Selepas perhimpunan pagi di hostel, semua pelajar hostel bergerak ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.
"Perdagangan ialah aktiviti mengagihkan barang dan dibantu oleh bantuan perniagaan.. "Haiqal membaca buku nota perdagangan sambil menuju ke sekolah.
Ketika dalam perjalanan ke sekolah di lobi.
BAMM!
Haiqal terlanggar Eka ketika dalam keadaan khusyuk membaca buku perdagangan.
"Opss, sorry-sorry. Aku mintak maaf. Kau okey ke?? "Tanya Haiqal untuk memastikan Eka dalam keadaan baik sahaja.
"Okey-okey...kau janganla risau. Aku okey je."Sambil mengemas buku-bukunya yang terjatuh.
"Sini aku tolong kau ye. "Pinta Haiqal dengan suara lembut sambil menolong Eka mengemaskan buku-bukunya.
"Terima kasih Haiqal. Kau nak pergi mana ni?? "Tanya Eka sambil menyusun bukunya di atas lengan.
"Sama-sama. Nak pergi kelas la. Hahaha. Soalan-soalan. "Balas Haiqal sambil ketawa kecil.
"Ohh, Kalau macam tu. Jomlah kita jalan sama-sama. "Ajak Eka untuk menutup malunya.
"Okey." jawab Haiqal ringkas.
"By the way, kau ada girlfriend ke? "Tanya Eka bersahaja.
"Girlfriend? Apa tu? "Tanya Haiqal pelik.
"Err, kau tak pandai bahasa inggeris ke?? "Pelik Eka
"Hmm. Aku tak berapa pandai bahasa tu. Aku baru je belajar. Tapi yang asas je. Hihi."Jelas Haiqal sambil tersimpul malu.
"Owhh. Its okay. Maksud girlfriend tu.. teman wanita."terang Eka.
"Owhh..teman wanita. Hahaha. "Gelak Haiqal.
"A ah. Teman wanita. Ada ke?? "Tanya Eka.
"Teman wanita tu apa? "Tanya lagi Haiqal sambil menggaru kepala.
"Ishh! Kau ni. Kau pandai tak cakap bahasa melayu? Pelik betul kau ni. "Eka betul-betul pelik dengan peragai Haiqal.
Eka tak faham dengan Haiqal ni.
Eka fikir mungkin dia saja kot mengelat dengan soalan tu.
"Hehehe. Aku betul-betul tak tau. Takpa nanti aku tanya Hafiz. Okey? "Kata Haiqal sambil memandang Eka.
"Hmm,iyala."Jawab Eka ringkas sambil masuk ke kelasnya.
* * *
"Okay kelas! Terima kasih" kata Cikgu subjek sains itu sambil bangun dari bangkunya dan berdiri.
"Terima Kasih Cikgu. "Ucap Peter selaku ketua kelas 5 Newton.
"TERIMA KASIH CIKGU!! " Suara pelajar kelas 5 Newton bergema.
"Pfttt."Haiqal menghela nafasnya sambil menutup bukunya.
"Haiqal nanti waktu prep kita buat kerja cikgu ni tau. Susahlah. "Maklum Hafiz kepada Haiqal.
"Okey Hafiz. "Jawab Haiqal ringkas.
"Hafiz, Aku nak tanya kau ni. Boleh tak?? "Tanya Haiqal
"Hah? Apa dia? "Jawab Hafiz.
"Apa tu teman wanita? "Tanya Haiqal sambil mengerutkan dahinya.
"Teman wanita pun tak tau?? Biar betul kau ni? Pelik betul. "Hafiz menyepetkan matanya.
"Betul. Aku tak tau.. "Jawab Haiqal jujur.
"Hmm, teman wanita tu macam teman hidup kaulah. Macam orang yang kau cinta.. "Jawab Hafiz dengan terperinci.
"Ohh, Hahaa. Macam cinta akulah lebih kurang? "Tanya Haiqal balik.
"A ah. Macam cinta. "Jawab Hafiz ringkas sambil membaca bukunya.
"Ohh, Okeyyy. Hmm. "Haiqal terfikir kenapa Eka tanya soalan tu dekat dia.
"Kenapa kau tanya aku ni? "Tanya Hafiz sambil memberhentikan bacaannya.
"Eka, tanya aku. Aku ada tak teman wanita. "Jawab Haiqal sambil mencari sesuatu di dalam begnya.
"Apa?! Eka? Azzulaiqha Azmira?! "Tanya Hafiz sambil membuat muka seperti pelik.
Eka tercari-cari suara orang yang menyebut namanya.
"A ah. Kenapa kau ni?? Macam tak percaya je. "Kata Haiqal.
"Macam mana tak percaya. Kalau kau nak tahu. Eka tu bukan senang nak dapat. Lepastu.. "Kata-kata Hafiz dipotong.
"Weii, Dah-dah la tu bergosip. "Potong Wafiy.
"Ishh kau ni! Menyibuk je. Mana ada kitaorang bergosip. Kitaorang bukan perempuan. Nak bergosip sana, bergosip sini. Herhh."sindir Hafiz kepada Wafiy.
"Elehh kau ni, aku tumbuk kang! Hah! Jangan main-main."sambil mengacukan penumbuknya di hadapan muka Hafiz.
"Ehh korang dua ni. Bergaduh pulak. Wei, Hafiz! Sambunglah. "Tanya Haiqal selepas memberhentikan pertelingkahan kucing mereka berdua
"Okey, Eka tu. Dia suka permainkan lelaki. Dia buat orang suka dekat dia pastu bila orang tergila-gilakan dia. Dia buat orang tu macam sampah jer."Jelas Hafiz kepada Haiqal.
"Menipulah. Takkanlah dia sanggup buat macam tu. Aku tengok dia okey je. "Haiqal tidak mempercayai kata -kata Hafiz
"Kenapa? Eka ada nak try Haiqal ke?? "Tanya Wafiy teruja.
"A ah "Jawab Hafiz ringkas.
"Ehh mana ada. Dia tanya aku je. Aku ada teman wanita ke tak? "Jelas Haiqal kepada Wafiy.
"Weii, aku rasa bagus kau dengar cakap Hafiz tu. Semua orang kenal sangat perempuan tu. Kau tengok je baik depan. Tapi belakang macam... "Wafiy membuat mimik muka seperti berbau busuk.
"Ihh. Dahlaa, Aku malas nak layan korang dua ni. Mengarut je."Sambil mengeluarkan buku yang dicarinya tadi.
"Lantak kaulah Haiqal. Ko nak percaya ke tak nak, ikut kau la.. Janji aku dah ingatkan. Jangan nanti kau yang menyesal" amaran Hafiz kepada Haiqal.
"Hmm, iyala."Sambil menyelak-nyelak muka surat buku tersebut.
"Sebenarnya aku pun pernah nak try dia..hehe"Bisik Wafiy pada Haiqal dan Hafiz.
"Eeee Les--"Terus Wafiy menekup mulut Hafiz.
Haiqal hanya membuat muka pelik melihat gelagat Wafiy dan Hafiz.
Author Note:
Please Vote and Comment!
YOU ARE READING
Cinta Si Duyung
Fantasy[Book 1] Selepas perpindahan Haiqal selesai,Haiqal telah pun sah menjadi pelajar di dunia manusia. Agak berat jugak Haiqal ni nak tinggalkan Habil dan tempat lahirnya dia. Tapi nak buat macam mana.. Semua tu Haiqal buat demi untuk mencapai impiannya...