12🐬

1.9K 162 33
                                    

"Haiqal. "Tegur Khai pada Haiqal yang sedang terpikir tentang apa yang Hafiz beritahu.

"Owhh Khai..iya? Ada apa? "Haiqal tersedar daripada lamunannya.

"Kenapa kau termenung je ni?? "Tanya Khai ingin tahu.

"Aku teringatkan sesuatu. "Jawab Haiqal sambil menghela nafas.

"Boleh aku tahu? "Tanya Khai sambil mengangkat keningnya.

"Boleh dan aku nak mintak pendapat kau boleh tak?? "Kata Haiqal sambil membulatkan matanya.

"Okey, tapi kau cerita dulu dekat aku. Apa yang kau teringatkan tadi. "Balas Khai.

"Okey, ceritanya macam ni."Haiqal menceritakan semuanya tentang apa yang ditanyakan Eka kepadanya.

"Apa?!! Bagus kau hati-hati dengan dia. Semua orang dekat sini tahu kot pasal dia..kau tahu tak dia kan.."Keterangan Khai dipotong oleh Haiqal.

"....suka permainkan lelaki?? Itu ke?? Dah la! Rupa-rupanya kau pun sama jugak. "Bengang Haiqal sambil beredar dari situ.

"Haiqal!! "Panggil Khai untuk memujuk Haiqal.

Haiqal telah pun beredar dari situ.

"...aku cuma tak nak kau disakiti. Tu je. Hmm. "Bisik Khai seorang diri.

* * *

"Semua kata hati-hati! Tak abis-abis HATI-HATI!!! aishh! Memang manusia macam tu ke??"Geram Haiqal sambil berlari-lari anak tanpa hala tuju.

BAMM!!

"Sekali lagi!! "Rungut Haiqal sambil membetulkan bajunya.

"Opss! Sorry. Haiqal, aku mintak maaf. "Suara lembut perempuan kedengaran.

" Ohh, tak apa...aku yang tak nampak.."Kata Haiqal sambil memandang muka perempuan itu.

Haiqal terkedu.

"Owhh.. Eka. "Haiqal berasa kekok.

"Its okay. Haiqal nak pergi mana? " tanya Eka.

"Hmm, Tak adalah. aku sebenarnya tak tau nak pergi mana. Aku ikut kau boleh?? "Tanya Haiqal

"Boleh. Takkan tak boleh kot. "Kata Eka sambil berjalan.

"Hmm, Eka."Panggil Haiqal dengan perlahan sambil berjalan dan memandang ke bawah.

"Iya? Ada apa? " jawab Eka sambil memandang Haiqal.

"Aku da tau maksud TEMAN WANITA tu. "Balas Haiqal sambil memejamkan matanya kerana malu.

"Ohh. Jadi kau dah ada teman wanita ke belum? "Tanya Eka bersahaja.

"Haaa, Tak ada. Kenapa kau tanya? "Tanya Haiqal semula.

"Hmm. Tak ada. Kenapa?? Kau ingat aku nak bercinta dengan kau ke?? "Tanya Eka selamba.

"Hmm, Manalah tahu kan. Hehe"kata Haiqal sambil menggaru kepalanya dan terketawa kecil.

"Hahaha, kau ni. Ingat senang ke? Aku nak bercinta dengan lelaki? Memang susah la. Hahaha"ketawa Eka.

"Tahu jugak."Jawab Haiqal ringkas.

"Hmm. Jadi kau dah tau la ni ye? Yang aku ni suka permainkan lelaki? "Tanya Eka sambil melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan koperasi.

"A ah. Tapi aku tak percayalah. Tak mungkinlah kau macam tu. "Haiqal membangkang.

"Hahaha, Kenapa kau tak percaya?? Kau suka aku ke? "Tanya Eka sambil mata bulatnya memandang mata Haiqal.

"Erghh. "Haiqal terus mengalihkan pandangannya kerana duyung tidak boleh melakukan pandangan mata dengan manusia yang dia cintai.

Kalau duyung bertentang mata dengan manusia yang ia cintai, manusia itu akan terpukau ataupun jatuh cinta dengan duyung.

"Ehh,Haiqal kau okey ke?. "Tanya Eka kerisauan

"Tak ada apa-apa. Aku okey je. "Jawab Haiqal.

"Iya. Aku suka kau. Dari mula lagi. "Jawab Haiqal tiba-tiba.

"I knew it. "Eka memandang ke bawah sambil mengoyang kan kedua-dua kakinya.

"Hah? Kau tahu jugak ke? "Tanya Haiqal pelik.

"Aku tahulah. Semua lelaki yang dekat dengan aku. Semua suka dengan aku."Bangga Eka memperkatakannya.

"Hahaha. Iyalah tu. "Kata Haiqal.

"By the way..kau kena buat something untuk lulus menjadi teman lelaki aku.. "Terang Eka pada Haiqal.

"Aikk?? Nak bercinta pun kena buat sesuatu jugak ke? "Pelik Haiqal.

"Iya. Nanti aku beritahu kau. Apa yang perlu kau buat untuk aku. "Jelas Eka

"Okey. "Jawab Haiqal bersahaja

"Okeylah. Masa rehat pun dah tamat. Jomlah masuk kelas. "Ajak Eka .

"Okey, kau pergilah dulu. Nanti aku masuk. "Kata Haiqal kepada Eka.

"Hmm, okeyla. Aku pergi dulu ye. "Maklum Eka sambil berlalu pergi dari situ

"Yeayyy!!! Akhirnya, aku akan dapat bercinta dengan manusia. Tak sabarnya! Macam mana agaknya ekk? Bercinta dengan manusia? Haiqal..Haiqal! Kau akan dapat mencapai matlamat kau. Jadi manusia sejati! Hihihi" Haiqal bercakap seorang diri.

Matlamat Haiqal menjadi manusia adalah makan makanan manusia? Of course.

Semua matlamat duyung untuk jadi manusia yang pertama adalah makan makanan manusia.

Yang kedua, ialah berkawan dengan manusia.

Yang ketiga ialah,merantau di tempat manusia.

Yang terakhir, mencari cinta di dunia manusia.

Ada juga yang berkahwin dengan manusia kerana cinta sejati. Inilah faktor duyung makin pupus.

Kebanyakan duyung yang obses dengan dunia manusia membuatkan puak-puak duyung yang lain pupus.

Ada yang sanggup mengkhianati puak sendiri akibat tamak akan duit.

Duyung yang tamak menyebabkan habitat puak-puak duyung terancam dan menyebabkan duyung lain dalam bahaya.

Adakah Haiqal dapat selamat daripada ketamakan dunia??

Dan adakah pilihan Haiqal untuk bercinta dengan Eka adalah pilihan yang betul??

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now