlanggar seorang lelaki.

"Sorry, aku tak nampak..aku nak ambik kain tuala aku je..aku betul -betul tak perasan. " lelaki itu meminta maaf.

"Yahhh!! Kau buta ke?? Ke kau rabun?? Aku besar ni pun kau tak nampak?. Aishh" sambil Haiqal memandang muka lelaki tu.

"Erkk, kau rupanya?? Huh?? Patutlah..kau nak apa sebenarnya?! "Tanya Haiqal dengan perasaan marah bercampur perasaan terkejut.

"Huh?? Aku pulak yang kena. Kau tu..takkan kau pun tak nampak aku kot?? Ke kau saja-saja je nak langgar aku??."Sindir Khai kepada Haiqal untuk menyakitkan hatinya.

"Huh?? Agak-agak la. Memang tak la aku nak langgar kau saja-saja."Bebel Haiqal sambil bangun dari situ.

"Aku tahu la aku ni sado kan..hensem lagi..hot lagi" perasan Khai seorang diri.

"Weii, dah-dah. Korang tak malu ke orang tengok?? Macam budak-budak je." Maklum Hafiz dengan perasaan malu kepada mereka berdua kerana ramai orang sedang melihat mereka sedang bertengkar.

Hafiz membawa Haiqal beredar dari situ sambil Haiqal mengelap rambutnya yang basah.

"Weii. Lain kali hati-hati kalau berjalan. "Saja Khai untuk menyakitkan hati Haiqal.

"YAHHHHH!! PEE - GII - MAMM - PUSS!!!!! " jerit Haiqal sekuat hati kerana geram dengan Khai sambil ditarik oleh Hafiz.

"Hahahaha! Tak guna punya budak." Ketawa Khai kerana melihat peragai Haiqal yang kebudak-budakan.

Author Note:

Please Vote And Comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now